BAB 15

232 33 0
                                    

Wonyoung p.o.v

    " Ha! Main-main lagi.. Tidur cepatlah.. Dah pukul 12.00 ni tapi masih tak nak tidur.." Kata Wonyoung melihat Jungmin dan Junghye masih bermain membaling-baling bantal di atas katil milik mereka bertiga. Hari ni akibat ramai yang takde kat dorm, wonyoung memutuskan untuk tidur bersama anak-anaknya.

    " Omma, omma tidur kat sini. Omma sebelah kiri adik, abang sebelah kiri adik." Kata Junghye. Wonyoung hanya mengikut kata-kata anaknya. Dia menyanyi perlahan lagu yang selalu dinyanyikan untuk menidurkan anak-anaknya sambil mengelus lembut rambut junghye sehingga kanak-kanak berusia 4 tahun itu akhirnya tertidur.

     " Tidur nyenyak-nyenyak eh sayang omma..." Wonyoung bersuara perlahan melihat dua anaknya sudah dibuai mimpi. Dia mengambil telefon milik Jungmin dan membuka bahagian contact nombor. Rasa macam dikhianati oleh anak sendiri melihat nombor Jeongin berada di telefon jungmin. Patut ke dia cakap dengan mereka supaya jangan lagi dekat dengan lelaki tu? Tapi dia takde kuasa untuk itu. Jeongin tetap ayah mereka berdua walaupun dia tak nak mengaku.

    " Haih.. Aku buntu gila.. Apa aku boleh buat untuk diaorang berdua ni? Aku tak boleh halang tapi aku juga tak nak bagi diaorang jumpa dia... Aish.. Pening kepala." Akibat kesesakan kepala fikir banyak sangat benda, wonyoung memutuskan untuk keluar ke dapur mencari air untuk diminum. Nak hilangkan rasa sakit kat kepala.

    " Eoh? Ingat unnie balik jumpa family.. Tak rupanya.." Kata Wonyoung apabila tiba di dapur. Chaeyeon yang berada di dapur hanya tersenyum kecil. Malas dia nak balik rumah. Esok jelah. Chaeryeong balik hari ni. Dia balik esok jelah..

   " Taklah.. Dah lewat ni. Unnie tak suka drive malam. Tak tidur lagi ke? Adik dengan abang dah tidur ke?" Soal chaeyeon pula. Wonyoung terdiam sebentar. Ambil dulu air dalam peti sejuk, tuang dalam cawan dan duduk di depan chaeyeon.

    " Diaorang dah tidur. Wony yang tak dapat tidur. Pening memikirkan banyak benda dalam kepala ni.." Jawab Wonyoung. Chaeyeon yang merasakan topik sedikit menarik meletakkan cawannya ke bawah dan mengangkat kening bertanya.

    " Pasal adik dengan Jungmin, wony rasa diaorang dah tahu siapa ayah diaorang. Tu yang wony pening, nak bagi je dia jumpa jeongin, ataupun mungkin nak halang diaorang. Nak halang pun tak boleh, lelaki tu tetap ayah diaorang. Tetap suami wony. Kitaorang belum bercerai lagi. Tetap ada kuasa nak jumpa anak-anak dia kalau pun kitaorang dah cerai.." Kata wonyoung lagi. Chaeyeon meletakkan tangan di dagu untuk berfikir.

    " Apa kata wony bagi je diaorang jumpa dengan ayah diaorang? Yelah.. Jeongin masih layak kan? Lagipun, sekurang-kurangnya diaorang tahu diaorang masih ada ayah lagi.. Takdelah kalau kawan-kawan diaorang ejek diaorang takde ayah, diaorang sedih. Diaorang mesti lepas tu tak kisah sebab diaorang tahu diaorang ada ayah. Cuma ayah diaorang tak nak duduk dengan diaorang je.." Balas chaeyeon perlahan sebelum meneguk sedikit hot chocolate di depannya.

