Chapter 2

5.6K 199 6
                                    

Lepas prep, aku rasa nak lepak kejap dorm Amni sebab aku tak pernah lagi ke dorm dia. Lagipun esok hari sabtu, tak sekolah. Sampai jer kat dorm, terus borak2 dengan Amni. Dorm asrama ni besar juga dan setiap dorm ada dari form 1 ke form 5.

Sedap2 kitorang borak and budak dorm Amni yang lain buat hal masing2, Amni pula dah mula baca novel.. pintu terbuka dan seseorang bertuala dan memakai sweater sambil kepalanya bertutup tuala kecil masuk dan terus duduk ke katil hujung. Dia pegang handphone. Kat asrama diharamkan bawa phone jadi aku agak terkejut dia open je pegang dalam dorm. Aku ni dok perhati jer. Lepas dia buka tuala kecik kat kepala tu, terus aku terbeliak mata tengok muka dia.

"Haaa, kimbum! .." aku terpesona di dalam hati dan

Amni yang ketika itu menunduk terus mengangkat wajah, mungkin dia sedikit terkejut aku tiba2 kimbum.

"Apa Nash?"

Aku tersedar dari menganga lepas terdengar suara Amni dan melihat dia dengan muka bingung. Aku tak endah soalannya lantas aku lihat kembali jelmaan kimbum tadi. Amni pun turut sama berpaling ke arah pandangan aku. Dan aku boleh dengar Amni sebut ohh panjang sekejap sambil senyum geleng2 kembali melihat aku.

"Err Amm.. yang tu siapa?" Tanya ku perlahan supaya si dia tu tak dengar.

"Ai, tu kan kak Malin, kau tak perasan ke"
Aku melopong jap, lepas aku perhatikan muka dia yang serius tengok phone tu baru aku detect. Tadi dia pakai tudung.

Bapak serius handsome cute, kulit dia putih, muka dia cerah jerr mcm mix je dia ni.. rambut dia pendek sikit dan sangatlah style korea ( masa ni style rambut begitu jadi femesh kot) menutupi dahi dia sedikit.. bibir dan pipi dia sweet je pink2..muka dia di pandangan mata aku serius macam ex super junior kimbum sikit2 (aku minat kimbum weh) nampak handsome dan cool je masa dia serius tu.. aku menoleh ke arah Amni manatau dia perasan aku dok perhati kak Malin tu lagi.. and yes dia tak perasan and aku sambung tengok..

Tiba2 dia senyum tengok phone and yesss terus muka dia sweet je comel dilihat.. ya ampun.. aku rasa aku zoom in zoom out je muka dia dari tadi.

Tak lama lepastu 2 orang pula masuk, lepas aku perhatikan oh ni kak Nisa yang sorang siapa? Aku tanyakan Amni tu kak Nana. Mereka bertiga ahli dorm ni. Rupanya amni sebilik dengan kak Malin patutlah dia gelak je kat masjid tadi. Lepas dorang datang kak malin pun menyapa dan mula borak sesama mereka. Kak nisa rambut dia lagi pendek dari kak malin and boleh tahan juga. Aku pula tak jemu2 pandang curi kak Malin tu. Rasa minat sangat tengok muka dia, hurgh serius comel.

Teringin nak tanya pasal kak Malin dengan amni tapi kejap lagi nak lights off and aku pun kena balik bilik. So aku tundakan hasrat aku esok sahaja. Sebelum keluar dari dorm mereka, aku sempat curi pandang lagi, nak tengok muka dia. Sayangnya dia sedang menghadap loker jadi terpandang hanya belakang dia. So aku pun balik dorm.

Harini hari sabtu, seperti janji ayah dan mama, mereka datang melawat dan membawa makanan untuk aku. Lepas beborak dan makan. Mama dan ayah beransur pulang dan aku kembali ke dorm membawa makanan ringan yang mama belikan.

