Minju p.o.v
" Hensemnya anak omma ni. Teruja sangat ke nak jumpa appa Jae?" Minju memeluk anak lelakinya drai belakang sebelum memandang cermin di depan mereka berdua. Minjae tersenyum sebelum memegang tangan ibu yang memeluknya dan mengangguk.
" Mestilah. Appa hensem kan? Anak dia pun sama hensem dengan appa." Balas minjae dengan senyuman. Minju tersenyum melihat senyuman anaknya. Appa kamu memang hensem minjae. Sebab tulah dia paling diminati kat sekolah. Tapi, dia pandai jaga diri dulu. Appa kamu tu tak pernah pegang tittle playboy kat sekolah. Dia suka kacau omma je setiap hari.
" Aik omma? Jae tengah cakap, omma berangan pula? Sampai ke mana tu omma?" Minjae memetik jari di depan muka minju. Minju tersedar dari ingatan tentang masa lampaunya sebelum menggeletek anaknya. Dia melepaskan pelukan pada minjae.
" Sorry sayang. Omma tak dengar tadi. Jae cakap pasal apa?" Tanya minju kembali. Minjae memuncungkan bibirnya menyedari ibunya tak tahu apa yang dikatakan tadi.
" Jae tanya boleh ke lepas ni jae nak tinggal sekejap dengan appa? Yelah. Nak ajak omma tak boleh. Omma kan artis. Jadi biarlah jae seorang diri duduk dengan appa. Omma okey ke ataupun omma tak nak?" Tanya minjae mengulang soalannya semula.
" Omma okey je. Tapi jae jangan duduk lama-lama tau. Setakat seminggu okey lagi. Jangan sampai sebulan tau.." Kata minju. Minjae tersenyum kecil.
" Omma ni takkanlah jae nak tinggalkan omma lama-lama. Mana sanggup. Sebelum ni dua hari pun minjae tak nak tinggalkan omma tau. Takkan lamalah punya. Jae takut omma nangis je nanti." sempat lagi minjae menyakat minju. Minju tertawa mendengar kata-kata anaknya.
" Nakalnya anak omma ni. Tapi betullah. Nanti omma mesti rindu jae sangat-sangat." Sekali lagi minju memeluk minjae. Minjae tersenyum berada dalam pelukan visual izone itu. Belum sempat dia nak balas, suara eunbi kedengaran memanggil minjae.
" Minju! Jae! Lino dah tunggu!!" Suara eunbi menyedarkan kedua beranak itu. Minju melepaskan pelukan pada minjae. Anaknya itu mencapai beg baju yang diletakkan di tepi. Dia memandang minju semula untuk memandangnya.
" Ingat tau. Kat sana jangan lupa call omma sentiasa. Oh, jangan susahkan appa kamu. Kalau perlukan apa-apa, cakap dengan omma. Omma sentiasa sayang kamu jae. Jaga diri juga tau." Minjae hanya mengangguk sebelum menyalam tangan minju. Dia tahu minju takkan keluar untuk jumpa minho. Dia terus keluar dari bilik sambil membawa beg berisi bajunya. Minju memerhati dari tingkap bilik. Dia memerhati dari perlakuannya anaknya yang memeluk minho sehinggalah akhirnya van stray kids meninggalkan perkarangan rumah mereka. Confirm takde dispatch kalau chaeyeon unnie kat luar.
Minjae p.o.v
" Welcome to stray kids dorm prince jae. Sorrylah rumah stray kids tak sebesar rumah izone." Kata minho sebelum meletakkan beg milik minjae di sofa ruang tamu stray kids. Minjae menatap datar rumah itu. Heh. Rumah orang lelaki. Biasalah keadaannya.
" Takdelah kecik sangat. Besar ni appa. Mana ahli stray kids yang lain?" Tanya minjae sebelum membuka jaket tebal yang dipakainya. Minho melihat ke dalam bilik yang ada.
" Entah. Keluar kot. Felix takde beberapa hari ni. Jae nak makan apa-apa ke? Appa boleh tolong masakkan." Tanya minho.
" Jae tak kisah. Apa-apa pun boleh." Balas minjae dengan senyuman. Minjae memang banyak mewarisi wajah minho tapi tak dinafikan bahawa senyuman dia sama seperti minju. Sangat-sangat sama seperti minju.
