Chaewon p.o.v
" Auntie Eun! Rin rindu auntie sangat-sangat!" Eunbi hanya tersenyum sebelum memeluk kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun itu. Chaerin memeluk Eunbi seperti tak nak melepaskan. Akhirnya, dapat juga dia lepaskan kerinduannya terhadap Ketua Izone itu. Changmin tersenyum kecil melihat adiknya. Chaewon juga tersenyum melihat telatah anaknya. Rindu betul dia dengan Eunbi.
" Auntie pun rindu Rin sangat tau... Dah takde sesiapa auntie nak dera bagi makanan lagi.. Auntie dah pandai masak tau... Sayang Rin dah takde nak rasa makanan auntie lagi..." Balas Eunbi. Chaerin memuncungkan bibir sebelum memandang Chaewon.
" Omma, tak boleh ke kita duduk dengan Auntie lagi? Rin rindu sangat dengan auntie..." Soal Chaerin perlahan. Chaewon mengelus rambut anaknya perlahan.
" Kalaulah boleh sayang... Omma pun rindu sangat nak duduk dengan ahli izone balik. Tapi, kami ada haluan masing-masing sayang. Ingat tak omma lepas ni nak debut dengan auntie baru? Lagipun, appa kamu takkan benarkan omma pindah keluar dengan kamu berdua. Mesti dia akan buat hal lagi." Balas Chaewon. Sebut nama Felix pun dia tak sanggup. Dia sangat bencikan lelaki itu. Ingat senang ke nak cairkan hatinya semula?
" Alah... Takpelah. Nanti Rin kena selalu datang rumah Auntie. Auntie boleh jemput Rin kan?" Soal Chaerin semula. Eunbi mengangguk dan tersenyum. Yang lain masih belum sampai. Ni pertama kali Izone nak berjumpa kembali setelah disband. Mereka berjanji untuk dinner sama-sama malam ni. Tapi sekarang baru Eunbi dengan Chaewon sampai. Yang lain masih belum sampai.
" Rin! Min!" Suara seorang gadis menjerit kedengaran. Serentak kedua-dua kanak-kanak yang dipanggil nama berpaling ke belakang. Mereka tersenyum riang melihat Hyewon bersama Hyemi yang baru tiba.
" Hyemi Unnie/ Noona!" Jerit kedua-duanya serentak. Seronoklah tu jumpa balik setelah mereka berpisah. Kemudian, yang lain satu persatu sehinggalah akhirnya Minju dan Minjae tiba. Yang paling lambat. Mesti dari Gimpo.
" Sorry lambat semua. Minju kena jemput Jae dari rumah Keluarga Lee dulu. Ibu ayah kepada Appa dia nak jumpa cucu mereka." Kata Minju perlahan. Ahli Izone mengangguk perlahan. Mereka semua berkumpul dan memberitahu tentang perancangan mereka pada masa akan datang.
" Ah sayang sangat Kkura, Tomi dengan Nako tak dapat datang... Takpelah. Diaorang dah ada rancangan. Dengar dari Nako, dia dapat jadi pelakon utama dalam satu drama Jepun. Tomi, masih dengan group lama dia. kkura akan balik tak lama lagi. Dia kata dia nak debut dengan kumpulan bawah Hybe. Dengan Chaewon. Kan?" Chaewon mengangguk mendengar ayat Eunbi. Hyejin ternganga.
" Auntie kkura dengan Auntie Chae! Omma! Debutlah sekali dengan Auntie Chae! Hyejin nak duduk dengan Auntie Kkura!" Jerit Hyejin. Jeritannya membuatka semua ahli izone tergelak. Desperate betul nak dengan Auntie Kkura dia tu.
" Mana boleh. Entertaiment Omma dah rancang supaya Omma debut solo. Mana boleh tiba-tiba Omma masuk Hybe. Kontrak omma kena jaga. Nanti kena denda macam mana?" Soal Yuri balik. Hyejin terdiam. Dia nak sangat dengan Sakura semula.
" Takpe Hyejin. Sekurang-kurangnya Auntie kkura duduk kat Korea. Sekarang ni bila-bila masa Hyunri boleh jumpa dia lepas dia pindah sini. Kan?" Chaeyeon menenangkan gadis itu. Dia mengangguk perlahan walaupun mukanya masih sedih.