Lepas rehat kejap, Amni ajak aku turun ke bawah stay kat kelas katanya nak buat homework sebab malam karang boleh membongkang tido. Aku pun on jer. Sampai kelas kitorang dua je and buat je la kerja. Aku pula masih terfikir pasal kak Malin, nak tanya Amni tapi takut obvious sangat. So I pasang mukadimah2 lah sikit.

"Am, boleh ke bawa phone kat sini?"

"Mana boleh weh, kalau warden nampak dia rampas lah." Jawab Amni sambil dia masih lancar buat hw.

"Habis tu semalam aku tengok dormmate kau kak Malin tu slumber je kehulu kehilir pegang phone?"

Amni tergelak kecil dan berhenti menulis.

"Memanglah, tu kak Mal lah. Siapa berani report memang tido kat koridor la jawabnya"

"Uish, dia garang ke Am?" Aku semakin berminat pula.

"Takdelah garang sangat tapi dia tak suka orang kacau hal dia and kalau dia dah marah huh gerun sikitlah"

Amni punya ekspresi muka masa ni lawak juga. Telan air liur sikit dia aku nampak, macam ada history je.

"Kalau kau nak tau, kak mal tu kira student puteri paling femes kat sini, dulu masa dia junior, dia femes di kalangan senior and start tahun lepas makin femes dia di kalangan junior. Mungkin sebab style dia tu kot, comel je nampak"

Masa habis Amni cakap tu aku lega sikit sebab aku tahu bukan aku sorang je perasan dia sangat cakepppp bilang orang Indonesia.

"Aa'ah lah am, comel je akak tu aku tengok.. tapi asal minggu first sekolah diorang dah busy training hoki erk, dah tu bedua je?"

"kata kak Mal cakap haritu coach dorang nak prepare awal, and dorang berdua tu start wakil negeri tahun lepas, memang banyak training kat kompleks sukan lah"

Aku hanya ber'oh2 je mendengar semua yang diceritakan Amni. Kak mal ni budak akaun, dia dengan kak nisa bestfriend and muka dorang dua tu memang selalu turun lambat kemana2 tak kira perhimpunan ke apa2. Kata Amni lagi dulu form 1-3 kak mal ni tak stand out sangat sebab dia ada cousin senior jadi dia agak well behave lah. Naik form 4 tahun lepas yang jadi agak nakal sikit.

Kata Amni lagi dia ditakdirkan satu dorm dgn kak Mal dari dia form 3 jadi selalu sangat perasan kak Mal and kak Nisa ni selalu escape ke mana2. Dia antara junior yang kenal baik dengan kak Mal tu. Banyak sangat aku korek pasal dia ni dengan amni, tapi curiosity aku tu membuak2 nak buat macamana.

Katanya kak Mal ni orang borneo.. ayah dia chinese Sarawak and mak dia kadazan dusun dari Sabah. Oh baru aku tahu.. dia bukan lah aslinya orang sini.

"Dia cakap pelat Sabah ke Sarawak am?"

"kau tak dengar ke dia becakap haritu kat dorm or masjid?"

Sejujurnya dua kali aku nampak kak Mal, aku tak fokus pun apa dia cakap sebab busy tengok muka dia. Aku hanya angkat kening dan tersengih pandang Am tanda "tak hehe"

"Haish, dia cakap perfect semenanjung weh, lahir kat sini kot, cuma adalah kadang juga dia keluar sound2 borneo sikit"

Aku hanya ber'oh2 lagi.

"Banyak sangat kau tanya pasal dia ni, macam nak dokumentari, berminat dah ke?" Aku mula membesarkan mata bila Amni tanya tu.

"Takdelah.. saja nak tahu" aku saja cover sikit, hanya disambut gelak kecil Amni.

"Eh takyah lah nak 'saja2' okay, kau bukan peminat pertama dia"

Aku hanya mencebik dan mula bermain2 dengan pensel.. yelah, mungkin aku just peminat rupa paras dia kot.

Haish dahlah asyik nama dia je bermain2 dalam kepala otak aku.

Biar pun takdak reader tetap apdet 😂

Dear crush (gxg)Where stories live. Discover now