Surprise shawty! New chap below. Happy reading.
"Terima kasih selama ni"
Masih terngiang2 kata terakhir Kak Mal sebulan yang lalu sebelum aku dan dia jadi stranger macam sekarang. Kadang2 rasa macam kitorang tak pernah kenal, terserempak pun dah jarang. Hairan, kalau dulu selalu saja ada dia, dimana2 pun aku boleh terserempak dia dan sempat bertegur sapa serta mengusik2, berbeza sangat. Keadaan macam tahu saja aku dengan dia dah tak macam dulu. Tipulah sisa perasaan aku memang masih mekar untuk dia, masih berbunga untuk dia.. dan sebenarnya tak pernah layu, cuma malangnya ia tak pernah disirami sedikit pun oleh dia. Dan sekarang ia hanya bergantung pada memori indah bersama aku dan dia biarpun ianya baru beberapa bulan yang lalu.
Tentang hubungan aku dengan Kak Nisa, macam tu lah dia memang selalu ada dengan aku, selalu juga kitorang jalan sama2 dan outing berdua macam aku dulu dengan Kak Mal.
Kak Nisa ni jenis yang tak takut show romantik dia, kadang2 aku risau juga sebab dia terlalu open biarpun kat sekolah. Amni pun siap pesan jangan nak show sangat, tapi aku nak buat macamana duh Kak Nisa selalu nak pegang tangan peluk pinggang lah. Selagi aku boleh cover, aku cover lah sebaik yang mungkin. Soal perasaan, hmm macamtu je lah. Memang kadang muncul perasaan gembira dan terharu Kak Nisa kadang pampered aku but.. itulah 'gembira'.
Sahaja. Kadang memang aku rasa aku dengan Kak Nisa ni memang supaya aku boleh lupakan Kak Mal je. Im sorry haih.
Bulan ni pula dah bulan terakhir sekolah dan juga peperiksaan akhir tahun makin mendekat. Kelas tambahan form 5 pun tak lama lagi akan stop supaya mereka tak stress sangat, dan boleh santai sikit nak belajar.
Berkali2 aku ingatkan Kak Nisa untuk fokus juga dengan spm dia sebab time study konon2 malam rabu tu dia cuma selalu nak melekat je, kadang aku je yang belajar. Dia pula dah ke laut..kalau Kak Mal dulu, dalam main2 pun memang serious fokus kalau dah start belajar, tak sia2 lah air liur aku mengajar. Haaa! Sudah aku nak bandingkan mereka berdua pula memang taklah!
"Nash tunggu aku eh boleh?" Kata2 Ezra mematikan lamunanku. Aku hanya mengangguk tanda setuju tunggu dia sama2 p assembly nanti. Awal pagi ni aku dah masuk kelas nak menyapu, tapi kelas tak kotor sangat jadi cepat je siap, tu yang sempat duduk2 santai dan mengelamun. Sampai dah nak mula perhimpunan dah. Geng aku tadi direct je ke sana dari brekafast, aku macam malas nak pergi harini. Just makan biskut beras sebungkus je tadi. Tak selera sangat nak makan.
"Jom Nash!" Ajak Ezra yang sudah selesai letak beg dan kemas2 kan her attire.
Kami pun bergerak ke dataran perhimpunan. Pelajar2 yang lain pun dah perlahan2 mula mengisi barisan mengikut kelas. Aku malas nak atur pelajar hari ni so hanya berdiri di belakang je dan perhati sekeliling. Tak lama tu aku nampak dah Kak Mal kat sana berjalan dengan Kak Effa, dia dah nampak kurus sikit sekarang, tengah jaga badan la tu kot selalu joging petang2.
Dan aku perasan Kak Mal sekarang dah rajin masuk perhimpunan awal, dah tak selalu lambat macam dulu. Perubahan sebab nak dekat spm la ni, yelah sampai bila asyik nak lambat kan.
"Hai babe" meremang bulu roma aku bila terdengar suara berbisik tu tiba2 dekat telinga. Suara Kak Nisa tu, dia je panggil aku babe. Terus aku menoleh ke arahnya di sebelah, nampak dia tersenyum. Macamnilah Kak Nisa kalau dekat perhimpunan ni memang selalu datang jumpa aku kejap saja tayang muka. Tapi pagi ni dia macam ada bawa something pula.
"Nah ambik ni, awak takde pergi sarapan kan tadi?" Katanya sambil suakan 2 paket cloud 9 kecil ke tangan aku. Fevret aku ni makanan sejak Kak Mal suka bagi aku benda ni dulu, wait.. takkan selama ni Kak Nisa yang bagi? Ah sudahlah malas aku nak fikir. Lagipun tau pula Kak Nisa ni aku tak sarapan lagi, sebab dia pun kadang jarang muncul waktu awal pagi. Aku terus mengambilnya, letak dalam poket say thanks dan suruh Kak Nisa masuk barisan dia.
YOU ARE READING
Dear crush (gxg)
RomanceKisah seorang gadis jatuh crush dengan seorang gadis. Senior Junior gxg story. First time writing.