Chapter 10

4.2K 156 5
                                    

Hari isnin, perhimpunan lageyy. Aku menjalani kehidupan normal aku di sekolah dan asrama. Btw sesi study buddy aku dengan kak Mal belum mula lagi, dia baru je habis game hoki. Khabarnya mereka menang, sebenarnya masa wakil sekolah haritu team sekolah kitorang dapat naib juara je, dan Kak Mal & kak Nisa team up dengan sekolah lain untuk wakil daerah. Eh confirmla kak Mal and bff dia dipanggil, wakil negeri kot sebelum ni.

Waktu perhimpunan ni aku cubalah terjenguk2 nak tengok crush dari jauh, hee dia ada tengah bergelak ketawa kat sana, macam bahagia sentiasa ja hidup Kak Mal ni.

Tiba giliran penolong kanan Kokum berucap, dia ada mention pasal kemenangan team hoki daerah yang sedikit sebanyak disumbangkan oleh wakil sekolah kitorang, korang pun tau siapa. Aku tengok kawan2 kak Mal dah siap2 urut bahu kak Mal and Nisa dengar ucapan pk kokum, ada yang membelai2 dagu mereka macam kucing dan menari2 kecil depan akak berdua tu, aku tergelak sendiri, sengal betul akak2 senior form 5 kitorang ni.

"Sebagai penghargaan, pihak sekolah ingin menyampaikan sijil dan cenderahati kepada penama2 berikut, sila naik ke atas pentas eh"

PK kokum pun mempersilakan pengetua untuk bersedia menyampaikan penghargaan  berupa sijil dan sampul surat.

"Dipersilakan penama pertama, Amalina David dari kelas 5 Perakaunan"

Seluruh pelajar dan guru bertepuk tangan, termasuk akulah, excited plus bangga dengan kak Mal. Amalina David, ahh i love to pronounce her name. Muka Kak Mal masatu tersenyum lebar dan manis sangat semanis honey naik pentas ambik sijil. Walaupun dia ni boyish hensem2 macam aku describe sebelum ni, tapi muka dia still nampak ciri feminine tau, tu yang cute lebih tu. Hakikatnya soft je muka dia ni.

"Seterusnya Annisa Farhana Bt Fedora juga dari 5 Perakaunan"

Seluruh isi sekolah tepuk tangan lagi. Kak Nisa ni pun boleh tahan comel dia cuma dia ada nampak lebih masc dari kak Mal. Haih aku ni judge orang.

Selesai perhimpunan, semua pelajar pun beransur ke kelas, cuma tinggal pengawas dan beberapa orang pelajar sahaja lagi. Aku lihat Kak Mal dan Kak Nisa masih ada berdekatan dataran, tengah sembang mesra dengan pk kokum. Lepas pk kokum beredar aku pun menyempat pegi kat dia. Dekat je terus aku dekatkan kepala dekat kak Mal, dia tak sedar pun.

"Tahniah Kak Malin" dia pun segera berpaling.

"Eh, Nasha, hahah thanks" Jawab kak Mal sambil memberi senyuman manis dia tu lagi.

"Tahniah untuk saya takde ke?" Tiba2 kak Nisa mencelah. Aku malu sendiri.

"Hehe tahniah juga Kak Nisa, maaf" aku senyum lalu menunduk. Lihat dia tersenyum

"Hahah lebih je pk kokum ni, boleh je kot bagi personally, dia bagi kat perhimpunan juga sijil ni" ujar Kak Mal lagi

"Alah akak ni, dia banggalah tu dengan akak berdua ni. Power apa"

Kedua mereka hanya tergelak dan kami sempat sembang sikit sebab dah nak masuk kelas. Hati aku berbunga2 weh masa ni sebab aku dah ada keberanian dan makin mesra dengan Kak Mal, yelah sebelum ni asyik usha2 kekk stalker tegar aja. Tak sabar nak tunggu rabu, jadi di di kelas kalau ada masa terluang aku ulang balik addmath bab2 awal yg kitorang dah belajar, taklah terkial2 nanti nak tolong kak Mal.

*****

Rabu

Hari yang dinanti, hehe tapi baru pagi ni sekolah lagi. Harini kena pakai baju unit beruniform aku pula kat skolah ni join persatuan bulan sabit merah (Pbsm) sama dengan Shila, amni dengan sarah pula pengakap.

Masa ni kitorang tengah ambik sarapan pagi kat dewan makan, breakfast harini koko crunch. kitorang berempat pun duduk sambil borak2 sikit.

"Berseri2 je muka kau harini Nash, ada apa2 ke?" Tanya Sarah, mungkin dia perasan la kot muka aku harini awal pagi dah senyum2.
Yelah2 tak sabar nak malam pertama. Hish pelik bunyi dia. Malam pertama jadi study buddy crush.

Dear crush (gxg)Where stories live. Discover now