"Sy penatlah, awak pegi je lah main"
"Alah bukan sy suruh awak main sekali, awak duduk je lah kat bench tu tengok sy main"
Aku mengeluh lagi. Setelah berfikir sekejap barulah aku setuju dengan ajakan Kak Nisa nak aku ikut pergi gelanggang tengok dia main bola tampar. Malaih betul lah aku aduh nak turun ni. Form 5 sekarang ni nak dekat2 spm, memang selalu curi2 masa petang nak beriadah terutama petang jumaat macam ni.
Sampai di sana, memang dah mula main dah mereka, aku pun duduk di kerusi ni dengan air mineral yang aku bawa tadi. Aku ni jenis kalau tengok sukan, kekadang aku yang penat nak minum air. Kak Nisa dah masuk gelanggang dah join mereka ganti Kak Norin.
Dan pada saat salah seorang mereka tu bergerak, aku ternampak susuk tubuh seseorang yang terlindung tadi dari keramaian mereka, aku rasa jadi tak menyesal ikut pergi sini, terukir senyuman ni nampak dia, boleh pula aku tak terfikir possibility dia untuk ada disini memang tinggi. Bersungguh betul smash bola tu, i still adore Kak Mal too much.
Sedang aku duduk memerhati tiba2 seseorang duduk sebelah aku.
Kak Shida rupanya.
"Amboi, tengah perhati kakak kesayangan ke tu.." kata kak Shida sambil acah tolak bahu aku perlahan dengan bahunya. Aku hanya tersenyum.
"Sekarang Nasha memang dah tak rapat dengan Mal ke?" Tanyanya lagi.
"Err.. rapat jugalah kak, tapi tak macam dulu. Dia kan sibuk nak spm sekarang"
"Ohh.. ye tak ye juga kan.."
Fuh nasiblah Kak Shi boleh terima jawapan aku tu.
"Akak pula memang rapat dengan kak Mal ke? Dari form 1 ke?" Tanya ku mula bicara takut Kak Shi tanya lebih lanjut pasal aku dan Kak Mal.
Terlihat Kak Shi tersenyum.
"Tak juga Nasha, rasanya start form 2 kot.."
Aku hanya ber'oh saja nak lagi tanya pasal lain tapi Kak Shi dah pandang arah gelanggang. Kalau ikut tanda garis lurus arah pandangan dia, dia tengok Kak Mal.
Dia memandang Kak Mal macam penuh makna.
"Dah nak habis sekolah ni rasanya akak kena banyak berterima kasih dengan akak awak tu lah" kata Kak Shi. Aku buat muka pelik.
"Kenapa kak?"
"Sebab dia lah akak rasa sedikit sebanyak akak boleh jadi macam sekarang, rasa berkeyakinan dan sampai boleh jadi ketua pelajar ni"
"Wah gitu sekali.. ada cerita best ke ni? Tanya ku mula berminat.
"Hahah taklah best mana pun, nak dengar ke?"
"Nak!" Jawabku dengan tone riang.
"Cerita dia dulu time kitorang form 2, akak sekelas dengan Mal, and masa tu akak dah start jadi pengawas tapi akak ni seorang yang sangat nerd Nasha, really nerd and shy, tapi cikgu lantik jadi pengawas juga sebab rekod akademik, then dulu setiap hari jumaat kitorang pengawas by turn akan baca laporan mingguan atas pentas tau, cuma sekarang je dah tak buat and akhirnya sampailah turn akak.."
Kak Shida menghela nafas sebentar sementara aku yang menoleh ke arahnya memang dah tak sabar nak dengar.
"Dari hari isnin akak dah start gabrah nervous semua lah sebab turn baca laporan atas pentas tu, sampai dah belatih sebelum tidur lagi, macam tu sekali dia punya effect., sampailah.. tiba hari jumaat akak siap datang kelas lepas subuh dah siap baju sekolah nak prepare2 mental. Lepas dah habis breakfast, ramai classmate masuk kelas dah dan datanglah akak engko nampak akak tengah muka cuak tu.." kata Kak shi sambil sempat hala mata dia kat gelanggang tunjuk Kak Mal. Rasa kelakar pula

ANDA SEDANG MEMBACA
Dear crush (gxg)
RomanceKisah seorang gadis jatuh crush dengan seorang gadis. Senior Junior gxg story. First time writing.