Chapter 22

3.5K 138 30
                                        

#Hai.... capek yah? Sama kok, aku juga 😂

Ok merepek, abaikan guys. Maaf baru update.
Enjoy the new chap below, I nak pegi makan Indomie dulu (tu pun nak habaq korang) haha






"Kamu berdua bangun!" Keras suara Kak Shida bila dah makin mendekat tapi suara dia tak kuat sangat.

Aku segera bangun sambil menolak kuat bahu Faizy, nak lunaskan juga hajat aku tadi. Terkebelakang dia sedikit. Aku lihat Kak Mal suda mengambil sebiji bola yang terguling keluar dari net tadi dan melambung2 nya. Muka dia takdak ekspresi langsung. Kak Shida sudah mengurut2 kepalanya.

"Mari sini kamu berdua, stay sini!" arah Kak Shida tegas mngarahkan kami begerak ke ruang sebelah tangga. Suara dia sangat tegas tapi hanya boleh didengar kami berempat sahaja disitu. Agak tersorok tempat kami berada ni dari pandangan orang. Muka Faizy aku tengok dah cuak dah, menampakkan side nerd yang cuba disorok selama ni dengan berkawan budak team bola.

"Saya blah dulu lah" tiba2 Faizy bersuara dan ingin melalui hadapan Kak Shida yang suda bercekak pinggang. Tapi tiba2 bola jaring ditangan Kak Mal tadi laju melayang menuju ke arah Faizy. Dia sempat nak angkat tangan ingin hendak menangkap tapi lajunya bola tu sampai terkena dada lalu dia tertolak ke belakang.

"Kau tak dengar ke apa Shida cakap tadi?" Kata Kak Mal sambil memandang Faizy yang masih terbatuk kecil gara2 hentakan bola di dadanya. Faizy akur dan mula berdiri betul. Aku mula tak keruan dengan keadaan sekarang ni, rasa nak nangis pun ada.

"Sebelum saya bawa hal ni kepada cikgu disiplin, saya nak dengar dari both side kamu berdua apa yang kamu buat" ujar Kak Shida dengan tone datar. Jantung ku mula berdegup laju bila Kak Shida cakap macam tu, nak bawa ke Cikgu Aty, aduh mampus ni bukan benda ringan tau kalau disalah faham. Macamana aku nak explain ni.

"Kak, kak" aku memang kalut dah cuba memegang lengan Kak Shida dengan muka nak menangis tapi dia tepis dan suruh aku bergerak ke tepi sedikit. Kak Mal pula hanya berdiri di sebelah sana sedikit dengan muka kosong dia lagi. Aku sebenarnya tak berani nak pandang dia, apalah fikiran dia tentang aku sekarang ni.

"Mal panggil Dzul Mal" ujar Kak Shida

Aku angkat muka sedikit pandang Kak Mal yang sudah bergerak di membalik diri di bangunan. Dia cuma menoleh

"Zam! Panggil Dzul sini!" Jerit Kak Mal

"Panggil Sapa?" Aku dengar orang dipanggil Zam tu bersuara agak kuat dari arah sana.

Azam classmate kak Mal mungkin.

"DZUL lah pekak!" Jerit Kak Mal lagi.

Dzul, most respected abang senior merangkap timbalan kak Shida di sekolah ni.

"Nasha start talking" aku terkejut sedikit dengar suara Kak Shida. Teralih pandangan aku terus menuju kepada Kak Shida yang sedang memandang tajam. Kak Mal pula sudah kembali ke arah kami dan duduk di tangga.

Baru je aku nak bercakap, Faizy menghela nafas berat dan mula mencelah

"Jangan salah faham kak, kitorang tak buat apa pun, sy cuma.."

"Nama engkau Nasha ke?"

Belum sempat Faizy nak habiskan ayat dia

Damn kak kp, patutlah kp. Aku boleh nampak Faizy telan air liur bila Kak Shida memandangnya semula lepas mematikan kata2 dia tadi.

"Tak Kak" jawab Faizy sambil tunduk.

Kak Kp mula menghalakan pandanganya ke arah aku semula. Aku mula mengatur pernafasan semula dan baru mahu mula berbicara.

Dear crush (gxg)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang