"Masuk terus baris elok2 dek.." aku mengarahkan junior form 3 yang baru datang ke dataran.
Hari isnin hari ni, perhimpunan lerr kena jalankan tugas as pengawas macam biasa mengatur pelajar2 lain masuk baris. Macamlah mereka tak reti berbaris tapi yelah ada segelintir yang mengelenyar sangat tak habis bermain. Aku ditemani Ezra yang kini dah jadi macam bff aku pula tapi kalau tengah bertugas je lah.
Selesai, aku cuba menjenguk di barisan form 5 sebelah, masih belum ada dia. Tapi tu dah biasa, habit dia masuk perhimpunan lambat, entah apa dia buat tolong staff dewan makan cuci pinggan kot, hish merepek dah aku. Dah seminggu ni, Kak Mal macam mengelak dari aku, nak melekat pun payah. Dia cuma jumpa aku masa malam rabu tu je nak belajar addmath. Feelingnya macam awal2 kitorang start jadi study buddy je, macam awkward gitu. Kak Mal macam taknak layan gedik aku sangat dah sekarang, so i pun ada juga rasa malu kan. Tak nak ah menggedik sangat lagi. Mungkin dia makin tak selesa kot aku makin clingy dengan dia. So I try to keep a distance.
Tak lama lepastu aku dah nampak dia dengan bff dia baru masuk dari belakang. She look so fresh today, baju sekolah tu agaknya satu botol nila kot dia pakai, terang nau.
Aku pun bergerak ke belakang tempat pengawas selalu berdiri, dan agak ke tepi dekat dengan form 5.
"Nasha!"
Aku menoleh bila dengar nama ku dipanggil. Kak Shida rupanya. Aku pun menghampiri dia di belakang barisan form 5.
"Nasha nanti inform Fahim gather batch korang. Korang join spm talk pagi ni kat dewan jam 8.30"
"Eh bukan form 5 je ke join ni kak?" Soalku
"First memang, tapi Cikgu Ju baru inform akak, nak form 4 join, jimat bajet katanya bayar mahal team motivator tu datang" kata Kak Shida.
Alahai, program yang disusun untuk form 5 pagi ni, kitorang join pula. Rajin betul unit bimbingan dan kaunseling ni buat program macam ni.
"Yelah kak, nanti saya bagitau Fahim"
Kak Shida kemudian berleter lagi pasal hal pengawas minggu lepas, bukanlah berleter, cuma berkongsi info2 je.
Sedang Kak Shida bercakap tu, tiba2 muncul seseorang dan letak kepalanya di bahu Kak Shida dari belakang namun kak Kp just jeling tengok tepi siapa then teruskan bercakap, biasa sangat dah tu. Aku pula sedaya upaya nak fokus apa Kak Shida cakap sebab pemilik kepala tu memang sengaja nak tengok aku atau mengacau kitorang ni, senyum2 pula tu, aku pun menahan senyuum juga. Nak bagi aku cair ke apa awal pagi si Amalina ni.
"Tangkap kan Nasha?"
"Hah? Iya2 kak" aku hanya mengiyakan saja apa yang Kak Shida cakap. Ada dalam 50% je aku dengar lepas si pengacau tu muncul tadi. Lepas tu, kak shida pun berlalu dan biar je kak Mal disitu masih berdiri. Lepastu dia pun mendekat kat aku dan sempat bop my nose beberapa kali perlahan guna telunjuk dia sambil cakap
"See u at dewan nanti"
Pastu berlalu masuk barisan kembali.
Aku pula tak sempat menghadam apa yang berlaku. Dia ni makin hari makin pelik. Sekejap ok, sekejap tak okay. Tapi at least dia dah buat hati aku berbunga2 awal pagi ni dapat sedekah senyuman. Heeee see u at dewan too.
Dalam setengah jam juga aku fokus awal2 mendengar dan join spm talk ni. Lepastu dah mengantuk gilaa. Team motivator ada dalam 4 orang ke. Speech mereka diselang seli dengan beberapa aktiviti menggunakan otak supaya audience tak mengantuk. Namun, Saya tetap juga mengantuk. Geng aku Amni dan Sarah pula nampak semangat je dari tadi heyaa heyoo dengan aktiviti mereka tu. Shila pula sama macam aku, dah lembik mata. Shila tak hairan memang mana2 pun boleh tertidur.
ANDA SEDANG MEMBACA
Dear crush (gxg)
RomanceKisah seorang gadis jatuh crush dengan seorang gadis. Senior Junior gxg story. First time writing.
