Chapter 15

3.6K 137 19
                                        

Sambungan flashback

Di dalam bilik guru disiplin.

Kak Mal dan Natrah berdiri di hadapan meja, manakala aku dan Ezra berdiri di tepi. Natrah menunduk tapi tidak Kak Mal, hanya pandangannya saja yang melihat ke bawah. Aku tak tahu macamana nak jelaskan keadaan ni sekarang, lidah ku kelu dan minda ku membeku. Sesekali aku jeling Ezra kat sebelah yang tiada langsung rasa bersalah memfitnah Kak Mal.

"Okay, Natrah. Rasanya bila kamu nak berhenti buat masalah?" Suara Cikgu Aty mula memenuhi ruang bilik. Natrah hanya mendiamkan diri. Bersuaralah Natrah, say something jangan libatkan Kak Mal dalam hal ni.

"Saya fikir kamu dah berubah, ni kenapa kejap ok kejap tak ok. Bermusim perangai kamu ni? Kamu dengar tak apa saya cakap ni Natrah?" Tambah Cikgu Aty lagi. Masih tiada jawapan dari budak tu. Eh, bukan memang kalau cikgu cakap macam tu murid kena diam ke. Cikgu Aty kemudian beralih pandang kepada Kak Mal.

"Ha, ni Amalina. Ingatkan benda2 rokok ni kamu tak layan, ni kenapa pula? Tak sayang rekod disiplin tahun ni ke dah elok2 jadi atlet bagus kat luar sana?" Suara Cikgu Aty agak tegas namun sedikit lembut berbanding cara dia bercakap dengan Natrah.

Kak Mal yang ketika itu hanya memandang bawah, dengan tiba2 menaikkan pandangan matanya tepat ke arah Cikgu Aty tanpa bergerak sedikit pun kepala dia. Aku yang terpandang pandangan tajam mata dia tu terkesima sekejap dan tertoleh tepi. Serius pandangan tu kalau boleh membunuh memang dah lama aku k.o kat situ. Cikgu Aty ketika itu lihat cuba mencari2 sesuatu kat meja, tapi macam acah2 je, takkan dia pun terkesan dengan pandangan tajam Kak Mal tu. Keduanya masih diam.

"Baiklah kalau takdak siapa yang nak bercakap" Cikgu Aty mula bergerak ke belakang dan mengambil sesuatu dari kabinet belakang dia.

MAKK ROTAN LEGEND.

Rotan tu dah berapa kali kena dekat pelajar dan bertukar tangan cikgu disiplin. Aku makin resah, takkan nak biarkan je Kak Mal kena weh, rasa nak nangis pun ada.

"Saya dah malas nak cakap apa2 lagi, saya penat, mari sini tangan kamu Amalina, kamu form 5 patut tunjuk teladan yang baik" kata cikgu Aty yang telah bangun. Kak Mal masih memandangnya dan aku terkejut dia cuba mengangkat tangannya. Hei!

"Cikgu, cikguu !" Aku mula bersuara dan kemudian mereka semua memandang aku. Cikgu Aty menoleh kat aku dengan muka bingung, ah biar aku taknak Kak Mal dihukum something bukan kesalahan dia.

"Cikgu, Kak Amalina tak salah, dia tak sentuh pun rokok tu. Tadi dia cuma ada disana pergi solat je, kebetulan Natrah yang merokok kat sana" terangku dengan laju

"Apa pula ni? Ezra kata lain tadi? Mana yang betul?" Soal Cikgu Aty sambil memandang aku dan Ezra.

"Saya pun tak pasti cikgu tapi mustahil Amalina tak merokok sekali dia sama2 dengan Natrah tadi" jawab Ezra pula. Shit! Macam nak smack down kepala dia ni sekarang juga.

"Tak cikgu, betul! kak Amalina tadi di masjid solat jer!" Aku cuba menerangkan lagi sambil buat muka paling minta kesian dengan cikgu, tolonglah jangan apa2 kan Kak Mal. Bukan gedik but i really cant.

"Peninglah saya kamu ni, nak becakap biar betul, ni sorang cakap lain sorang lagi cakap lain" Muka Cikgu Aty makin bengang tengok kitorang berdua. Tiba2 Kak Mal mengeluh berat serta meletakkan kedua tapak tangannya di atas meja.

"Haih..., lama lagi ke drama ni? Saya ada banyak kerja lagi nak buat ni" Kata Kak Mal dengan nada straight membuatkan Cikgu Aty segera berpaling ke arahnya.

"Kamu jangan nak belagak sangat Amalina, walaupun banyak cikgu sukakan kamu tak semestinya saya takkan rotan kamu" ujar Cikgu Aty pula.

"Dah tu, rotan je lah saya cikgu" aku tekejut dengar apa kak Mal cakap ni. Biar betul dia ni aku punyalah nak defend dia.

Dear crush (gxg)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang