BAB 4

397 39 3
                                    

    Semalam ialah hari menetapkan segalanya. Malang untuk  seorang kerana dia berpasangan dengan orang yang dia tak nak. Orangnya adalah yujin akan bersama seungmin untuk cover lagu congatluation dari Day6. 

Bilik vocal JYP,

Yujin p.o.v

    " Omma, abang boleh main piano. Nak abang mainkan untuk omma?" Tanya yunho teruja sambil memegang piano itu. Adiknya di sebelah memandang lirik lagu milik yujin yang diambil senyap-senyap tadi. 

   " Tak payah yunho. Awak tu jangan hiperaktif sangat. Omma hantar kat haelmonni nanti.." Ugut yujin. Dia tau yang yunho yakut haelmonni nya sebab Puan Ahn sangat garang dengan cucu-cucunya berbanding anak sendiri. 

   " Omma! No haelmonni, haelmonni! No!" Kata yunseo pula. Mereka berdua memang alergi sikit dengan nenek mereka sendiri. Gelagat yujin dan anak-anaknya diperrhatikan oleh seungmin dalam diam di sebalik lirik yang dipegangnya. 

    " Omma, ahjusii tu macam sreeper. Pandang kite senyap-senyap.." Bisik yunho di telinga yujin. Yujin menggosok lehernya sebelum memandang seungmin. Mata bertentang mata. Kata orang, mata bertentang mata, jatuh ke hati. Tapi, yang ni.. Mata bertentang mata dan rasa nak tumbuk lelaki yang tak guna ni.

   " Sayang.. Creeper. Bukan sreeper." Yujin membetulkan ayat yunho. Patutnya dah tak pelat walaupun dah 5 tahun, tapi kali ni kenapa pelat pulak?

   " Heheh.. mian omma. Ahjussi creeper.. Kenapa pandang yunho macam tu? Tahulah abang hensem dari adik. Janganlah pandang abang macam tu.." Kata yunho. Yujin menahan tawanya yang hampir meletus. Orang tu bukan pandang awaklah yunho. Dia pandang omma sebab dia kenal omma. Masa dia tinggalkan omma dulu, awak tak keluar lagi.. Macam mana dia nak kenal?

    " Mana ada ahjussi pandang korang. Perasan. Ahjussi pandang omma koranglah.." Kata seungmin selamba. Yujin tersedak. Dahlah dia cakap masa tu masa aku tengah sedap minum air ni.. Yujin menjeling seungmin di hujung mata sebelum keluar dari bilik itu. 

Seungmin p.o.v

    " Apa?" Sebaik sahaja yujin menghilangkan diri, yunho dan yunseo memandang seungmin dengan muka marah.

   " Ahjussi buat omma marah. Siapa ahjussi ni hah? Kalau tak nak bagitau takpe.. Tapi, kalau ahjussi dekat dengan omma lagi. We will kill you. Kami bagi amaran ni. Hareboji suruh kill siapa yang buat omma marah.. Jom, yunseo. Kita minta omma aiskrim!" Yunho dan yunseo berlari keluar membawa helaian lirik lagu yujin meninggalkan seungmin keseorangan.

   " Kalaulah korang tahu siapa aku kepada korang..." Ucap seungmin sayu melihat ke tempat yujin walaupun gadis tu dah takde kat sana. Rasa macam masih ada kelibat dia dengan dua kembar. Yunho yang kecoh dan yunseo yang lebih suka mendiamkan diri.

---------

Mina p.o.v

    " WOAH!! Itulah omma mingi. Cantik tarian omma dengan auntie momo!" Kata mingi bangga di tepi. Dari tadi dia takjub memandang tarian ommanya dan momo. Mina tersenyum mesra sebelum memeluk mingi dan mencium pipinya. Dia mencapai botol air sebelum meneguk hampir separuh air di dalam botol itu.

