Chapter 25

3.7K 138 47
                                    

"Mal!" Terdengar suara memanggil kak Mal dari hujung, depan dorm mereka.

Aku turut menoleh sebentar ke belakang.

Kak Nisa rupanya, panggilan tu sekali gus meleraikan suasana awkward tadi. Aku tengok Kak Mal dah alihkan pandangannya ke sana dan cuba leraikan tangan dia yang dipegang Kak Effa. Kemudian menoleh ke arah Kak Effa.

"Fa, baliklah dorm kau" katanya kepada Kak Effa yang sedang tertunduk.

Tanpa menunggu jawapan, dia terus melangkah dan sempat berhenti dekat aku.

"Nasha kau nak jumpa Amni ke?"
Aku jadi gugup taktahu nak kata apa sebab takut dia tahu apa aku buat tadi dan hanya menggeleng. Mungkin dia perasan lah riak muka aku tu terus dia tepuk bahu aku.

"Dah pegi balik dorm kau, lewat dah ni" katanya kemudian berlalu menemui Kak Nisa dihujung. Bila aku pandang arah Kak Effa berdiri tadi, dia dah takda rupanya kat sana, lajunya. Aku pun berlalu turun dan sempat ambik cucian aku tadi.

Aku mula fikir apa yang aku dengar antara Kak Mal dan Kak Effa tadi, dari tone suara Kak Mal memang ketara sangat dia kecewa dan heartbroken. Mati2 aku ingat mereka gaduh pasal keakraban aku dengan Kak Mal, asyik nak perasan je lah aku ni. Dari apa yang aku dengar, sebab aku ni taklah bengap sangat pernah kot tengok drama melayu, boleh simpulkan memang macam kes Kak Effa yang curang ni.

"Kau ingat aku tak tahu hubungan kau dengan dia.." 

Terngiang kata2 Kak Mal tadi di kepala aku, wujud rasa kasihan pula dengan dia. Boleh pula kena curang biarpun dia baik sangat dan selalu ada dengan Kak Effa. Eh, memang selalu yang baik pun kena curang kan, fakta kot. Rasa geram pun ada dengan Kak Effa boleh buat Kak Mal macamtu, punyalah asyik berkepit je selama ni tapi berlaku curang, ke ni trick terbaru ni supaya tak senang kantoi. Tapi takpa lah aku yang taktau hal sebenar jangan nak judge lebih2. I hope you okay Kak Mal.. tak nak you sedih2..


Semenjak dari malam tu, aku rasa Kak Mal jadi makin pendiam pula, dah tak kepoh sangat. Kalau kena tegur je or orang bercakap panggil nama dia baru macam nak tersedar dan tersenyum. Kalau tengah study group pun, hanya Kak Nisa yang banyak bercakap sementara dia selalu termangu macam lost sangat dah. Sedih pula tengok Kak Mal rupa gini, nampak sangat dia sayang sangat kat Kak Effa selama ni biarpun aku tak tahu mereka dah berapa lama berdua. Adakalanya hati aku terjentik perasaan cemburu tu tapi cepat2 calm down kan diri..

Kak Effa pula menurut Amni selalu datang dorm tapi kena ignore je, aku pun ada perasan satu hari tu masa kat dorm mereka. Kak Effa datang dan Kak Mal terus buat2 tidur, ketara sangat tak nak jumpa atau bercakap dengan dia. Mereka ni masih berhubungan atau tidak pun takde sapa tahu. Aku ada cerita benda ni kat Amni tapi dia hanya noted2 je tak berani nak komen apa2 sebab tak tahu punca or jalan cerita sebenar kan.

"Weh Nash, minggu ni balik rumah jomlah lepak rumah aku, adik2 aku takde lah pergi kem, abang aku pula busy kelas tambahan" kata Amni.
Kami berdua tengah bersantai sekejap di masjid lepas Zuhur, malas nak ke kelas lagi sekarang untuk prep petang.

"Nak tanya mama dulu lah Am, tapi aku rasa ok je. Budak berdua tu kau tak tanya ke?"  Jawabku

"Dah, Sarah nak pergi family day company ayah dia kerja tu, Shila pula sibuk kat kolam Udang"

Member kitorang Shila ni agaknya nanti jadi usahawan ternakan udang kot, selalu sibuk dengan Kolam ikan pakcik dia ja.

"Oklah macam tu, nanti I tanya mama I Okay Am.."

Amni mengangguk dan mengajak aku tukar telekung ni nak ke kelas.

Semasa Amni masih sibuk kemaskan tudung dia, aku terus keluar dari pintu masjid nak pakai kasut awal2. Tak lama tu dengar tapak kasut sekali angkat muka eh Kak Mal.. sorang je. Mulanya dia serius, bila ternampak aku baru tersenyum. Selalu2 lah senyum kak Mal, manis sangat senyuman awak.

Dear crush (gxg)Where stories live. Discover now