Chapter 29

4K 154 42
                                    

"Nash, oh Nash bangun.. aduhai rugi harga tiket lah kau ni Nash.."

Sayup2 aku terdengar suara tu sambil cuba buka mata. Memang rugi, aku terlelap sepanjang movie ditayangkan tadi. Bila dah agak clear pandangan dengan lampu led hiasan tepi dinding hall, baru aku nampak Amni yang tengah menunggu aku buka mata. Hanya dia seorang sahaja, aku menggeliat kecil.

"Sarah dengan Shila mana?"

"Dorang dah kalut pegi toilet tadi, tak menahan. Jomlah Nash sejuk ni"

Aku terasa malas bangun dan terus bersandar kembali, dah celik ni aku teringat hal tadi dengan Kak Nisa. Aku menghela nafas berat. Amni dah start usha muka aku pelik.

"Kenapa ni Nash? Cam pelik je aku tengok kau ni, ada mimpi tak elok ke?"

Aku cuma pandang kosong wajah Amni. Macamana nak bagitahu dia, Amni mesti respect dengan Kak Nisa selama ni.

"Takde apa2 lah Am.."

"Ingat kita kat dalam drama tv3 ke ni Nash? Nak takde pape konon, aku kenal muka kau ni mesti ada sebab ni, cakap je lahh"

Haih lah Am, ciri2 sahabat sejati. Mungkin dia dah tak menyabar tengok aku ni macam terkial2 nak bercakap.

"Kita cakap kat luar je lah, ni pun tunggu kena halau pekerja cinema je ni, jom2" kata Amni lagi

Amni cuba bangun tapi aku segera tahan tangannya dan minta dia duduk kembali, kalau keluar mesti Sarah dan Shila akan tahu juga pasal ni.

"Okay Nash, lagi sekali kenapa ni?"

Aku angkat wajah tengok muka Amni yang memang dahinya berkerut seribu. Aku menghela nafas berat lagi.

"Tadi kat toilet sebelum movie tu, aku nampak.. hmm aku terserempak dengan Kak Nisa.. dia tengah.. dia tengah kiss someone Am"

Memang terbulat mata Amni dengar apa yang aku cakap dan segera menekup mulutnya tahan daripada keluarkan bunyi shock.

"Serious? Kiss macamana? Macamni ke?"
Tanya Amni sambil temukan kumpalan jemari ke mulutnya yang dah muncung buat gaya nak cium orang.
Terhibur sekejap aku tengok gaya kawan aku ni, curious sangat sampai buat contoh nak kepastian. Yelah ni Malaysia bukan New York nak kiss2 kat public place.

Aku hanya mengangguk lemah. Lagi sekali Amni tekup mulut dia.

"Walaweh.. dia kiss siapa Nash?  ya Tuhan.. hot tea ni" katanya kemudian telan air liur.

"Riana."

"Riana? Riana sekolah kita? Riana batch kita? Riana Mansyahar?

Aku hanya mengangguk2 sahaja sambil Amni bertubi2 bertanya. Lepas aku jawab, barulah Amni turut sama tersandar seperti aku. Mungkin turut sama nak mencerna apa yang baru aku beritahu dia.

"Miss, dah siap boleh tolong keluar ye.."

Tiba2 suara seseorang dari kerusi dekat tangga kedengaran. Hah, dah kena halau pekerja cinema ni. Kami segera bangun dan sempat minta maaf dengan dia sebab dah ganggu kerjanya nak bersihkan hall.

Sampai di luar, Amni ajak aku pergi kat budak berdua tu yang kami nampak dari sini tengah beli donut.

"Kau orang balik dulu lah Am, aku nak stay kejap, nanti aku balik sendiri"

"Eh mana boleh Nash, awak tu perempuan bahaya jalan sorang2.. pasal hal tadi tu, kita cakap malam ni.."

"I dont wanna talk about it.. aku dah minta putus pun kat Kak Nisa"

"So dia okay?"

"Entah, pedulilah. Buat apa nak dengan dia dari awal pun memang aku takde perasaan dengan dia, aku cuma sakit hati je terbuang masa dengan dia"

Dear crush (gxg)Where stories live. Discover now