   " Omma, mingi nak pergi tandas boleh?" Tanya mingi perlahan. Mina mengangguk walaupun agak risau. Walaupun sejak kecil mingi memang kat sini, namun anaknya itu pelupa macam orang tua. Pernah sesat sampai ke kafeteria dengan alasan tak tahu mana mina pergi sedangkan mina tunggu je dia dalam practice room.

Mingi p.o.v

   " Alamak.. mingi lupa lagilah mana jalan practice room. Ini salah atuk gorila lah buat jalan banyak sangat.." Bebel mingi. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal sebelum memandang kiri dan kanan. Akhirnya dia memilih jalan kanan sedangkan bilik practice sesi ketiga di jalan sebelah kanan. Dia berjalan sehingga tiba di sebuah bilik yang tak nampak macam bilik ibu dia pun. Belum sempat dia membuka pintu, ada orang yang menegur dia terlebih dahulu.

   " Adik buat apa kat sini?" suara lelaki membuatkan dia berpaling. Lelaki manalah ni? Sama ada seventeen atau txt. Stray kids dia kenal. Got7 lebih dari kenal. Apatah lagi 2pm. Tapi.. Ahjussi depan dia ni memang orang asing yang tak dikenali.

    " Me? Oh, I'm lookig for my mother. Her name is mina. She from twice. Do ahjussi see her?" Tanya mingi selamba dalam bahasa inggeris. Bukan calang-calang budak 5 tahun ni sampai boleh speaking bagai.

    " Mina twice? Oh.. Dia ahli untuk sesi 3. Jom, ahjussi bawakan. Siapa nama kamu? Nama uncle jeon wonwoo.." Wonwoo memperkenalkan diri sebelum tangan kecil mingi dipegang. Mingi mengikut langkah wonwoo perlahan-lahan.

   " Oh? Kita ada surname sama ahjussi. Anneyounghaseyo, nama kita Jeon mingi." Nama itu membuatkan wonwoo tersentak. Serta merta memori lama kembali di ingatannya.

Flashback,

   " Abang, nanti kalau kita ada anak lelaki mina nak namakan jeon mingi, boleh?"  Suara seorang wanita yang telah sah menjadi isterinya 2 bulan lalu memasuki ke telinganya lembut. Wonwoo yang sedang membuat kerja di laptop miliknya berpaling dan memeluk mina. Rambut mina dielus lembut.

   " Ei dia ni.. Baru kahwin dua bulan lah sayang.. Dah nak anak? Tapi kan.. Kalau anak perempuan apa kata kita namakan dia jeon nina? Cantik kan nama tu.." Kata wonwoo pula. Angin yang bertiup ke arah mereka dari balkoni rumah itu membuatkan mina tergelak kecil. Geli bila angin menyentuh lehernya.

   " Abang, mina mungkin tak dapat jadi idol macam abang. Kalau abang jadi idol nanti.. Abang takkan tinggalkan mina, kan?" Suara mina memecahkan kesepian itu. Wonwoo menggeleng lembut.

   " Nope sayang... I will always love you forever. Kita akan tinggal kat rumah ni dengan anak-anak kita.." Janji wonwoo pada mina. 

Flashback end.

    Namun, janji tu dah dipecahkan sendiri. Dia masih ingat muka mina saat kali terakhir dia menjejakkan kaki untuk kali terakhir di rumah itu. Betapa pucatnya muka isterinya apabila diberitahu yang dia akan tinggalkan mina untuk cita-citanya. Mina terkedu dan terus menyorokkan diri selepas itu.

    " Ahjussi! Gomawo bawakan mingi ke sini. Nah,hadiah untuk ahjussi. Nanti bila mingi besar mingi belanja aiskrim." Kata mingi. Wonwoo tersenyum pahit sebelum memandang kertas yang diberi mingi.

Terima kasih tolong kita. Awak orang baik. Jeon mingi~~~

   " Mingi, kalaulah kamu tau siapa ahjussi ni.." Wonwoo mengeluh perlahan sebelum berlalu ke bilik practicenya semula.


BEHIND THE MASKWhere stories live. Discover now