Chapter 9

3.9K 155 5
                                    

Lepas zuhur dan makan tengahari tadi aku terus ke kantin. Nampak tak betapa semangatnya aku. Amni ada kata lepaklah kelas kejap tapi aku punya excited melebih segalanya so aku pun duduk je lah sambil bawa buku latih tubi addmath aku. Alah buku yang selalu beli kat kedai buku tu.

Aku rasa dah nak 30 minit aku menunggu ni batang hidung atau pipi comel dia tu pun takdak lagi. Menyesal pula tak ikut cakap Amni. Hmm terfikir juga apa pasal dia nak jumpa aku ni, tapi akhirnya tiada idea langsung yang aku terfikir. Sedang2 aku memerah otak tu (konon) tiba2 ada tin minuman sprite diletakkan di meja dekat dengan aku dari arah belakang. Aku tegakkan kepala tapi tak menoleh lagi, dan aku dengar dekat dengan telinga ni hah

"Sorry lambat"

And muncullah orang ditunggu2 ni dari arah belakang dan duduk di kerusi panjang kantin ni sebelah aku, wanginya dia ya hmm, aku kenal bau perfume dia ni, Avon butterfly. Aku tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan nak tahan gugup.

"Eh takpe, tak lama sangat pun" dia hanya tergelak. Gelak pun comel..

"Eleh aku tau kau mesti dah bengang kan, tadi aku ada hal jap. Sorry eh" kata Kak Mal

Aku hanya tersenyum dan mengangguk.

"Nasha en?" Aku mengangguk lagi.
"Kenalkan, Malin" kak Mal menghulurkan tangan nak bersalam, aku pun menyambut salamnya serta mencium sekali. Macamlah aku tak kenal tapi yelah kami belum pernah cakap macamni.

"Uish sejuknya tangan kau ni, sakit ke?" Dia mula memegang dahi ku konon nak cek. Damn, Aku lupa aku nervous sampai sejukk.

"Eh taklah kak, tangan saya ni memang macamni" dia hanya tersenyum lagi.

"Em ada apa akak nak jumpa saya ya?" Aku mula bertanya.

"Ah camni, tadi teacher Akma ada bagitahu ada form 4 nama Nasha telebih pandai addmath, kau la tu kan?" Aku mengangguk dengan yakin haha.

"Hm, aku sebenarnya nak minta tolong kau ni, boleh tak kau tolong aku revise subject addmath form 4, aku tak pernah lulus addmath tau, blur gila. Subject form 4 aku tak boleh cover sebab last year sibuk sangat sukan, pahtu cikgu pula selalu tak masuk kelas"

Aku tersenyum dengar apa yang Kak Malin cakap, bukan pasal apa tapi ya tuhan aku dan dia akan jadi study buddy addmath, peluang aku nak rapat dengan dia ni. Tapi nanti mampu kah aku menahan rasa nervous bila setiap kali dekat dengan dia. Rasa kasihan pun ada dengan dia, sibuk sangat jadi harapan sukan sampai tak sempat belajar.

"Hello?" Kak Mal melambai2 ke arah aku yang dari tadi mengelamun pula.

"Tak boleh ke? Kau selalu sibuk eh?" Muka dia macam dah sedikit kecewa.

"Eh takdelah kak, saya cuma berfikir je tadi, untungnya dapat tolong akak atlet femes sekolah ni hah" dia hanya tergelak dengar apa aku cakap. Damn keberanian apakah tadi sampai boleh cakap macamtu, hm malu gila.

"Femes eh, takdelah biasa ja" dia berkata

"So bolehlah eh, kita study every wednesday boleh masa prep malam, aku ambik 1 jam masa kau prep, tapi start minggu depanlah eh sebab minggu ni ada game hoki daerah lagi"

Aku berfikir sebentar mengingat jadual pada hari rabu. Boleh la kot.

"Okay! Boleh je kak" aku menjawab dan dia tersenyum lagi, kak Mal ni serius ada contagius smile, aku terikut senyum sekali.

"Cantekk, eh tapi taklah every wed night je, kalau aku ada apa2 nak tanya engkau bila2, ok je kan? "

"Boleh je kak Mal, my pleasure" aku menjawab lembut. Nampak muka senang dia.

"Thanks in advance eh, nah ni untuk kau" katanya sambil meletakkan tin sprite tadi makin depan aku.

"Oh ya, thanks juga untuk kek coklat haritu, tak sangka Amni betul2 bagitau kau aku nak lagi"

"Sama2 kak, ok ke rasa dia?, sama tak dengan yang first akak makan haritu?"

"Okay lagi sedap, rasa nak minta resepi pun ada"

"Kalau akak nak boleh je saya bagi"

"Hahaha, takpalah aku nak makan yang kau buat je la, kalau aku buat tah pape jadinya kot"

Kami sama2 tergelak. Selepas itu kak mal melirik pada jam dia.

"Ada lagi ni masa prep petang, jomlah i walk u to class"

Okay masa ni aku cuba menahan senyuman aku sebaiknya. Yelah bonus apa ni crush nak temankan ke kelas. Dia dah bangun dah tinggal aku je terkocoh sambil ambik buku dan minuman sprite tadi. Sepanjang perjalanan ke kelas, aku diam je. Sampai ja kat pintu kelas dia berhenti.

"Thanks kak Mal, akak masuk prep juga ke?"

"Taklah, nak pegi jumpa warden ni"

"Oh okay, take care kak Mal btw good luck game nanti eh!" Aku membuat thumbs up, dia hanya mengangguk say thanks dan berlalu. Aku? Masih tersenyum melihat dia dari belakang. Tak lama lepastu aku pun masuk kelas. Nampak dah Amni perhati aku dengan sengih dia dari meja, dia mengikut je pandangan dia tu sampailah aku duduk sebelah. Terus dia bersuara

"Aku rasa kena tambah 1 lagi kot cara nak kena notice oleh Kak Mal ni, "

Aku cuma pandang Amni dengan berkerut.

"Apa dia?"

"Kena pandai addmath" Amni menjawab dan hanya tergelak. Aku geleng kepala, taguna hang Am? dia tau rupanya tujuan kak Mal nak jumpa aku, tak habaq huh. Pastu aku terfikir apa amni cakap, hahah Positif and educated pula cara aku dinotice oleh Kak Mal. Tak sabar pula nak jadi study buddy dia.






Bersambung...

Rainy day bring back old memories~

Terima kasih baca🙏🏻

-jemi

Dear crush (gxg)Where stories live. Discover now