Hyewon p.o.v
" Omma..." Hyemi bersuara perlahan sebelum duduk di sebelah ibunya. Hyewon hanya mengangkat kening bertanya dengan mata yang tidak lepas memandang dari televisyen di depannya. Mereka kini berada di Rumah Keluarga Kang. Hyewon malas nak mencari rumah selepas izone disband. Dia memutuskan duduk je dekat rumah keluarganya buat sementara waktu.
" Esok hari ambik kad laporan. Omma boleh datang kan? Kalau boleh, boleh bawa appa sekali lah?" Soal Hyemi dengan suara perlahan. Hyewon memandang anaknya sebelum mengangkat bahu tak tahu.
" Omma tak tahu dia sibuk ke tak. Dia mungkin sibuk esok. Kenapa tak boleh omma je datang macam biasa?" Soal Hyewon selepas menjawab soalan anaknya itu. Hyemi mengeluh kecil sebelum kepalanya diletakkan di bahu ibunya.
" Asyik omma je datang. Kali ni bawalah appa sekali. Baru kawan-kawan tahu hyemi tipu ke tak. Bila Hyemi kata appa Hyemi ahli seventeen, semua kata hyemi tipu. Boleh tak omma? Telefonlah appa... tanya appa sibuk ke tak esok..." Pujuk gadis berusia 7 tahun itu lagi. Hyewon mengeluh perlahan dan mengangguk bersetuju dengan kata-kata anaknya itu.
" Hmm.... Nanti omma tanya.. Pergi masuk tidur. Nanti esok bangun lambat karang..." Arah Hyewon. Pipinya dicium sebelum Hyemi berlari masuk ke dalam bilik untuk tidur. Dia mesti tidur pukul 9.30 malam setiap kali hari sekolah. Hanya Hari cuti dia dibenarkan tidur lewat. Puan Kang datang ke ruang tamu membawa satu pinggan berisi buah epal.
" Hyemi dah tidur dah?" Soal Puan Kang dan dibalas anggukan oleh Hyewon. Dia mengambil sepotong buah epal sebelum masukkan ke dalam mulut. Puan Kang hanya memandang anaknya sebelum bersuara lagi.
" Bila kamu nak bercerai dengan dia? Dari Hyemi tu baru lahir sampai sekarang dah 7 tahun kamu masih belum bercerai dengan dia. Lepaskanlah dia Hyewon... Mana tahu dia suka perempuan lain ke, tapi dia tak boleh kahwin sebab masih ada hubungan dengan kamu. Minta cerai cepat. Supaya kamu boleh hidup bebas.." Tanya Puan Kang. Hyewon menelan buah epal selepas habis mengunyahnya dan memandang ke arah ibunya.
" Hyemi macam mana? Omma nak dia sedih ke lepas tahu ibu dengan ayah dia dah takde hubungan? Omma, hyemi memang masih kecik. Tapi dia faham semua tu. Hyewon tak sanggup nak tengok puteri Hyewon nangis..." Balas Hyewon senang. Memang dari dulu, ibunya sangat tak suka dengan Joshua. Bila dia putuskan untuk kahwin dengan Joshua, ibunya bantah habis-habisan. Tapi dia degil kan... Jadi kahwinlah dengan lelaki tu dan dapatlah Hong Hyemi. Lepas Joshua tinggalkan dia, omma paksa dia untuk bercerai. Tapi sampai sekarang masih lagi tak bercerai. Tu mungkin yang membuatkan ibu dia stres dengan perangainya kot..
" Cakap dengan kamu ni memang susah tau. Dari dulu degil. Omma nak masuk tidur dulu. Pinggan ni jangan lupa basuh. Omma bukan maid nak basuhkan semua benda untuk kamu.." Arah Puan Kang sebelum masuk ke bilik tidurnya. Tuan Kang dah lama masuk tidur. Adik Hyewon pula takde kat rumah hari ni. Dia berparty kat rumah kawan dia. Hyewon memandang telefonnya.
