BAB 7

364 35 9
                                    

Chaeyeon p.o.v

     " Auntie chaeyeon, rin ada buat salah ke? Kenapa omma nangis?" chaeyeon memandang Chaerin yang tiba-tiba bertanya. Dia cuba mencari kelibat chaewon namun tak jumpa.

     " Mana omma rin?" Tanya chaeyeon semula dan Chaerin menunjukkan ke arah sebuah bilik kecil di dalam bilik persalinan izone tu. Chaeyeon meninggalkan junghye yang sedang bermain telefon bersama dengan Chaerin sebelum menuju ke arah bilik itu. Chaewon duduk memeluk lutut. Tangisannya masih kedengaran walaupun sedikit perlahan.

    " Chaewon... Kenapa ni? Tiba-tiba je nangis.." Chaeyeon mengambil tempat sebelah chaewon dan mengusap belakangnya perlahan. Air matanya masih mengalir. Matanya pun nampak sedikit sembap.

     " Dia telefon chaewon unnie.. Dia nak getback. Chaewon tak nak tapi dia ugut dia akan bawa rin dengan min pergi dari sini.. Apa chaewon nak buat?"
Tanya chaewon perlahan. Dia takut kalau ada budak yang dengar. Bukan tak tahu anak-anak izone ni cekap betul telinga diaorang.

   " Mana dia dapat nombor chaewon? Heish.. Ni mesti ada yang terbagi ni. Tak boleh jadi ni.. Chaewon ada jumpa dia ke nanti?" Tanya chaeyeon semula. Tak pasti dengan jadual chaewon. Chaewon menggeleng. Kalau ikut jadual dia, dia dalam sesi 4. Sesi 5 mereka akan buat persembahan dengan twice. Jadi, kalau diikutkan takde jumpa felix. Tapi.. Sesi 6 pulak.

   " Unnie sesi 6 kan kita akan menari dengan lelaki. Chaewon dapat felix. Kami tak jumpa langsung sepanjang prctice. Hanya prctice sendiri je. Sekarang ni mesti akan jumpa kan?" Belum sempat chaeyeon nak membalas, suara eunbi memanggil mereka dari luar.

   " Chaewon, chaeyeon! Mana korang? Kita kena buat prctice dulu sebelum persembahan lagi 3 jam. " Jerit eunbi. Chaewon menghapuskan segala sisa air mata dan memakai bedak supaya tidak kelihatan bahawa dia menangis. Chaeyeon menunggunya sehingga dia selesai sebelum mereka berdua serentak menuju ke arah izone dan anak-anak yang menunggu.

----------
Latihan sesi pertama,

Yujin p.o.v

      " Pfft.. Dahlah tu anak-anak omma. Sampai bila kamu nak tenung dia? Sampai esok ke?" Yujin menahan gelak memandang yunho dan yunseo yang masih memandang seungmin. Si adik tu tak nak pun pandang. Namun dia jadi automatik bila abang dia buat macam tu.

    " Omma, omma tengok dengan kitaorang cerita stalker sama-sama kan? Orang sreeper ni teruk tau. Nanti kalau dia nak bunuh omma macam mana?" Yujin sekali lagi tergelak mendengar kata-kata anaknya. Berfikiran jauh betul anak kembar dia ni.

    "Ish.. Lelaki tu bukan orang luar pun. Dia ayah kora... Opss.." Yujin menutup mulutnya apabila sedar dia tersalah cakap. Mata bulat kedua-dua anaknya yang memandangnya dipandang semula sambil membuat peace.

     " APA? KENAPA OMMA TAK BAGI TAU?" Jerit kedua-duanya serentak. Yujin tersengih. Tangannya masih membuat peace.

    " Bye. Omma dah kena masuk tu.." Cepat-cepat yujin melangkah pergi dari situ. Sebelum dia kena soal siasat dengan anak kembarnya itu.

Yunho p.o.v

   " Abang, omma cakap lelaki tu appa kita?" Tanya yunseo takut-takut. Yunho melihat seungmin yang memulakan nyanyian lagu congralations itu. Dia memandang ke yunseo di sebelahnya pula.

   " Adik, kenapa aku baru sedar muka kau dengan muka lelaki tu hampir sama? Betul ke maksudnya dia ayah kita?" Pipi yunseo dicubit yunho sambil dia memandang ke seungmin kepada yunseo.

     " Abang sakitlah! Adik cakap kat haelmonni karang!" Jerit yunseo sebelum yunho melepaskan pipinya. Dia membuat muka merajuk sebelum memandang performance ibunya itu.

BEHIND THE MASKWhere stories live. Discover now