BAB 13

259 33 0
                                    

Hyemi p.o.v

   " Hai Hyemi.. Seorang je? Omma kamu tak ikut?" Hyemi tersenyum memandang ke tepinya. Ayahnya di situ. Di tangan Joshua terdapat dua cawan aiskrim. Hyemi menggeleng perlahan. Hyewon takkan ikutnya kalau dia nak jumpa joshua.

   " Omma sibuk. Omma dah nak comeback tak lama lagi.. Jadi, omma memang sibuk. Tak dapat jumpa appa..." Petah gadis 7 tahun itu menjawab. Cawan yang berisi aiskrim coklat dihulurkan kepada anaknya. Walaupun anaknya sendiri, tapi dia tak tahu apa gadis itu suka. Untuk dia, dia tahulah dia nak aiskrim apa. Untuk anaknya tak tahu. Nasib hyemi jenis tak kisah dan makan je apa-apa. Serupa macam ibu dia.

   " Hyemi, omma kamu ada cerita apa-apa pasal apa?" Tanya joshua selepas sekian lama kedua-duanya lebih selesa mendiamkan diri. Hyemi mengangguk sebelum tersenyum memandang joshua. Walaupun mukanya banyak mengikut hyewon, tapi senyumannya persis joshua. Kalau minjae, dia banyak mengikut wajah minho tetapi senyumannya tetap seperti minju. Kalau hyemi, terbaliklah jawabnya.

    " Umm.. Omma cerita dulu, nama appa Hong Jisoo. Nama panggilan joshua. Appa lahir 30 disember 1995 di mana appa 4 tahun tua dari omma. Umm.. Posisi appa ialah Lead Vocalist denga Visual. Appa lahir kat LA. Membesar kat sana. Appa anak tunggal. Appa suka arnab. Hobi appa baca buku, tidur, makan, nyanyi, main gitar dan tengok movie. Appa suka anime terutamanya one piece, naruto dengan bleach. Sebenarnya banyak lagi, tapi hyemi lupa.. Maklumlah, memori budak-budak kan.." Hyemo tergelak kecil mengenangkan ayatnya selepas bercerita apa yang diketahui pasal ayahnya. Joshua tersenyum kecil.

    " Hyemi pernah nampak appa dekat TV?" Tanya joshua lagi. Hyemi mengangguk. Nak jawab tapi mulut penuh dengan aiskrim.

   " Pernah. Masa tu appa perform lagu  Don't wanna cry. Tapi hyemi tak kenal appa lagi masa tu. Omma tak pernah baik hati nak tunjukkan gambar appa. Masa tu, hyemi suka uncle wonwoo. Dia hensem. Masa tu juga hyemi suka dengan suara appa. Suara appa lembut je sambil menari. Suara uncle wonwoo pun sesuai untuk bahagian rap. Boleh dikatakan, hyemi lagi suka uncle wonwoo.." Hyemi tersengih. Joshua mengusap rambut pendek hyemi. Alahai.. Jujur sangatlah anak appa ni..

    " Yelah? Sekarang ni hyemi suka siapa?" Soalnya lagi. Bekas aiskrim yang dah habis dibuang ke dalam tong sampah yang tak jauh darinya. 

   " Umm.. Sejujurnya hyemi dah tak minat sangat seventeen. Hyemi lagi suka izone. Tapi kalau appa suruh pilih, hyemi pilih... uncle jun! Appa jinkyung unnie. Kalau dalam izone, hyemi pilih auntie eunbi. Auntie eun tak kedekut macam omma. Omma kedekut betul bab makanan." Riang hyemi bercerita. Joshua sedikit sedih apabila dia tidak dipilih mejadi bias puterinya itu. 

    Tanpa joshua sedar, rupa-rupanya hyewon berada di dalam sebuah kenderaan. Dia senyap-senyap bersama yena mengintip kedua-duanya dari jauh. Walaupun dia tak tahu apa yang dibualkan anaknya dan suaminya itu, sekurang-kurangnya dia gembira melihat puterinya tersenyum bersama ayahnya. Dapatlah dia tunaikan permintaan sang puteri.

Hyewon p.o.v

    " Dahlah yen. Jom balik dorm balik. Takut nanti diaorang sedar pulak.." Ajak hyewon. Yena mengangguk. Perlahan-lahan kereta yang dirompak dari manager mereka bergerak balik menuju ke dorm izone semula. Hyemi akan balik nanti bersama manager izone. Izone kan banyak manager..  Atapun mungkin dia balik dengan ayahnya..

