Author p.o.v
Berita tentang hubungan ahli twice dan seventeen, izone dan stray kids serta txt dan itzy telah tersebar sekarang. Dispatch membuat kerja mereka seperti biasa. Gambar minjae, yang diketahui ramai anak minju bersama minho. Gambar ryujin dan beomgyu bergaduh di lotte world. Gambar Felix dan chaewon serumah. Gambar tzuyu, mingyu dan minyoung yang bercuti sekarang tersebar luas di media sosial. Pihak wartawan sekarang ni tengah sibuk mendapatkan maklumat. Hanya pihak Hyunjin dan Felix je dah beri keterangan. Yang lain masih senyap. Ada antara peminat mereka yang suka tapi tak kurang juga yang membenci perkahwinan mereka.
------
Mina p.o.v
" Kenapa mingi tak boleh pergi sekolah? Mingi buat sesuatu sampai omma marah ke? Kenapa? Appa tak bagi mingi pergi sekolah ke?" Soal Mingi bertubi-tubi apabila mina menghalangnya untuk ke sekolah. Mina menjenguk keluar Dorm Twice. Penuh wartawan.
" Buat masa sekarang ni belum boleh lagi ye sayang.. Duduk dulu dalam bilik main dengan kakak jinkyung. Nanti baru boleh jumpa appa okey?" Walaupun tak nak, mingi masih mengikut arahan ibunya. Dia masuk ke bilik jinkyung untuk bermain dengannya. Main playdoh.
" Penuh betul wartawan. Mina, pd nim dah telefon. Nak tanya bila nak bagi keterangan? Tzuyu dan bagi keterangan pasal mingyu dengan minyoung. Si Hyunjin dengan Felix pun sama. Seungmin, minho dengan Jeongin baru nak bagitahu. Sekarang tinggal awak, sana dengan ryujin je." Tanya Nayeon perlahan. Mina hanya mengangkat bahu. Apa dia nak buat? Orang kat luar tu takkan berputus asa selagi belum dapat jawapan dari dia.
" Entahlah unnie.. Bagi tenang dulu benda ni. I'm not ready yet.." Kata Mina perlahan. Dia menarik langsir menutupi tingkap dorm mereka.
Beomseok p.o.v
" Mama Yuna, kenapa kita tak boleh masuk rumah? Kenapa ramai orang depan rumah kita?" Soal si kecil itu polos. Yuna tersenyum kecil sebelum mengelus rambut beomseok perlahan. Tak sangka ramai sangat wartawan menunggu kehadiran si kecil beomseok.
" Macam ni.. Tu semua orang jahat. Kita kena tunggu diaorang pergi baru kita boleh masuk rumah. Kalau tak nanti dia tangkap kita.." Kata Yuna sengaja mereka cerita. Ketika itu ryujin keluar dari bangunan dorm mereka. Dia nak keluar sekejap untuk memberi ruang anaknya dan yuna masuk ke rumah. Wartawan yang nampak ryujin walaupun dia memakai mask mengikut wanita kepada anak seorang itu.
" Jom.. Diaorang dah takde dah.." Ajak yuna perlahan. Beomseok mengangguk. Pantas mereka berdua masuk ke dalam bangunan dorm itzy dan terus menuju ke dorm itzy. Nasib baik otak mereka geliga untuk fikirkan cara nak masuk dorm itzy tanpa perlu berjumpa dengan manusia-manusia menyakitkan hati tu.
Minjae p.o.v
" Jae nak balik! Nak omma!! Nanti omma nangis kalau jae tak balik... HUWA!! Appa nak balik!" Jerit Minjae kuat apabila minho masih tak memberinya kebenaran balik dorm izone setelah seminggu duduk di dorm stray kids.