-------
Mingyu p.o.v
" Morning minyoung. Jom teman appa kita cari sarapan nak?" Mingyu mendukung minyoung apabila anaknya itu keluar dari bilik yang dikongsi dengan tzuyu. Tzuyu masih di dalam bilik. Takde tanda-tanda nak keluar.
" Omma kata omma malas nak keluar. Jadi dia minta kita dua je pergi makan. Omma kata lagi, roti semalam ada lagi. Jadi dia sarapan dengan roti hari ni." Beritahu minyoung seperti tahu je apa di fikiran ayahnya. Mingyu tersenyum mendengar kata-kata minyoung. Dia jadi malu sendiri sebab anaknya tahu apa di dalam fikirannya.
" Kalau macam tu, jom kita sarapan berdua je." Ajak mingyu. Tangan minyoung digenggam erat sebelum mereka berjalan ke lif. Resort yang mereka tinggal ni tak sediakan sarapan percuma, jadi mereka kena cari makanan untuk sarapan di kafe dan kedai makan berhampiran resort ini.
" Appa, boleh minyoung tanya kenapa appa tinggalkan omma dulu?" Tanya minyoung tiba-tiba ketika mereka masih mencari kedai makan. Mingyu menatap mata anaknya sebelum memandang ke depan semula.
" Omma kamu tak cerita ke kenapa appa tinggalkan dia dengan kamu?" Tanya mingyu semula. Berusaha tak nak bongkar cerita lama pada kanak-kanak 6 tahun itu. Minyoung menggelengkan kepala perlahan.
" Jom kita duduk kat sana dulu. Lepas tu appa cerita." Ajak mingyu. Minyoung hanya mengikut kata-kata lelaki itu. Mereka duduk di sebuah bangku yang menghadap pantai.
" Dulu, appa masuk audittion untuk Pledis Enternaiment lepas beberapa bulan kahwin dengan omma. Lepas appa diterima, appa disuruh duduk dengan seventeen dan memang akan berpisah dengan omma kamu. Omma kamu betul-betul sedih masa appa cakap yang kita kena berpisah. Appa pun tinggalkan omma. Lepas tu, rasanya dua bulan lepas tu, appa balik semula ke rumah lama. Tapi omma dah takde. Yang appa jumpa hanyalah sekeping surat bersama cincin kahwin omma kamu dan satu gambar ultrascreen. Dan itu gambar kamu minyoung sayang.." Minyoung mendengar cerita mingyu satu persatu.
" Oh macam tu. Patutlah omma benci sangat dengan appa. Takpelah. Nanti minyoung akan cuba satukan kita satu keluarga balik eh.." Kata minyoung dengan senyuman lebar. Itu yang membuatkan mingyu pelik.
" Minyoung tak bencikan appa ke?" Tanya mingyu yang pelik. Minyoung menggeleng sebelum tersenyum sehingga menampakkan giginya yang tersusun rapi.
" Dulu ya. Sebab appa bencikan omma. Minyoung ingat omma bencikan appa. Tapi tak sebenarnya. Walaupun omma nampak keras hati, omma sebenarnya masih sayangkan appa. Dalam diari omma, penuh gambar appa. Dari appa mula debut sampai sekarang. Omma sentiasa ambil tahu tentang appa.." Cerita kanak-kanak itu ceria. Mingyu menatap anaknya sayu.
" Jadi appa pun kena berusaha untuk pujuk omma eh. Supaya kita boleh jadi sekeluarga semula dan selama-lamanya menjadi keluarga yang bahagia!" Tambah minyoung lagi. Mingyu menarik anaknya sebelum memeluknya erat.
" Baik sayang. Appa akan berusaha sedaya upaya." Minyoung membalas pelukan mingyu erat dengan senyuman lebar. Pak cik santa claus kalau dengar, minyoung cuma nak appa dengan omma jadi keluarga semula supaya kami hidup bahagia. Itu je permintaan minyoung.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
BEHIND THE MASK
RandomDI SEBALIK SENYUMAN TWICE SANA, MINA, TZUYU, IZONE HYEWON, YENA, CHAEWON, MINJU, YURI, YUJIN, WONYONG DAN ITZY RYUJIN SEBENARNYA ADA KISAH YANG MEREKA SEMBUNYIKAN DARI ORANG AWAM. PEMINAT-PEMINAT MEREKA. RAHSIANYA MEREKA PERNAH BERKAHWIN DAN TELAH M...