Chapter 3

4.5K 160 7
                                    

Hari berganti hari aku di sekolah baru, aku pun dah makin cakna dengan persekitaran sekolah ni. Kelas dan aktiviti pun berjalan dengan lancar setakat ni.

Aku tengah baca2 komik kat kelas sebab masa ni takda guru. Kebanyakan classmate kitorang pun tidur je and ada beberapa ja tengah hadap buku or kerja cikgu bagi.

"Nash!" Aku terkejut sikit sebab kuat juga suara amni panggil aku dari luar kelas. Bila masa dia keluar pun aku tak tahu.

"Ada apa am?" Tanya ku

"Cikgu Aty nak jumpa engkau lah, situ kat bilik pengawas, meh lah cepat" aku terkejut apahal ni, setahu aku takdak pula aku buat hal lagi ni kena panggil pula oleh cikgu disiplin.

"Adalah tu halnya, mehla cepat wei" Amni mula menggesa, bila dia perasan muka kebingungan aku tu. Aku hanya mengangguk dan mengikut Amni ke bilik pengawas di blok pentadbiran.

Masuk sahaja disitu sudah ada cikgu Aty disana.

"Hah sampai pun, sini cepat saya nak cakap kejap je ni, lepas ni ada kelas"

Kami berdua mengambil tempat duduk berhadapan dia di meja meeting ni.

Cikgu Aty pun menjelaskan kenapa aku dipanggil.

Rupanya aku dipilih untuk menjadi pengawas. Kemungkinan mereka ada baca fail aku kot kat sekolah lama. Dari tingkatan 1 sampai 3 jadi pengawas. Aku sebenarnya malas nak menjawat jawatan tapi tengok cikgu Aty bersungguh nak lantik aku. Aku iyakan saja lah. Huh kena beli seragam pengawas pula lagi.

Selesai urusan dengan Cikgu Aty, kitorang berdua pun nak balik ke kelas. Semasa menuruni tangga, jantung aku dup dap bila mata ku ternampak kak Mal dengan kak Nisa tengah bergelak ketawa nak naik. Dorang ni takda kelas ke dalam hati aku. Aku nak panggil Am kat belakang, sekali pusing cis rupanya am takde. Dia menyinggah koperasi kat sana, aku mengambil keputusa untuk berhenti kat tangga tu tunggu Am.

Kak Mal and Kak Nisa makin menghampiri.

Aku tak faham sebenarnya kenapa hati aku berdebar-debar bila dia semakin nak lalu dekat aku. Over betul aku rasa masatu, dia nak lalu je kot. Dan akhirnya mereka melimpasi aku yang macam patung kat situ. Sikit pun dia tak pandang aku, cuma kak Nisa yang sempat pandang aku dan senyum sikit. Haruman Kak Mal sempat menusuk hidungku lembutnya bau dia. Aku tenung je mata dia masa dia lalu naik tangga tu, sambil gelak2 dengan kak nisa. Eyesmiles dia duhh... mencairkan hati..

Sempat aku naik sedikit anak tangga nak perhatikan kakak berdua tu nak kemana, pergi koperasi rupanya, Amni yang ada kat situ pun tegur mereka dan entah apa disembang sampai bergelak ketawa. Rasa cemburu sikit pula bila Amni nampak rapat dengan orang femes kat sekolah, aduhai perasaan remaja ni.

Lepastu Amni pun kembali dengan 2 kacang yang dibeli dari koperasi tadi. Huh beli kacang lama sangat mesti menyembang dengan akak koop tu. Sampai je kat kelas aku mula buka cerita dekat Amni.

"Rapatnya kau dengan akak2 femes tu arrh Am" amni yang tengah makan kacang dia tu pun behenti kejap.

"Dah aku sebilik dengan dorang lama lah kau ni" ujar amni kemudian melambung rendah kacangnya untuk dimakan.

Aku hanya berhuhu dan mula nak baca komik yang tergantung aku nak baca tadi.

"Tapi kan..bukan senang tau nak kena notice oleh kak Mal tu biarpun kau roommate dia. Dia tu peduli dengan batch dia or orang yang dia tahu je. Ada 3 cara je nak dia tahu kau wujud"

Aku mula berminat nak tahu.

"Macamana?

"First, kau yang approach dia banyak kali sampai dia kenal dah kau traditionally , kedua, kau buat hal tak elok kat sekolah ni and nama kau naik pentas. Lastly kau buat hal dengan dia means cari masalah dgn dia directly"

Wow dalam hati aku.. boleh tahan akak femes ni. Jadi aku tertanya,

"kau Am kena notice dia macamana?"

Amni pandang aku semula dan sudah berhenti makan kacang tadi.

"Aku, cara yang ketiga.. tapi bukan dengan sengaja" ujar Amni

Aku terkejut.. wah, Amni apa kau buat?!



Bersambung...

Harap ada readers 😂
Cerita ni dah lama tertulis dalam notes hp and situasinya around zaman tahun 2013-2014 gitu.

Dear crush (gxg)Where stories live. Discover now