Chapter 17

3.7K 146 14
                                    

Aku menghampiri si dia yang masih berdiri dekat dinding. Muka dia tak senyum tapi tak nampak cold macam sebelum ni. Jadi hati aku agak tenang lah. Dia dah berpeluk tubuh sambil menyandar tepi. Tak perasan dah macam ketam aku berjalan sebab pelan2.

"Dah makan?" Tanya dia

Aku angguk.

"Dah packing?

Aku angguk.

Pastu dia tengok jam.

"Dah nak dekat asar ni, jom p masjid"

"Err saya solat kat dorm je lah kak, nak tunggu ayah manatau dah datang" eh aku ni menolak pula ajakan dia.

"Ayah kau datang lambat lagi. Lewat petang sikit"

"Eh? Mana akak tau?" Tanyaku, tau pula dia pasal ayah nak datang ni.

"Google"

"Betul2 lah kak"

"Mama kau lah call aku, bagitau. Kau tak call dorang semula kan harini" aku berfikir jap. Memang aku tak call mama semula dah lepas bagitau minta ambik hari ni malam tadi. Macamana pula mama boleh call Kak Mal ni.

"Macamana mama call akak?"

"Pakai cup tali2" aku dah berkerut tengok dia jawab macam tu. Seakan perasan muka aku

"Pakai phone lah Nasha.. kan kau pernah call mama kau guna fon aku"

Ahh! Bengapnya aku rasa. Ofcourse lah adui. Teringat ajakan dia, tak sempat aku nak cakap okay dia dah paut leher aku, aduh tak lurus sekejap aku nak bergerak, Gila dia ni, macam nak diheretnya ja aku, tak lama lepastu baru dia bagi chan elok2 berdiri sambil lingkar bahu aku.Tapi sebenarnya aku bahagia macamni. Kitorang pun pegilah masjid.

Selesai meng'amin kan doa Imam tadi, aku dah nak salam Kak Mal dah, aku solat sebelah dia.

"Tak batal wudhuk pun lah" Katanya tiba2

"Haa?" Aku blur kejap ayat dia tu. Asal pulak ni. Tapi dia tengah tengok tangan aku yang bersedia nak salam dia.

"Maksud?"

"Tu nak salam, salam lah betul2. Ni masih lagi dalam lapis telekung tangan tu" katanya

Ohh! aku cepat2 keluarkan tangan dari telekung dan menyalam cium tangannya yang baru diangkat, hmm wangi. Dah la putih benorr. Haa sempat. Dia pun sempat menyalami beberapa junior yang datang kat dia.

Lepas salam aku tengok je dia, disingkap telekung ke bahu kiri kanan dan duduk bersimpuh. Kami masih duduk dalam saf, yang lain dah bergerak tukar tudung, tak ramai pun. Aku capai bahagian baju dia yang terdedah dari telekung tu, kat area perut dia dan cubit2 sedikit. Dia yang dah biasa keadaan tu biar je. Dahlah acah garang nau tadi kat aku. Geram je

"Kenapa tak layan sy? Mcm sy je yang banyak salah dari Ezra?" Tudia takda mukadimah langsung aku becakap pasal tu terus tanya.

"Saja, geram aku dengan kau, jadi pengawas tapi bengap" jawab Kak Mal tanpa menoleh pun ke arah ku sebelah dia ni. Pergh sekali dapat bengap doh. Aku muncung bibir dah sambil menunduk. Mungkin dia perasan la tu, langsung sahaja dia hayun badannya hingga tertolak aku sedikit ke sebelah.

"Cemberuttt tak sudah dia ni" katanya lagi. Ih bukan nak pujuk. Dia pun ajak kitorang tukar tudung and keluar. Ingatkan nak ajak ke naik asrama, tapi kitorang pegi Jurassic Park pula. Hmm rindunya gi sini dengan dia, macam rasa dah berkurun pula.

Keadaan sekitar asrama dan sekolah dah sedikit lengang, kebanyakan dah pulang tadi sebaik perjumpaan dengan warden. Termasuklah geng aku 3 orang tu.

"Akak tak balik ke?" Tanya ku bila kitorang dah selesa duduk.

Dear crush (gxg)Where stories live. Discover now