"Penatttt......" rungutku sambil suddah menghempaskan diri ke katil. Fifi yang merupakan dormmate aku sama batch form 4 hanya menggeleng tengok aku sebelum suruh aku cepat2 bangkit mandi dan bersiap ke masjid. Kitorang baru je lepas habis sukan sekolah, aku tak participate mana2 acara pun tapi yelah dah form 4 ni selalu jadi kuli2. Ke hulu ke hilir jugalah aku masa sukan nak tolong cikgu itu ini. Tambah2 pula pengawas.
Sepanjang hari sukan tu, aku tak menyempat nak tengok crush aku sebab sibuk sangat. Hasil kaji selidik aku tentang dia, dia tak ikut sangat kalau sukan2 olahraga ni sebab tempat dia cuma di hoki. Tapi yelah dah kau laju lincah, kena suruh juga wakil rumah sukan dia acara lari2.
Tapi sayangnya, kak Mal tak dapat nak tunjukkan kehebatan dia di acara olahraga sebab kak Norinh, atlet pecut sekolah dah sapu. Tapi dia tetap dapat no 2. Awak tetap hebat crush.
"Nasha!" Fifi menjerit kuat dari luar tingkap dorm dan menyedarkan aku.
"Kau larat nak turun masjid ke Nash?" Fifi bertanya lagi.
Aku bangun dan memandang Fifiserta mengangguk je, barulah dia beredar dari situ nak pegi mandi. Nasib baik malam ni tiada prep. Jadi lepas dari masjid boleh terus rehat di bilik, esok pula jumaat cuti sekolah so plus weekend.
Masa di masjid aku cuba cari2 kelibat Kak Mal nak topup energy ni tengok dia. Tapi sayangnya takde, hmm. Masjid malam ni sunyi ya amat sebab kebanyakan pelajar tidur kerana penat sukan tadi. Amni dengan Sarah dah tido kat belakang, Shila pula tengah baca quran. Aku je yang dari tadi termenung2 tak buat apa, mata ni berat juga tapi malas nak tido lagi, tunggu je lah habis masa sampai nak naik dorm. Habis je dari masjid aku terus ke public phone nak call ayah minta ambik aku esok early in the morning. Nak balik rumahhh huaaa.
****
Petang ahad kat rumah aku sibuk baking cake coklat.. nak buat spesel punya untuk kak Mal, huuu. Excited tu jangan cakaplah, yelah dah crush suka kek kita buat. Aku bahagikan kek tu dalam 2 tupperware. Satu untuk kak Mal and satu lagi untuk Amni, Shila & Sarah. Aku susun elok2 untuk kak Mal, aku bersih2 kan tepi tupperware tu and letak sticker love kecil kat bahagian bawah tupperware. Acah2 cute gitu nak bagi crush.
Sesudah sampai di perkarangan depan asrama aku menyalami ayah dan ibu setelah mereka berpesan macam2. Aku dah nampak Shila yang juga sama baru sampai keluar dari kereta and i decide to wait for her.
"Shila! " aku memanggilnya kuat sedikit bila dia agak jauh. Shila pun menghampiri aku. Muka dia nampak sangat malas dan mengantuk tertutup2 mata dia.
"Hi Nash
"Kau kenapa, terletak gam uhu ke kat mata tu"
"Aku ngantuk tau Nash, semalam marathon movie dengan adik aku sampai subuh. Pagi tadi pula dah tangkap udang kat kolam pakcik aku, tengahari baru aku start ngantuk ni hah" ujar shila dan menguap sekali lagi. Aku hanya ketawa kecil
"Warna warni betul cuti hujung minggu kau ni, dah lah jom naik. Sempat kot kau nak tdo lagi" Shila hanya mengangguk dan kami pun naik ke asrama.
Lepas sahaja kemas2 aku nak naik ke dorm Amni dengan tujuan yang aku rasa korang pun dah tahu. Belum sampai aku kat dah ternampak amni tengah ada kat depan pintu macam melekatkan sesuatu.
"Am!"
Amni yang tengah membelakang aku tu macam terkejut sebab badan dia terciduk sedikit dan menoleh ke arah aku.
"Nash engkau, haih tekejut lah!" Aku hanya gelak
"Hahah ala janganlah marah ni hah aku bawa kek untuk kau" baru amni tersenyum. Terus aku bersuara kecil
"Dia ada kat dalam ke Am?"
"Takde, Kak Mal belum balik lagi ni, mesti kau ada bawakan untuk dia juga kan kek ni"
"Hee a'ah" aku hanya tersengih.Kami pun masuk dalam dorm Amni. Dan sambung borak lagi.
