Yuri p.o.v
" Jadi kenapa appa balik ke sini? Nanti Uncle Chan cari appa macam mana?" Soal Hyejin perlahan. Yuri yang sedang menyiapkan minuman untuk Hyunjin hanya buat-buat tak dengar dengan perbualan ayah dan anak di ruang tamu rumahnya itu. Semalam, penat dia menangis kerana Izone terpaksa berpisah akibat kontrak mereka dah habis. Punyalah menangis bila Sakura balik ke Jepun semula sampai tertidur. Pagi ni bangun gembira tengok ayahnya berada di rumah bersamanya.
" Appa nak rehat sekejap. Omma kamu pun rehat kan? Jadi appa pun nak rehat macam omma.. Hyejin nangis ke semalam? Omma cakap hyejin menangis sampai hyejin tertidur.." Soal Hyunjin perlahan. Hyejin mengangguk.
" Hyejin nak duduk dengan auntie kkura dan auntie chaeyeon.. Diaorang baik. Tak macam omma... Omma selalu buli Hyejin. Omma tak pernah sayangkan Hyejin..." Balas Hyejin tanpa sedar ibunya mendengar semua perkataannya.
" Tak baik cakap macam tu, kang omma kecil hati macam mana? Omma lari karang.. Siapa nak jaga Hyejin kalau appa nak kena balik semula dorm Stray Kids?" Soal Hyunjin. Hyejin tergelak kecil.
" Appa, walaupun omma dengar hyejin cakap macam tu, omma takkan kecik hati. Sebab Hyejin memang banyak merungut, tapi omma tetap sayangkan Hyejin. Kan Omma?" Yuri muncul dari belakang Hyunjin membawa secawan Kopi Ais. Yuri tersenyum kecil dan meletakkan cawan itu di depan Hyunjin. Mereka kembali semula ke rumah lama mereka. Hyejin tak pernah tinggal kat sini lagi. Ni kali pertama dia datang ke sini. Dia teruja melihat gambar lama ibu dan ayah dia. Tak tertinggal juga gambar kahwin yuri dan hyunjin.
" Hyejin, apa kata hyejin pergi tunjukkan buku gambar yang Hyejin buat untuk appa semalam? Appa mesti teruja nak tengok." Arah yuri. Hyejin mengangguk dan berlari ke biliknya. Sebenarnya Yuri perlu bercakap satu benda serius dengan Hyunjin.
" Pasal pembulian tu, macam mana nak settle?" Inilah sebabnya Hyunjin berehat sebentar dari dunia hiburan ini, salah satu classmate dia fitnah yang dia membulinya dulu. Sedangkan dulu, nak sentuh pun malas sebab dia asyik fikir pasal yuri 24 jam. Mereka berdua berkahwin pada usia yang sangat muda dan dia tinggalkan yuri juga pasa usia yang sangat muda.
" Pd nim kata dia akan settlekan nanti. Dia kata buat masa sekarang ni, abang kena rehat dulu dari dunia ni. Dia arahkan abang pergi habiskan masa bermakna dengan Hyejin." Balas Hyunjin. Hyejin muncul kembali dengan buku bewarna biru. Hyunjin hanya sempat muncul sekejap pada Kingdom. Kemudian, dia diarahkan berehat. Masa dia berehat tu pula, izone disband.
" Appa tengok ni.. Cantik kan?" Hyunjin tersenyum melihat salah satu gambar di dalam buku itu. Gambarnya ketika kecil bersama Yuri. Yuri sangat comel waktu kecil dulu. Makan aiskrim sentiasa comot.
" Wah.. Muka Hyejin sama macam muka Appa lah.. Patutlah omma namakan Hyejin dengan nama Hyejin bukan Yejin. Sebab muka Hyejin sama macam appa dari omma.." Kata Hyejin menyedari muka ayah dan ibunya ketika kecil. Mata nya sahaja ikut ibu dia. Bibirnya dan hidungnya ikut appa dia.
-------
Felix p.o.v
" Yoojung, chaerin, changmin, minjae, yunho, yunseo, jungmin dengan junghye. Kenapa Hyemi unnie takde. Hyejin takde sebab nak duduk dengan appa dia. Kenapa Hyemi unnie takde?" Soal Chaerin pada Felix. Hari ni anak-anak semua duduk dengan appa mereka sebab omma masing-masing sibuk dengan kontrak syarikat sendiri. Bersyukurlah untuk hari ni je.. Minggu kedua Kingdom.
" Sebab Hyemi anak uncle Joshua seventeen. Uncle Joshua bukan stray kids sebab tu unnie takde." Jawab Changmin bagi pihak ayahnya. Felix tergelak sambil mengangguk. Bukan dia je ada anak kembar. Seungmin dengan Jeongin pun ada anak kembar. Seungmin kedua-dua kembarnya lelaki. Jeongin sama sepertinya.
" Appa, changmin ada jumpa dua uncle sama nama dengan changmin. Seorang uncle tu dia dah tua, yang lagi satu dia tua 2 tahun dari appa.. Hensem.. Tapi hensem lagi changmin versi kecik kan appa?" Felix mengangguk mendengar soalan anaknya. Sejujurnya, kedua-dua anaknya memang mengingatkan dia tentang chaewon. Mereka berdua memang mulut murai macam ibu mereka.
" Appa, kenapa muka uncle chan macam vampire? Ke uncle chan memang vampire senyap-senyap? Kalau uncle chan vampire, dia minum darah kita ke nanti?" Felix tergelak mendengar soalan dari anak bongsunya. Chan hyung vampire?
" Cuba Rin tanya uncle chan sendiri? Mana tahu uncle chan betul-betul vampire ke?" Balas Felix semula. Anaknya itu turun dari pangkuan Felix dan menuju ke arah Chan. Dia bertanya soalan dan berakhir dengan dikejar oleh chan. Mesti Chan cakap dia vampire.
" Appa sayang omma ke?" Soal Changmin ketika felix leka melihat anaknya dengan leader stray kids itu. Dia mengalihkan pandangan pada anak sulungnya.
" ye sayang.. Appa sangat sayang omma kamu. Kenapa tanya? tak percaya appa sayang omma ke?" Soal Felix semula selepas menjawab soalan anaknya. Changmin menggeleng perlahan sebelum duduk di atas pangkuan ayahnya.
" Kalau macam tu, appa kena berusaha lah.. Changmin tahu pasal omma.. Omma memang hati lembut. Tapi sekali dah sakit, omma takkan pernah lupakan kesakitan tu. Berusahalah appa!"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
BEHIND THE MASK
RandomDI SEBALIK SENYUMAN TWICE SANA, MINA, TZUYU, IZONE HYEWON, YENA, CHAEWON, MINJU, YURI, YUJIN, WONYONG DAN ITZY RYUJIN SEBENARNYA ADA KISAH YANG MEREKA SEMBUNYIKAN DARI ORANG AWAM. PEMINAT-PEMINAT MEREKA. RAHSIANYA MEREKA PERNAH BERKAHWIN DAN TELAH M...