-------

Jungmin p.o.v

    " Kita nak pergi mana abang? Bukan omma kata stay kat dalam bilik tu je ke sampai omma habis practice dengan auntie yun, auntie arin dengan auntie shuhua kan?" Soal junghye yang membuat muka pasrah apabila ditarik abangnya. Ini kali pertama mereka ke sini tanpa ahli izone dan anak-anak mereka yang lain.

    " Adalah.. Jom cepat. Lambat nanti ada nanti yang ambil adik karang.." Sempat lagi jungmin menyakat junghye. Muka adiknya berubah sebelum kakinya ditendang oleh junghye.

   " Abang ni! Karang dia datang betul-betul.." Marah junghye. Dahlah dia memang ada gen penakut dalam badan dia. Karang muncul betul-betul, dia juga yang pengsan nanti. Mereka berdua berjalan di sekitar bangunan JYP itu membuat muka tak tahu walaupun ramai yang memandang dengan muka pelik sehinggalah mereka tiba di sebuah bilik vocal. Jungmin membuka pintu dengan perlahan. Ada seorang lelaki di dalam bilik tu.

   " Eoh? Ayen Ahjussi? Kenapa abang bawa adik ke sini?" Tanya junghye pelik sementara jungmin menahan gelak mendengar kata-kata adiknya. Ayen Ahjussi? Woah.. Sedap betul namanya tu..

   " Adik. Jangan panggil dia Ayen Ahjussi. Mulai saat ni, panggil dia appa. Dia appa kita selama ni." Bisik Jungmin. Macam lah ayen tak dengar suara dia. Nampak je macam berbisik tapi kalau suara kuat mengalahkan jihyo tu.. Tak payahlah nak bisik-bisik..

   " Appa? Abang biar betul? Kenapa omma tak pernah bagitahu kita?" Soal Junghye lagi. Ni lagi seorang. Suaranya sama je kuat dengan jungmin. Sengaja ke tak diaorang nak bagi ayen dengar suara diaorang bercakap dan berbisik ni?

    " Omma tak nak kenalkan kita kat appa sebab omma benci appa. Omma tak nak kita sayangkan appa macam omma sayang dia dulu sebab tu omma tak nak kenalkan kita kat appa. Omma nak rahsiakan benda sampai bila-bila. Kalau abang tak pecah masuk telefon omma, abang pun takkan tahu. Nasib adik dikurniakan abang yang bijak macam ni tahu.." Sempat lagi jungmin riak. Junghye menatap abangnya datar. Dia mengalihkan pandangan ke arah ayen. Belakang leher digaru perlahan. Umm.. Awkward. Tu je yang dapat dia cakap.

    " Umm.. Hai appa?" Junghye bersuara sambil melambai ke arah ayen. Ayen tersenyum senget. Jungmin terkekeh ketawa melihat dua orang itu sebelum telefon di dalam poketnya berbunyi. Alamak.. Mak singa dah call!!! Pantas dia menekan ikon hijau.

Wonyoung: Omma dah katakan stay kat dalam bilik tu?! Mana abang bawa adik ni?
Jungmin: Adik nak pergi tandas. Jadi abang bawalah.. Sorry omma.
Wonyoung: Kot ye pun bagilah tahu dulu. Terkejut omma korang berdua takde dalam bilik ni tau..
Jungmin: Sorry again omma. Kitaorang datang sekarang.
Wonyoung: Cepat sikit. Kita dah nak balik ni..
Jungmin: Okey..

    Panggilan terus ditamatkan. Nasib omma tak sangsi dengan apa yang dicakapnya. Kalau omma tahu, mesti dia dengan junghye tak dapat ikut omma ke sini lagi. 

   " Adik kita kena balik sekarang. Omma dah habis practice. Kalau omma tahu kita jumpa appa, mesti omma marah. Jom cepat!" Ajak jungmin. Junghye mengangguk laju.

   " Appa kitaorang kena pergi sekarang. Nanti esok kita jumpa lagi eh.. Bye appa!!" Ayen hanya sempat melambai sebelum anak-anaknya hilang berlari ke tempat asala mereka. Bahaya gila.. Diaorang sangat berharap wonyoung tak tahu apa-apa.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.




BEHIND THE MASKWhere stories live. Discover now