" Ive akan comeback tak lama lagi. Lagi awal dari lesserafim. Jadi, beri kami sekongan eh... Tak sabar rasanya nak jumpa Unnie kat music core nanti." Kata Yujin pula perlahan. Minju mengangguk perlahan dengan senyuman excited. Wonyoung juga teruja walaupun sebenarnya jauh di sudut hati dia amat rindukan Izone comeback.
" Lepas ni kita semua akan ada kerja masing-masing. Kita tak lagi bersama. Tapi kita kena janji sama-sama. Kita takkan pernah putus contact okey? Itu je janji yang kita semua perlu patuh." Eunbi berkata perlahan. Mereka semua mengangguk setuju. Malam itu diteruskan lagi dengan perbualan tentang kehidupan mereka dan rancangan akan datang sehinggalah Jungmin dan Junghye mengeluh nak tidur kerana mengantuk. Barulah mereka semua berpisah balik ke rumah masing-masing.
------------
Itzy Dorm,
Ryujin p.o.v
" Sabar kejap!" Ryujin yang sedang mengemas dapur berlari ke arah pintu rumah. Dia fikir mungkin Yuna dan Lia dah balik dari beli barangan dapur. Namun sebaik sahaja dia buka pintu, dia terkejut melihat Beomseok di dukungan seorang lelaki yang memakai topi dan mask hitam.
" Maaf menganggu Ryu. Ini Gyu. Ni Beom kata dia nak omma dia. Maaf datang malam-malam buta ni..." Kata Beomgyu perlahan. Ryujin sedikit terkejut. Dia tak expect lelaki tu. Sebab Beomseok kata dia nak tidur kat dorm TXT hari ni.
" Oh masuklah... Letak dia kat katil." Kata Ryujin perlahan. Dia menunjukkan biliknya pada Beomgyu. Dia tidur di dalam bilik seorang diri berbanding yang lain yang terpaksa berkongsi bilik. Beomgyu meletakkan Beomseok dengan berhati-hati di atas katil. Nasib anak lelakinya tak terjaga ketika dia meletakkan di atas katil. Beomgyu memandang sekeliling sehingga ternampak beberapa keping gambar dalam frame. Cantik. Gambar ketika Beomseok waktu kecil, gambar Ryujin bersama baby Beomseok. Dan akhir sekali gambar Beomseok bersama semua ahli Itzy.
" Dah letak?" Suara Ryujin mengejutkannya. Wanita itu muncul di sebelahnya dan lega melihat anaknya itu masih tidur. Dia menyelimutkan Beomseok dengan selimut bewarna biru yang bercorak bintang dan bulan.
" Ryujin, tak boleh ke kita duduk satu family? Awak, saya dengan Beomseok satu keluarga kembali?" Soal Beomgyu ketika Ryujin mengiringinya keluar.
" Maaf Beomgyu. Hati saya dah keras untuk kembali bersama awak. Hati ni hanya sedikit lembut benarkan Beomseok bersama awak bila bila dia nak. Namun untuk bersama awak, takkan ada peluang lagi. Awak boleh balik. Nanti dispatch nampak, teruk jadinya." Halau Ryujin selamba. Beomgyu mengangguk.
" Ryujin. Saya akan berusaha. Berusaha untuk lembutkan hati awak semula demi anak kita. Choi Beomseok." Ucap Beomgyu sebelum meninggalkan Dorm Itzy. Ryujin memandang lelaki yang bergelar suaminya datar. Ketika itu, Yuna dan Lia baru balik dari membeli barang.
" Oh? Beomseok bukan tidur kat Dorm TXT ke?" Soal Lia perlahan. Ryujin mengangkat bahu tak tahu kenapa dengan anaknya itu.
" Dia kata nak tidur sini hari ni." Jawab Ryujin mudah sebelum sambung mengemas dapur. Lia pun tak tanya banyak lagi. Dia tahu Ryujin takde mood nak jawab soalannya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
BEHIND THE MASK
RandomDI SEBALIK SENYUMAN TWICE SANA, MINA, TZUYU, IZONE HYEWON, YENA, CHAEWON, MINJU, YURI, YUJIN, WONYONG DAN ITZY RYUJIN SEBENARNYA ADA KISAH YANG MEREKA SEMBUNYIKAN DARI ORANG AWAM. PEMINAT-PEMINAT MEREKA. RAHSIANYA MEREKA PERNAH BERKAHWIN DAN TELAH M...