BAB 11

308 32 1
                                    

Chaewon p.o.v

    " OMMA! Omma dengar tak apa min cakap?" Changmin memetik jari depan ibunya seraya mematikan lamunan chaewon. Chaewon tersenyum.

    " Sorry sayang. Omma teringat sesuatu sekejap. Min cakap apa?" Tanya chaewon balik. Nasib baik yang ada di depannya adalah changmin. Kalau yang ada di depannya ialah chaerin, mati dia nak memujuk. Kuat sangat merajuk.

    " Min tanya kita nak pergi mana sampai bawa beg besar tu? Kita nak jumpa kawan omma ke?" Tanya changmin. Chaewon mengusap wajah changmin sebelum menggeleng lembut.

    " Tak sayang. Kita nak jumpa appa dengan chaerin. Min okey ke?" Tanya chaewon lembut. Perjalanan mereka yang berhenti kerana mengisi minyak tadi diteruskan kembali menuju ke tempat yang tak diketahui sesiapa a.k.a rumah chaewon dan felix sebelum masing-masing berpisah.

    " Min okey je. Omma okey ke?" Soalan changmin membuatkan chaewon terkedu sekejap. Namun, matanya tetap memandang jalan raya walaupun otaknya memikirkan jawapan untuk soalan changmin. Nasib baik mereka dah nak sampai, jadi dia boleh mengelak sekejap untuk soalan changmin.

    " Dah nak sampai ni.. Min mesti teruja kan? Yelah.. Min tak pernah lagi tengok rumah lama kita. Min membesar sekejap je kat rumah tu.." Chaewon cuba menukar topik perbincangan mereka. Dia sempat nampak changmin mencebik kecil.

   " Em.. Suka sangat. Omma, kita duduk kat sana sampai bila-bila dengan appa ke?" Aduhai anakku.. Kenapa soalan pasal lelaki tu kau tanya lagi? Chaewon senyap tak tahu nak jawab apa. Kalau diikutkan, tak. Mereka mungkin akan berjumpa sekali seminggu je. Yes! Akhirnya dah sampai pun. Tangannya menarik brek sebelum memandang ke rumah di hadapan mereka. Takde kereta lain selain kereta mereka. Felix dengan chaerin belum sampai.

 Felix dengan chaerin belum sampai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    " Min, jom masuk dulu. Tolong bawa beg tu." Changmin membawa beg baju yang berisi baju miliknya dan chaerin manakala chaewon membawa beg baju miliknya sendiri. Kunci rumah dikeluarkan sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah itu. Senyuman mekar melihat rumah yang dirinduinya itu. Walaupun penuh habuk dan debu. Dah lama kena tinggal kan.. Logiklah..

     " Banyaknya habuk omma.. Boleh lemas dalam habuk kita ni.." Komen changmin. Chaewon tersenyum mendengar komen anaknya itu.

    " Takpelah.. Kita kemaslah.. Min tolong omma kemas okey?" Changmin mengangguk setuju. Mereka mulakan sesi membersihkan rumah bermula dari ruang tamu, dapur sebelum ke tingkat atas.

Hampir 1 jam 43 minit kemudian,

    " Siap pun akhirnya.. Mana felix ni? Dia jual anak aku ke ni?" Ngomel chaewon sedangkan bukan dia tak tahu dia datang lebih awal dari yang dijanjikan sebab nak mengemas rumah. Mop yang digunakan untuk mengemop kawasan bilik yang akan menempatkan changmin dan chaerin dibasuh dengan bersih. Changmin ada kat sofa ruang tamu. Penat mengemas agaknya. Setelah membersihkan semua peralatan yang digunakan, chaewon ke dapur mengeluarkan bekalan makanan yang dibawa dari rumah. Kesemuanya ada 11 bekal. Ahli izone yang buat. Diaorang buat seorang satu. Siap ada ayat pemberi semangat lagi.

