Aku tatap helaian kertas dan buku buku di atas meja, segala tugasan dan juga tutorial perlu aku siapkan dari perbaringan katil. Fikiranku tak pernah selesai dari memikirkan Malin. Sehingga ke harini aku masih block dia dan tidak mengangkat atau menjawab panggilannya Mungkin betul ramai orang kata, kalau sudah berada di matriks paling tak sesuai nak bercinta kerana disini tak lama dan perlu mengejar pencapaian akademik disini untuk melangkah seterusnya nanti.
Roommates aku Aina dan Brenda masih bersengkang mata menyiapkan tugasan manakala Dinie pula taktahu kemana, mungkin tidur di bilik lain.
Fikiranku mulai menjadi berat lagi, entah bagaimana Malin boleh terfikir untuk tak memberitahu hal dia nak ke Sarawak lebih awal, dan terkilannya aku bila dia nak pergi buat interview ujian itu ini pun dia tak terfikir nak beritahu aku. Dulu katanya aku lah yang memberi dia semangat, tapi bila soal masa depan ni dia belakangkan aku, dia dah tak perlukan aku lagi ke.
Dalam sedar tak sedar, waktu sudah pun menunjukkan jam 1.30 pagi.
"Nasha.." aku tersedar dari lamunan panjang terdengar suara Aina memanggil dari meja belajarnya. Aku memusing badan melihat ke arahnya.
"Haa kan tak tido lagi dia ni, kitorang ingat kau dah tido dr td tau Nash senyap je" Kata Aina
"Memang tak tido pun tu, menghayal je. Kenapa ni Nasha? Dah berapa hari macamni? Ada masalah ke?" Tambah Brenda pula yang sudah berhenti menulis.
"Tak ada ap.." Aku cuba menjawab
"Haaa jangan nak takda apa2 pula Nash.. mesti ada apa2 kalau macamni, gaduh dengan pakwe ke?"
Haih nak kelentong dorang ni pun susah juga sebab bukannya budak kecik.
Aku hanya mengangguk lemah.
"Halahhh sian Nasha... nak cerita kat kitorang tak? Kau tak pernah cerita pasal pakwe kau tau" kata Aina lagi.
"Taknak lah Aina, aku tak kuasa nak fikir or cakap pasal tu"
"Kalau taknak fikir, janganlah fikir Nasha meh kita study, siapkan kerja, sia2 terlalu sedih fikirkan pakwe tau skarang ni" Tambah Brenda pula.
Biarpun agak straight apa dikatakan Brenda, iyelah nak kata taknak fikir, memang lah tak boleh senang macamtu. Tapi apa yang dia katakan banyak betulnya juga. Dalam kemalasan aku bangun, dan menyusun kertas dan buku2 berselerak di atas meja ku. Aina dan Brenda tersenyum melihat aku sudah bangun. Tapi sebenarnya aku takda niat pun nak study atau sewaktu dengannya cuma nak kemaskan meja aku saja. Selesai mengemas aku terus kembali ke katil dan menarik selimut.
"Lahh aku ingat dia nak join stay up" Kata Aina
"Aku dah ngantuk lah Ai, nanti nak sahur lagi, kau takpelah period, korang sambunglah study aku nak belayar dulu" ujarku lantas memusingkan badan dan cuba melelapkan mata tanpa mendengar lagi apa dikatakan Aina.
Tak dinafikan aku sememangnya rindu dengan Malin, cukup cukup rindu namun rasa sakit hati aku dibelakangkan olehnya dan juga rasa sakit nanti dia dah nak tinggalkan aku makin jauh yang menghalang aku untuk cuba meleraikan suasana maha kusut ni. Mungkin aku perlu sedikit masa lagi, untuk cuba menerima hakikat Malin akan pergi jauh, tak lama pun lagi, ini sudah minggu terakhir bulan Ramadhan, lepas raya dia berangkat. Biarpun sebenarnya aku tak tahu bila.
*****
Hari ni hari hujung minggu, hari para penghuni kolej ni boleh keluar atau pun balik ke rumah pada yang dekat, memandangkan aku dan rakan sebilik aku semuanya bukan dari dekat2 sini kami hanya selalu menghabiskan masa hujung minggu di kolej atau pun keluar bersama, lebih2 lagi bulan puasa ni memang rajin ke Bazaar Ramadhan.
YOU ARE READING
Dear crush (gxg)
RomanceKisah seorang gadis jatuh crush dengan seorang gadis. Senior Junior gxg story. First time writing.