BAB 9

324 37 1
                                    

Tzuyu p.o.v

     " Omma, kita tunggu siapa sekarang ni?" Tanya minyoung. Dah hampir 30 minit mereka berdua duduk di hadapan dorm twice ini menunggu seseorang yang tak tiba-tiba. Tzuyu memandang minyoung dan menarik tangan anaknya supaya duduk di atas pangkuannya.

    " Minyoung sayang.. Kita tunggu appa minyoung. Minyoung kena janji dengan omma lepas ni walaupun minyoung dah kenal appa, jangan bagitau kawan-kawan tentang ni okey?" Tzuyu bersuara lembut. Minyoung mengangguk perlahan sebelum bersandar di badan ibunya. Kanak-kanak 6 tahun itu mungkin dah kepenatan berulang-ali dari tadi. Tzuyu mengusap rambut anaknya sehingga ada sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan mereka. Dah sampai akhirnya.

    " Hai minyoung. Sorry appa lambat. Anak appa ni dah besar eh?" Seseorang yang keluar dari kereta menegur. Minyoung terkejut kerana itu ialah mingyu seventeen. Salah seorang yang membuat persembahan istimewa. Malah bersama maknya menari. Dia memandang tzuyu dan ibu tunggal itu mengangguk perlahan. 

    " Appa?" Suara kecil minyoung meneydarkan mingyu dari merenung isterinya itu. Mingyu mendekati minyoung dan memeluk anak kecil yang lahir tanpa dia di sisi. Rasa bersalahnya menggunung-gunung pada kanak-kanak itu. Juga turut rasa yang sama terhadap sang ibu yang membesarkan anaknya tanpa suami di sisi.

    " Tzuyu dah kemas barang minyoung? Jomlah.." Kata mingyu. Kali ni minyoung tak pelik sebab tzuyu dah bagitau mereka berdua akan pergi bercuti. Jadi, mungkin mingyu bawa bercuti lah kan?

    " Appa, kita nak pergi mana?" Tanya minyoung. Tzuyu duduk di sebelah mingyu manakala minyoung duduk di belakang seorang diri. Dia pelik sesuatu. Ommanya sangat bencikan appa ke? Dari tadi langsung takde senyuman manis ibunya yang terbit dari bibir merah itu. Hanya muka datarnya sahaja.

    " Appa nak bawa minyoung dengan omma pergi Jeju. Kita bercuti kat jeju je ye.. Minyoung tak kisah?" Mingyu memandang anaknya sekilas melalui cermin pandang belakang. Minyoung tersenyum manis. Senyuman yang sama seperti tzuyu. Manis.

    " Minyoung lagi suka! Dah lama tak bercuti dengan omma. Omma asyik sibuk je. Lagipun ini kali pertama minyoung bercuti dengan appa juga!" Si kecil itu bersorak keriangan sebelum suara tzuyu kedengaran.

    " Minyoung, pakai tali pinggang keledar. Appa kamu nak bawa kereta." Pesan tzuyu. Matanya masih merenung keluar kereta. Lebih tepat lagi ke arah dorm twice. Minyoung memandang mingyu dan tzuyu sebelum mengangkat bahu. Tak tahu apa kena dengan ibu dan ayahnya. Telefon hadiah hari jadinya dibuka dan lagu baby shark memenuhi kereta itu.

-------

Yena p.o.v

    " Yoojung, minjae, changmin.. jangan main jauh-jauh!" Pesan yena pada anak lelakinya yang kini bermain di taman permainan berdekatan dengan dorm izone. Dia gelisah memikirkan tentang chaewon sekarang ni. Keadaan ibu kepada chaerin dan changmin itu sedikit teruk. Mungkin lama-lama boleh jadi gila. Tawaran felix dia masih tak buat keputusan lagi.

    " Omma, ahjussi tu nak jumpa omma.." Si anak mendekati ibunya yang mengelamun lalu menunjukkan pada seorang lelaki yang berdiri di sebatang pokok. Bersandar dan memandang ke arah mereka berdua. Yena kenal sosok itu. Siapa lagi kalau bukan sang suami yang meninggalkannya ketika yoojung masih di dalam perut.

