Minju p.o.v
" Sayang omma minjae kesayangan omma ni, boleh tak berhenti tanya omma soalan macam tu? Ini kali kedua puluh tahu tak? Omma dah penat jawab soalan kamu tu.." Minju mengeluh perlahan. Minjae tersengih mendengar kata-kata minju. Maaflah omma.. Anakmu ini sangat teruja mendengar kata-kata omma tadi.
" Jawablah soalan Jae lagi omma.. Betul ke appa jadi mc dengan omma dekat music core? Betul ke? Betul ke?" Minjae masih mendesak minju menjawab soalannya. Manager Minju yang sedang memandu kereta hanya boleh tersenyum kecil mendengar perbualan dua beranak itu.
" Ye sayang.. Appa kamu jadi Mc dengan omma nanti.." Jawab Minju sambil lewa. Dia memandang skrin telefonnya lagi. Bukannya tengok apapun. Sengaja je nak mengelak dari jawab soalan cepu emas anaknya itu. Mereka tiba di depan studio gambar. Gambar tiga mc baru music core. Minju mengeluh malas melihat semua orang yang berada di dalam studio itu. Perhatian mereka ditumpukan pada si kecil minjae yang tersenyum sangat manis. Dengan hidung mancungnya dan mata cantiknya, betul-betul pakej lengkap dari visual minju dan visual minho.
" Ah.. Minju dah sampai? Siap sedialah minju.. Kamu mula dulu untuk sesi bergambar nanti." Arah seorang staf yang berada di situ. Minju mengangguk sebelum meninggalkan minjae. Jangan risau. Dia nampak orang yang dicari-cari minjae sejak tadi di belakang anaknya. Kejap lagi dia pergilah tegur anaknya tu.
Minho p.o.v
" Hey my prince! Tunggu appa ke?" Minho memeluk Minjae dari belakang. Si anak tergelak apabila ayahnya memeluknya dengan erat.
" Appa! Serabut rambut Jae.. Penat omma sikat rambut Jae, appa sekejap je hancurkan kehenseman Jae hari ni.." Bebel Minjae perlahan mengemaskan rambutnya yang serabut. Minho tersenyum kecil. Minjae sama macam Minju. Kuat membebel kalau dia rosakkan rambut mereka berdua. Teringat ketika minju membebel ketika dia menyerabutkan rambut isterinya itu ketika waktu mereka bersekolah dulu.
" Serupa macam minju. Memang anak minju.." Ucapnya perlahan dengan senyuman. Tak sangka dia dah mempunyai anak rupa-rupanya. Dan paling tak sangka, anaknya betul-betul menyerupai dirinya. Walaupun baru 6 tahun, minjae memang boleh buat semua orang menyukai dirinya.
" Hey anak appa.. Dah besar nanti jangan jadi playboy ye?" Minjae terpinga-pinga mendengar kata-kata minho sementara sang bapa itu hanya tersenyum manis. Minju dah bersiap sedia untuk sesi photoshootnya.
" Appa fikir anak appa ni tak setia ke? Jae setia macam appa tau. Kalau appa setia kat omma, jae setia kat Rin.. Tapi appa jangan bagitahu omma tau. Kalau omma tahu Jae suka Rin, nanti setiap hari Jae disakat omma. Jangan bagitahu omma. Okey?" Minho hanya mengangguk perlahan sebelum tersenyum. Dia meninggalkan Minjae seorang diri kerana dia perlu bersiap pula.
--------
Mina p.o.v
" Mingi!" Mina menyebut nama anaknya dengan senyuman manis sampai ke telinga. Ketika itu, Mingi dikurumuni dengan beberapa budak lelaki. Mingi memusingkan badan dan pantas memeluk ibunya. Mina kelihatan terkejut melihat wajah anaknya yang sembap dan matanya yang masih berair.
" Penakut.. Sikit-sikit nak menangis.. Dahlah anak yatim.. Tak malu menangis peluk mak." Kutuk salah seorang budak lelaki yang berada di situ. Mina mendukung Mingi dan memandang ke arah anaknya.
" Hei sayang.. Jangan pedulikan diaorang. Tengok omma datang dengan siapa hari ni..." Mingi mengangkat muka dari bahu mina melihat siapa bersama ibunya. Makin laju air matanya melihat sang ayah yang tersenyum ke arahnya.
" Appa! Diaorang ejek mingi.. Diaorang kata appa tinggalkan mingi dengan omma sebab appa tak sayang mingi..." Adu Mingi sebelum dia berpindah ke tangan wonwoo. Wonwoo memeluknya erat dan mengelus rambutnya. Kedua-dua idol yang memang terkenal dengan muka dingin dan datar mereka memandang kumpulan budak-budak itu tajam. Pandangan mata mereka yang tajam membuatkan budak-budak yang membuli mingi tadi sedikit takut.
YOU ARE READING
BEHIND THE MASK
RandomDI SEBALIK SENYUMAN TWICE SANA, MINA, TZUYU, IZONE HYEWON, YENA, CHAEWON, MINJU, YURI, YUJIN, WONYONG DAN ITZY RYUJIN SEBENARNYA ADA KISAH YANG MEREKA SEMBUNYIKAN DARI ORANG AWAM. PEMINAT-PEMINAT MEREKA. RAHSIANYA MEREKA PERNAH BERKAHWIN DAN TELAH M...