" Jae.. Appa bukan tak benarkan jae balik.. Jae boleh balik tapi bukan sekarang sayang.. Kita tunggu uncle chan balik dulu ye.. Belum sekarang. Tunggu uncle chan dulu ye.." Pujuk Minho. Minjae masih tak berpuas hati sehingga pintu diketuk seseorang. Pantas Minho membuka pintu. Minjae keriangan melihat sang ibu di depannya.
" Minju, macam mana awak kat sini? Mana semua wartawan tadi?" Soal Minho perlahan. Minju tidak mengendahkannya lantas memeluk minjae. Sejuk kat luar. Tak peduli apa yang minho nak cakap dengan dia asalkan dia dapat jumpa dengan putera sulungnya.
" Macam mana saya ada kat sini? Teleport. Semua wartawan dah pergi minho. Saya dah bagi keterangan pasal benda ni. Giliran awak. Mana beg minjae?" Soal Minju lagi. Minho menghilang ke dalam rumah sebelum muncul bersama beg milik minjae.
" Omma kejap." Minjae menyalam tangan minho dan menium pipi minho sebelum mengikut ibunya. Minho masih ayahnya walaupun ibunya menidakkan. Benci sangat ke omma dekat appa?
" Jae jom.. Apa termenung tu?" Soal Minju. Minjae seperti baru tersedar mengikut ibunya sebelum kakinya berhenti sekali lagi. Dia nampak Chaerin dengan Changmin. Dengan auntie chaewon dan seorang lelaki.
" Jae. Jae tahu nak buat apa kan?" Soal Minju. Minjae mengangguk perlahan sebelum menarik tangannya dari pegangan ibunya. Dia berlari laju dan mencapai tangan chaerin dan changmin sebelum berlari lagi. Chaewon dan lelaki tu nampak tersentak dengan perilaku minjae.
Minju p.o.v
" Woi budak! Mana kau bawa lari anak aku?" Baru Felix nak mengejar, syara seseorang lebih pantas menghentikan gerak kakinya.
" Kau bukan ada saat kelahiran diaorang. Macam mana kau boleh tak malu mengaku tu anak kau Lee Felix? Oh, sebab Chaewon unnie lemah nak membalas segala kata-kata kau dengan selambanya kau ambil diaorang macam kau ada sentiasa kat sisi diaorang? Dasar tak malu." Kutuk Minju tanpa rasa bersalah.
" Oh, jangan risau. Tu anak aku. Kim Minjae. Jangan risau. Dia akan bawa KIM CHAERIN dengan KIM CHANGMIN ke tempat yang lagi bagus dari sini." Sambung minju lagi. Siap menekankan perkataan kim chaerin dan kim changmin lagi.
" Nama keluarga diaorang Lee. Aku ayah dia. Bukan chaewon ayah dia.." Balas Felix pula. Minju tergelak sinis.
" Oh. Itu kalau kau bersama isteri kau waktu diaorang lahir. Nama dalam ID diaorang pun Kim tau. Nampak sangat chaewon tak ingat kau masa diaorang berdua lahir." Ejek Minju lagi. Memang betul tu. Tapi masa mereka umur 2 tahun, chaewon mengubah surname mereka menjadi Lee.
" Jadi satu advice untuk kau. Janganlah kacau hidup kakak aku ni lagi. Kau pergilah kacau hidup perempuan lagi. Banyak lagi perempuan tergilakan kau." Kata Minju seterusnya berlalu bersama chaewon. Felix tercengang di situ. Dia memang isteri minho hyung. Mulut pun sama pedas macam suami dia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
BEHIND THE MASK
RandomDI SEBALIK SENYUMAN TWICE SANA, MINA, TZUYU, IZONE HYEWON, YENA, CHAEWON, MINJU, YURI, YUJIN, WONYONG DAN ITZY RYUJIN SEBENARNYA ADA KISAH YANG MEREKA SEMBUNYIKAN DARI ORANG AWAM. PEMINAT-PEMINAT MEREKA. RAHSIANYA MEREKA PERNAH BERKAHWIN DAN TELAH M...