    " Yoojung, omma cakap jangan bercakap dengan orang yang tak dikenali kan? Kalau dia culik yoojung macam mana?" Yena berkata pada putera tunggalnya itu. Yoojung tersenyum menampakkan giginya yang putih dan tersusun cantik.

    " Tapi omma, ahjussi tu kan salah satu artis kumpulan uncle chan.. Jadi, takkanlah dia nak culik yoojung?" Yoojung menyoal kembali. Yena lupa yang anaknya ini mempunyai memori yang kuat untuk mengingati. Dia tersenyum manis sebelum memandang ke changbin semula.

    " Yoojung yah.. Omma nak cakap dengan ahjussi tu. Yoojung sambung main dengan minjae dan changmin eh?" Tanya yena lembut. Yoojung mengangguk dan mendekati semula kawn-kawannya itu. Yena mengeluh perlahan sebelum berjalan mendekati changbin. Dia berdiri dengan jarak sedikit jauh dari changbin.

    " Kau nak apa? Nak yoojung? Jangan harap! Aku takkan bagi kau kat yoojung atau bagitau yoojung yang kau ayah dia." Ugut si ibu tunggal itu. Changbin tergelak sinis sebelum menyerahkan sehelai sampul surat kepada yena.

     " Sampai bila seo yena? Sampai yoojung tahu aku ayah dia? Sampai keputusan DNA ni aku tunjukkan kat dia?" Sang rapper utama stray kids pula bersuara. Yena sedikit terkejut dan membuka surat itu. DNA yoojung dan changbin. 100% peratus sama. Ini bukti bahawa yoojung anak changbin.

    " Kalau kau sayang sangat yoojung, kenapa dulu kau tinggalkan aku changbin? Itu bukti kau tak sayangkan yoojung. Berbulan aku tunggu kau balik dan cari aku dan yoojung. Tapi, akhirnya aku tahu kau ada dalam kumpulan debut JYP. Kau tahu betapa retaknya hati aku masa tu? tengok senyuman kau dalam TV buatkan aku tahu kau tak ingat langsung tentang aku. Dan masa tu aku tak menyesal sebab tak bagitau kau tentang kehadiran yoojung dalam rahim aku." Panjang lebar yena bercakap di situ. Ada air mata di hujung mata namun sempat diseka sebelum air matanya jatuh. Changbin menatap yena dengan rasa bersalah namun kerana ego, mukanya terus berubah menjadi datar dan takde rasa bersalah.

    " Ini bukan salah aku seorang yena. Salah kau sebab kau tak pernah bagitau aku kehadiran yoojung dalam rahim kau." Balas changbin tak nak kalah. Buat pertama kali, yena berpaling mamandang muka suaminya itu.

    " Salah aku seo changbin? Aku nak bagitau kau malam sebelum kau pergi tinggalkan aku changbin. Tapi apa kau buat? Kau cakap yang kau nak jadi idol jadi  kau akan tinggalkan aku. Itu pun dah cukup untuk aku patah semangat untuk hidup." Marah yena semula. Belum sempat changbin menyampuk, yena berkata lagi.

    " Aku tahu kau pernah hadir sebagai semangat untuk aku changbin! Kau salah satu sebab aku selamat dari kanser aku! Tapi, apa kau buat? Apa yang kau bagi kat aku lepas kita kahwin? Kau hanya bagi kata-kata yang teruk lepas kau hampir debut dengan 3racha!" Bentak yena geram di situ. Tak menunggu lama, dia mendekati anaknya dan mengajak dia serta anak minju dan anak chaewon balik ke rumah. Mereka hanya mengikut. 

     " Jom balik omma.." Yoojung berkata perlahan melihat mata ibunya merah. Macam ada kesan menangis. Dia memandang changbin yang masih bersandar di pokok sebelum ke muka ibunya. Omma, apa ahjussi tu buat? Dia sakitkan omma ke?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


    

BEHIND THE MASKWhere stories live. Discover now