BAB 23

124 13 1
                                    

Felix p.o.v

     " Sorry Appa. Kitaorang bukan tak nak. Omma tak bagi. Kami kena ikut cakap Omma. Mian..." Kata Changmin perlahan sambil menggenggam tangan Chaerin erat. Chaerin mengangguk mengiyakan kata-kata abangnya. Mereka berdua tersenyum kecil tapi masih berada dalam pagar Tadika sementara Felix di luar pagar.

     " Omma tak bagi korang ikut Appa ke?" Changmin mengangguk perlahan. Dia mengeluarkan sebuah nota dari kocek seluarnya dan memberikan pada Felix. Felix membuka dan dia sedikit pelik melihat ada nombor telefon tertulis di kertas itu.

      " Itu Nombor Omma. Bila Appa dah sedar silap Appa, Appa call lah Omma. Tapi tak pasti kalau Omma akan angkat. Buat masa sekarang ni Appa memang kena merenung diri tu dulu mana silap dan salah Appa, okey?" Felix mengangguk pasrah. Dah jadi macam ni, dia takde lagi pilihan. Kalau setakat Chaewon marah je, okey lagi. Kalau kali ni dia bertindak telefon polis, macam mana? Dia juga susah nanti...

    " Min! Rin!" Baru je disebut, orangnya dah muncul. Chaewon tak nampak pelik melihat Felix ada di situ. Memang dia dah jangka Felix akan ke tadika mereka berdua. Dia pun malas nak pindahkan tadika anak-anaknya itu. Jadi, biar jelah. Tapi dah pesan kat cikgu mereka, jangan bagi Felix ambil kedua-duanya.

     " Omma!" Kedua-duanya menjerit serentak. Mereka berlari keluar pagar mendekati Chaewon dan memeluk kaki Chaewon kerana ketinggian mereka berdua masih pendek. Chaewon tersenyum sebelum mengangkat Chaerin ke dalam dukungannya. Chaeyeon yang bersama dengan Chaewon mengangkat Changmin pula. Kedua-duanya teruja melihat Auntie Chaeyeon mereka ada untuk hari ni.

      " Ei... Rindunya Auntie kat Min... Min sihat?" Changmin mengangguk pantas mendengar soalan Chaeyeon. Dia pun sangat rindu pada Chaeyeon. Ibu ketiganya selepas Chaewon dan Eunbi. 

     " Chaewon... Boleh kita bercakap sekejap?" Soal Felix ketika Chaewon baru nak berpatah balik. Chaewon menggelengkan kepala tanpa memandang ke belakang.

     " Min dah cakap kan apa yang awak kena buat? Jadi, fikir-fikirlah sendiri. Kalau awak tak boleh hidup tanpa anak-anak, fikirkan je saat-saat saya kena jaga anak-anak tanpa seorang suami di sisi." Tanpa perasaan Chaewon menuturkan satu persatu. Dia terus pergi dari situ bersama Chaeyeon tanpa mempedulikan Felix. Felix mengeluh perlahan dan Changmin menunjukkan thumbs up tanda selamat berjaya Appa bersama dengan senyuman kecil.

-----------

Twice Dorm,

Sana p.o.v

     " Jinkyung dah balik? Nak makan tak? Auntie Momo ada masak tadi..." Soal Sana perlahan melihat anaknya melangkah masuk. Terkedu dia melihat pipi anaknya yang kelihatan sedikit berlebam. Pantas dia berlari untuk melihat keadaan anaknya.

     " Kenapa berlebam ni sayang? Siapa buat anak Omma ni?" Soal Sana perlahan sambil mengusap pipi anaknya. Jinkyung tak menjawab. Dia terus memeluk ibunya dan menangis di dalam pelukan si ibu. Sana terkejut dengan perilaku anaknya tiba-tiba. Kenapa tiba-tiba jadi macam ni? Apa jadi dekat anak dia?

      " Jin tak nak cerita... Tak nak..." Kata Jinkyung lemah. Lagilah buat Sana nak tahu apa jadi dengan anak dia. Dia meleraikan pelukan dahulu sebelum membersihkan air mata puteri tunggalnya itu.

      " Okey. Omma tak tanya kamu. Kamu pergi masuk bilik, rehat dulu ye... Kalau nak makan, makanan Omma letak kat meja makan." Jinkyung mengangguk dan menuju ke biliknya yang berkongsi dengan Sana. Sana dengan pantas mencapai telefon miliknya. Dia sedikit teragak-agak untuk menelefon Jun. Namun, akhirnya dia tetap menelefon Ahli Seventeen itu.

Jun: Helo. Sana, kenapa?
Sana: Siap sekarang. Jemput saya kat Dorm Twice. Saya tunggu kat bawah. Kita pergi sekolah Jinkyung.
Jun: Huh? Kenapa?
Sana: Jangan banyak soal. Siap jelah... Cepat sikit. Nanti saya bagitahu.
Jun: Oh.... Okey. Tunggu kat bawah. Sekejap lagi saya sampai.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 25, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BEHIND THE MASKWhere stories live. Discover now