BAB 3

432 36 5
                                    

Twice p.o.v

   " Okey twice. Rehat 10 minit! Lepas ni kita sambung balik!" Suara jihyo kedengaran kuat dalam practice room itu. Kebanyakan ahli twice terbaring setelah hampir 2 jam mereka berlatih lagu I can't stop me, more and more dan lagi unreleased mereka, cry for me untuk pentas MAMA nanti. Sana mencari kelibat jinkyung sebelum tersedar yang anaknya dibawa oleh got7 bersama anak mina dan tzuyu untuk berjalan-jalan.

   " Huh.. Penat gila.. Nasib MAMA ni takde setahun 10 kali, kalau tak boleh pengsan macam ni.." Keluh sana sebelum terbaring di lantai practice room itu. Dahyun yang berada di sebelahnya tergelak kecil.

   " Aik? Sebelum ni okey je? Ke atau sebab jeong unnie takde untuk bagi semangat... Unnie jadi macam ni?" Tanya dahyun. Bahunya dipukul lembut oleh sana yang masih tersenyum. Secara tiba-tiba, pintu bilik mereka dibuka dan kelibat jinkyung, mingi dan miyoung kelihatan. Mereka berlari mendapatkan ibu masing-masing.

   " Omma tengok ni! Jb ahjussi belanja kakak buku cerita!" Jinkyung berkata sambil menunjukkan buku komik yang dibelikan oleh jaebum ketika mereka keluar tadi. Jinkyung menggunakan nama kakak atas sebab dia yang paling tua antara mingi dan miyoung. Nak guna adik macam tak sesuai lah pulak..

   " Aish.. Oppa ni susah-susah je. Nak sana bayar balik ke duit tu?" Tanya sana memendang jaebum. Jaebum cuma menggelengkan kepalanya.

   " Tak susah lah sana.. Berapa je harga buku tu. Oh ye, tadi pd nim suruh panggil korang ke meeting room. Katanya ada emergency nak dibincangkan. Stray kids dengan itzy dah balik dah. Dah taulah apa yang nak dibincangkan tu. So, korang pergilah eh.." Balas jaebum pula sebelum got7 meninggalkan twice di bilik itu.

   " Anak-anak sekalian... Tunggulah di sini ye. Kami nak pergi ke meeting room. Jumpa atuk gorila kejap okey.." Kata jihyo selamba. Mingi, jinkyung dan miyoung menahan ketawa mendengar gelaran yang diberi khas untuk JYP itu.

   " Okey. Omma janji belikan mingi kek red velvet tau!" Sempat lagi mingi menjerit. Macamlah ahli twice tu semuanya pekak belaka.

   " No problem son! Kumpulan red velvet pun omma boleh bawakan ke sini!" Balas mina kembali sebelum pintu bilik itu ditutup meninggalkan jinkyung yang sedang membaca komik dibeli oleh jb, mingi yang sedang bermain playdoh yang dibeli oleh bambam dan miyoung yang leka menghabiskan gula-gula kapas yang dipau dari jinyoung.

Di bilik meeting JYP,

   " Wassup pd nim! Kenapa panggil kami ni? Nak autograf ke?" Nayeon bersuara selepas duduk di salah sebuah kerusi di meja di meeeting room itu. JYP menggelengkan kepala melihat perangai twice ni. Sejak ada tiga orang budak kat bilik diaorang tu sejak tu lah perangai menjadi-jadi. Dari si dahyun yang menjerit JINYOUNG AH! Sampai ke nayeon yang mengarut-ngarut.

   " Takde masa saya nak autograf tak popular kamu tu.. Tujuan saya panggil kamu ke sini adalah sebab kamu ada buat persembahan istimewa bersama dengan 5 kumpulan lain. Kumpulannya adalah izone, itzy, stray kids, txt dan seventeen. Akan ada 6 sesi persembahan. Pertama, untuk vocal. Ahli twice yang akan ikut adalah jihyo dan nayeon. Untuk sesi kedua pula ialah rap. Dahyun dan chaeyoung akan ikut. Untuk sesi ketiga ialah dance di mana ahli yang akan ikut ialah mina dan momo. Itu untuk sesi solo. Sesi berpasukan ialah sesi ke 4 di mana sana, tzuyu, jeongyeon akan sertai. Kamu akan bersama ahli izone dan itzy yang tak sertai sesi solo. Sesi ke 5 kamu adalah tarian berkumpulan dengan seventeen sahaja. Dan sesi ke 6 kamu ialah sesi bersama stray kids, seventeen, txt, itzy dan izone. That's all. Dapat tangkap jihyo?" Jihyo mengangguk sambil menunjukkan buku catatannya. Kemas tulisan dia.

    " Er, pd nim.. Boleh kami dapat senarai full semua yang akan buat persembahan?" Tanya mina. JYP mengangguk dan memberikan 9 helai kertas kepada mereka. Satu lagi untuk jeongyeon bila balik dorm nantilah. Tzuyu menatap helaian yang diberi JYP.

BEHIND THE MASKWhere stories live. Discover now