" Patut ke aku telefon dia?" Soal Hyewon sendirian. Lama berfikir akhirnya dia memutuskan untuk memberitahu Joshua tentang esok. Ikut mamat tu lah nak datang ke tak esok. Dia tak kisah.
---------
Yujin p.o.v
" Tak nak... Adik nak auntie chaeyeon.... Tak nak auntie baru...." Yunseo berkata dengan suara perlahan. Sanggup dia duduk di luar dorm ive semata-mata tak nak kenal dengan ahli kumpulan baru ibunya. Abangnya okey je. Tapi adiknya pulak lain. Yujin mengeluh. Dia tahu anak-anak ahli izone memang sayangkan chaeyeon. Tapi dia nak buat apa lagi? Mereka takde pilihan lain selain terpaksa berpisah.
" Yunseo. Nanti omma bawa yunseo jumpa auntie chaeyeon okey? Jom kita masuk dalam dulu.. Sejuk kat luar ni. Nanti sejuk, demam. Kalau Yunseo demam, omma kena hantar Yunseo kat haelmonni. Nak ke?" Ugut Yujin lembut. Yunseo menggeleng dan mengikut kata-kata ibunya. Dia memandang ke 4 orang perempuan di ruang tamu itu. Wonyoung belum sampai lagi. Dia kata kejap lagi baru sampai.
" Hai Yunseo, kami buat kamu takut ke?" Soal salah seorang perempuan dengan senyuman manis. Yunseo masih takut bersembunyi di belakang Yujin. Yujin hanya tersenyum kecil. Yunho juga tersenyum melihat kawan-kawan ommanya di depannya.
" Yunseo... Nama auntie Kim Gaeul. Yunseo boleh panggil Auntie Gaeul je. Auntie lagi tua dari ibu Yunseo tau... Auntie nak tahu nama penuh Yunseo apa ye? Berapa umur Yunseo?" Gaeul cuba menceriakan suasana dan beramah mesra dengan Yunseo. Yunseo memandang ke Yujin dan wanita itu menganggukkan kepala.
" Kim Yunseo. Auntie boleh panggil Yunseo je. Umur Yunseo 5 tahun..." Beritahunya walaupun masih takut-takut. Gaeul tersenyum cantik.
" Yunseo, kami memang tak boleh ganti chaeyeon unnie sebagai orang yang yunseo sayang selain ibu yunseo. Tapi apa kata kami jadi auntie yunseo juga. Maksudnya, yunseo akan ada banyak auntie. Nak tak?" Soal Rei pula. Yunseo memandang Rei sebelum tersenyum kecil. Betul apa Rei cakap. Takde sesiapa boleh ambil posisi chaeyeon dan dia akan tambah auntie baru yang akan jaga dia dengan abang dia. Siapa tak nak kan? Auntie cantik pulak...
" Alahai comelnya Yunseo... Geram auntie tengok pipi pau kamu ni... Nak gigit je rasanya..." Liz pula bersuara mencubit geram pipi Yunseo. Yunseo tergelak kecil menampakkan giginya.
" Jangan gigit. Nanti pipi Yunseo hilang...." Katanya perlahan. Membuatkan lagilah 4 orang wanita itu geram dengan kecomelan dia. Lesseo yang mulanya hanya memerhati pun mula bergurau dengan anak leader ive itu.
" Omma, bila start duduk dengan appa balik?" Soal Yunho perlahan. Yujin memandang anaknya sebelum tersenyum kecil.
" Soon..."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
BEHIND THE MASK
RandomDI SEBALIK SENYUMAN TWICE SANA, MINA, TZUYU, IZONE HYEWON, YENA, CHAEWON, MINJU, YURI, YUJIN, WONYONG DAN ITZY RYUJIN SEBENARNYA ADA KISAH YANG MEREKA SEMBUNYIKAN DARI ORANG AWAM. PEMINAT-PEMINAT MEREKA. RAHSIANYA MEREKA PERNAH BERKAHWIN DAN TELAH M...