    " Nak buat macam tu, tapi wony takut diaorang tinggalkan wony.. Macam mana kalau diaorang nak tinggal dengan lelaki tu?" Rengek wonyoung manja. Chaeyeon tergelak kecil. Memang maknae. Dah ada anak pun masih manja lagi.

    " Kalau macam tu wony buat macam min buat dengan Jae. Seminggu diaorang dengan wony, seminggu dengan jeongin.. Tapi kalau tak nak buat macam tu, tak payahlah.. Rasanya jeongin tak segila felix lagi sampai nak culik-culik anak tu.." Balas chaeyeon lagi. Wonyoung mengangguk perlahan sebelum masuk ke bilik semula. Dia berbaring di tempatnya dan memejamkan mata.

Chaeyeon p.o.v

    Melihat wonyoung selamat masuk ke dalam bilik, dia mencapai telefonnya yang berada di atas meja dan mendail nombor seseorang.

Chaeyeon: Noona dah tolong cakap dengan dia. Apa pun pilihan dia lepas ni, hormat dia ayen. Kau jangan nak jadi macam felix. Yang tu memang dah tak boleh buat bincang.
Jeongin: Thanks noona. Nanti ada masa, ayen belanja makan eh..
Chaeyeon: Okeylah.. Bye.
Jeongin: Bye. Thanks again noona..

    Panggilan ditamatkan. Chaeyeon menghabiskan minumannya sebelum masuk ke bilik untuk tidur. Wonyoung, Junghye, Jungmin dan Jeongin adalah salah satu sebab kenapa dia tak balik hari ni selain malas nak drive.

--------

Sana p.o.v

    " Lah.. Dah tidur ke? Hmm.. Ingatkan masih jaga lagi." Sana tersenyum memandang sang anak yang nyenyak dibuai mimpi di atas katil. Mesti tertidur masa membaca lagi. Dia memasuki bilik itu dan mengambil buku di tangan Jinkyung. Selimut ditarik supaya menutupi badan anaknya yang baru menjejaki usia 8 tahun itu. Kemudian, dia masuk ke bilik air untuk membersihkan badan sebelum tidur. Melekit badan ni menari tak berhenti kat practice room. Selesai mandi, dia mengambil tempat tidur sebelah anaknya sebelum menangkap satu kotak bewarna hijau di meja sebelah katil. Perlahan dia membuka kotak itu.

Omma, Appa minta bagi ni kat omma. Jinkyung hanya ikut arahan. Kalau omma tak suka, omma boleh buang je kot.
- Wen Jinkyung-

    Dalam kotak itu, ada beberapa bungkus coklat dan juga satu kotak smoothie. Sana tersenyum kecil. Jun masih ingat walaupun mereka berdua dah lama berpisah. Lelaki tu masih ingat apa yang dia suka. Sekejap. Ke.. Jinkyung bagitahu dia?

    " Kamu bagitahu appa kamu ke omma suka smoothie ni jinkyung? Hmm?" Sana menyoal perlahan namun tak mendapat jawapan kerana anaknya sedang tidur. Sana mengangkat bahu dan berbaring semula. Dahi anaknya dicium perlahan sebelum dia memejamkan mata. Tak lama masa diambil untuk dia akhirnya turut memejamkan mata.

Jinkyung p.o.v

    " Habislah.. Mesti omma dah tahu sesuatu.. Omma akan halang jinkyung ke lepas ni?" Bisik Jinkyung dalam hati sebelum membuka matanya. Wajah sana ditatap lembut. Ibunya masih cantik. Sama macam dulu. Tapi kematangan ibunya dah berubah. Dulu, tak berapa matang. Kini, dah jadi makin matang.

    " Maaf omma.." Jinkyung berkata perlahan sebelum memejamkan matanya semula. Tangan sana dipeluk dengan erat. Dia sambung tidurnya yang terganggu ketika sana membuka kotak hadiah tadi.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BEHIND THE MASKWhere stories live. Discover now