"Oh ya, Nash semalam kan Faizy mesej aku kat fb tau".
Faizy budak kelas akaun form 4. Antara pelajar lelaki femes kat sekolah ni, Kata orang dulu dia pernah selamatkan kawan dia yang cedera taktau pasal apa entah la tu kejadian malang kat kelas sampai berdarah2. Habis penuh baju sekolah dia tu dengan darah. Nak stopkan pendarahan. Start tu dia femes lah.
"Oh, then nak apa?"
"Dia kata nak kenal dengan engkau tapi dia malu" kata amni lagi
"Tu je? Ish dia kenal la aku tu kot kalau dia dah tanya dengan kau" jawabku malas
"Lah dia nak kenal dekat la tu dengan kau, macamlah tak paham lelaki ni kalau dah start cakap macam tu" aku hanya mencebik. Malas sebenarnya.
"Tapi kan..." Amni berkata lagi sambil tersengih
"Tapi apa?" Aku mula menyoal
"Tapi tak jadi, sebab aku kata kau dah ada yang punya!" Jawab amni dan tergelak.
Terus aku berkerut tengok Amni, yelah memandai je. Tapi kemudian aku bersyukur sebab takdelah nak menghadap lagi Faizy tu sebab selama ni pun dia selalu je datang2 kelas kitorang konon nak jumpa classmates lelaki pastu asyik2 tengok arah kitorang. Aku prasan sebenarnya. Nasiblah Faizy ni jenis hormat orang.
Sampai dah nak dekat turun ke masjid kak Mal belum balik lagi. Kitorang pun tak pegi dewan makan lagi sebab kenyang. Aku hampa sebenarnya excited dah nak bagi kek ni. Harap2 dia muncul nanti kat masjid.
Habis je Isyak, pelajar2 pun mula bergerak untuk mulakan prep. Kami lambat keluar dari masjid sebab Shila tertidur lagi. Tepaksa aku basahkan sapu tangan aku dan lap2 muka si Shila sebab mengantuk berat dia tu. Pelajar puteri lain pun dah gerak tinggal kami berempat ja.
Sewaktu keluar dari perkarangan masjid aku ternampak ada dua motor masuk kawasan pagar sekolah dan menuju ke rumah warden yang sebenarnya berdepan je dengan masjid ni. Salah seorang daripada mereka ada pembonceng di belakang yang memeluk erat si penunggang. Lepas dorang park je and turun aku makin jelas dah siapa, Kak Mal and Kak Nisa. Dan yang membonceng tadi kak Effa dan dibonceng oleh kak Mal. Gila dorang ni dahlah malam baru balik bawa motor pastu letak kat rumah warden. Kuat juga payung diorang ni.
Terus aku teringat cara kak Effa peluk erat kak Mal tadi di atas motor, skuter sebenarnya bila aku dah nampak jelas, hmm ada something rasa ngilu di hati. Nampak dari jauh je Kak Mal berjalan dengan beg sandang dia sambil tangan dia melingkar kat bahu Kak Effa, Kak Nisa pula hanya mengikut di belakang dan macam dia fokus tengok je something kat dalam beg dia. Mesti handphone!
Habis prep naik asrama, aku masih melihat kek coklat yang aku nak bagi Kak Mal ni, haih serabut pula pikir padahal benda kecik je. Aku pun bangun dan naik atas, nak bagi juga kek ni sebab dia yang penah cakap kat Amni kalau ada bawa lagi. Sampai je kat dorm Amni, aku panggil Amni keluar kat luar dorm and minta dia bagi je kat Kak Mal kek ni.
"Eh takde2 kau bagilah dia sendiri pahal pula aku"
"Alah tolonglah Am, aku segan masih lah dah la dia kenal aku pun tak"
"Kau ni ye2 je kan. Yelah2 kali ni je" aku tersenyum bila Amni setuju tolong bagikan kek tu. Aku nak sangat bagi dengan dia directly tapi dah teringat kejadian tadi macam hmm.. merajuk sendiri, dahlah takde apa2 boleh pula merajuk sendiri. Hah terok hang Nasha!
Bersambung...
Terima kasih yang membaca 🙏🏻
Ok tak cerita ni? Harap ada yang suka. Its fun writing while working from home.
Btw tak lama lagi Malin akan notice Nasha 💖
Stay safe everyone.
-Jemi
![](https://img.wattpad.com/cover/254110799-288-k371232.jpg)
YOU ARE READING
Dear crush (gxg)
Roman d'amourKisah seorang gadis jatuh crush dengan seorang gadis. Senior Junior gxg story. First time writing.