Fighting chaewonnie~~ Fikirkan pasal anak juga.. Don't think about yourself only
- Izone omma, Kwon eunbi-

    " Pemberi semangat betul.. Tabahlah chaewon dapat ahli macam ni.." Senyuman tetap muncul di bibirnya. Eunbi hanya membuat nasi goreng kimchi. Tapi itupun dah cukuplah. Kat rumah ni takde apa-apa nak dimakan. Tiba-tiba,

    " OMMA!" Kakinya dipeluk oleh seseorang dari belakang. Bila dia pandang, rupa-rupanya anak yang dirinduinya sekarang berada di depannya. Pantas tubuh kecil chaerin dipeluk erat. Okey. Takde drama air mata lagi. Dah penat menangis.

    " Rin rindu omma! Omma tahu tak? Appa beli beruang teady besar untuk rin. Beruang tu lagi besar dari rin dengan abang min! Besar sangat tau!" Semangat chaerin bercerita. Chaewon hanya tersenyum dan mengangguk mendengar cerita anaknya. Dia berhenti mengusap rambut anaknya apabila matanya menangkap kelibat felix yang tersenyum memandang perbualan anak dan ibu di situ.

    " Seperti yang kita janjikan chaewon. Lepas ni kita bincang." Tak banyak cakap, felix terus straight to the point. Dia ke ruang tamu untuk melihat anak lelakinya. Chaerin pula memanjat kerusi dapur untuk membantu ibunya mengalihkan makanan dari dalam bekas ke dalam pinggan.

-----

Yuri p.o.v

   " Hyejin main jauh-jauh.. Omma jual je hyejin dekat uncle yang jaga stesyen minyak tu." Ugut yuri melihat anaknya yang dah bersedia nak bermain di playground. Hyejin mencebik sebelum memandang susuk tubuh lelaki tinggi yang duduk di tepi ibunya.

    " Appa tengok omma ni.. Ada ke dia nak jual hyejin yang cantik ni kat uncle bangla tu.." Adu hyejin pada hyunjin. Hyunjin hanya tersenyum dan mengelus rambut anaknya. Suka tengok perangai yuri yang tak serupa ibu kepada hyejin. Yuri pula mencebik. Serupa perangai dengan ayah dia. Perasan je lebih.

    " Hyejin jangan main jauh-jauh ye.. Hilang nanti susah. Main dekat-dekat sini je.." Nasihat hyunjin pula. Hyejin mengangguk sebelum ke playground. Mereka tak perlu risau tentang hyejin. Hyejin tahu cara mempertahankan diri bila jumpa dengan orang asing.

    " Jadi, dah fikir pasal tu?" Hyunjin bersuara selepas hampir 8 minit mereka hanya diam memperhatikan hyejin. Yuri mengerutkan dahinya. Pasal apa?

    " Pasal apa? Pasal hak penjagaan hyejin?" Kali ni hyunjin pula mengerutkan dahi. Sejak bila mereka berbincang pasal tu? Bukan mereka bincang benda lain ke masa last jumpa.

    " Tak yuri. Pasal kita duduk sama-sama balik. Dan bagitahu stay dengan wizone yang kita dah kahwin?"  Soal hyunjin kembali. Baru yuri teringat. Haih.. Baru anak seorang dah pelupa. Belum anak masuk dua lagi.

    " Oh.. Pasal tu.. Tanya hyejin. Kalau dia nak, saya ikut je." Balas yuri pula. Mata memandang hyejin semula. Seronok budak tu main. Dah lama agaknya dia tak main. Selalu gaduh dengan ibu je kat rumah. Mesti dia bosan.

    " Jadi dia dah jawab?" Tanya hyunjin kembali. Yuri dengan senang mengangkat bahu walaupun dia tahu jawapan anaknya yang seorang itu. Kaki perasan sama macam hyunjin. Mestilah dia nak duduk dengan hyunjin. Dia sendiri tak faham. Seingat dia hyunjin tu tak pernah pun jumpa hyejin kecuali perjumpaan lepas dan hari ni. Macam mana budak tu boleh kamceng cepat sangat sedangkan dia yang lahirkan dan jaga budak tu dari kecil selalu gaduh je.. Mungkin betul orang cakap. Hyunjin ni ada sesuatu kat dia sampai semua orang boleh jatuh cinta kat dia.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

BEHIND THE MASKWhere stories live. Discover now