BAB 22

113 14 0
                                    

Chaewon p.o.v

     " Omma, kenapa kita duduk kat sini? Nanti kalau Appa cari kita macam mana?" Soal Chaerin perlahan sebelum mengambil tempat duduk di sofa sebelah ibunya di Dorm Lesserafim itu. Chaewon tersenyum kecil sebelum memeluk bahu anaknya dan mencium dahi Chaerin.

      " Rin takkan faham sayang... Rin masih kecik. Nanti bila Rin dah besar, Rin akan faham apa maksud Omma..." Balas Chaewon perlahan. Serentak itu, Sakura bersama Changmin baru balik dari luar masuk ke dalam rumah. Changmin mengambil tempat duduk di sebelah kiri ibunya sebelum chaewon dipeluk erat. Sakura menghulurkan sebuah kotak berisi telefon baru.

      " Nah telefon yang kau minta. Dalam tu dah ada kad SIM dan kad memori. Huh... Sejuk betul kat luar tu. Boleh beku aku dibuatnya..." Keluh Sakura perlahan sebelum duduk di sebelah Changmin. Chaewon membuka kotak itu dan tersenyum melihat telefon miliknya.

     " Kenapa Omma tukar telefon baru? Nanti Appa dah tak boleh call Omma lagi kan? Kesian Appa..." Soal Changmin pula. Kali ni, Chaewon tak menjawab. Hanya tersenyum dan mengelus rambut Changmin perlahan.

     " Rin, Min... Mulai sekarang, Rin dengan Min akan tukar tadika ye... Tadika yang lagi dekat dengan dorm Omma supaya senang Omma nak jemput kamu berdua. Dan satu peringatan. Jangan sesekali ikut Appa walaupun Appa kata Omma benarkan okey? Omma boleh percayakan anak-anak Omma tak?" Chaerin dan Changmin mengangguk yakin walaupun agak pelik dengan kata-kata Chaewon.

      " Chaewon Unnie, kami dah siap kemaskan bilik untuk Unnie, bolehlah Unnie letak barang-barang Unnie..." Kata Eunchae perlahan. Chaewon mengangguk sebelum meninggalkan anak-anaknya yang menonton televisyen bersama Sakura. Dia nak kemas bilik.

       Chaewon tahu dia salah kerana keluar rumah tanpa kebenaran Felix. Tapi dia tak sanggup lagi nak serumah dengan lelaki itu. Hati dia yang pecah bukan senang nak betulkan semula. Keputusan diambil dan dia lari dari rumah bersama anak-anaknya tanpa pengetahuan Felix. Harap je Felix tak buat kerja gila dan menculik anak-anaknya lagi.

Sementara itu,

 Felix p.o.v

      " Relax Lix... Jangan baling-baling pasu tu, nanti luka susah wei!" Minho dengan cepat menarik pasu yang berada di tangan Felix itu sebelum pasu itu menjadi mangsa kemarahan Felix. Sejak mereka sampai tadi lepas Felix telefon bagitahu Chaewon dan anak-anak hilang, Felix dah macam orang tak betul je.

     " Anak-anak dengan isteri aku hilang HYUNG! Macam mana aku boleh sabar?! Mana diaorang?" Balas Felix kemarahan. Minho mengerling ke arah Chan yang berada agak jauh menelefon seseorang. Mungkin kenalan Chaewon yang tahu Chaewon kat mana. Beberapa minit kemudian, dia datang semula dengan raut muka yang agak kecewa.

     " Lix, Chaewon dengan anak-anak kau okey. Diaorang tak kena culik tapi Eun kata dia tak boleh bagitahu Chaewon kat mana sekarang. Chaewon tak nak kau cari dia." Maklum Chan dengan suara perlahan. Felix yang mendengar terus menarik rambutnya dan meracau seperti orang gila. Pantas dia ditenangkan oleh Changbin dan Han yang turut berada di situ.

      " Hyung, takde cari lain ke kau nak tahu kat mana Chaewon? Felix ni dah nampak macam orang gila sangat ni..." Soal Seungmin perlahan dan Chan menggeleng perlahan. Setelah dia soal Eunbi tadi, dia telefon pula Sakura dan Yena. Sakura kata dia tak tahu. Yena pula kata dia tak boleh bagitahu sebab dia tak nak Chaewon marah padanya.

     " Kalau dia ada kat Dorm Lesserafim, mestilah Sakura tahu dia kat mana. Ni, sakura kata dia tak tahu Chaewon kat mana. Jadi, takde sesiapa nak bagitahu kita Chaewon kat mana. Diaorang cuma cakap Chaewon okey je. Itu je." Balas Chan perlahan sebelum memandang Felix. Felix menangis teresak-esak sambil memegang kepalanya. Rasa kasihan, tapi apa mereka boleh buat? Chaewon masih tak sanggup nak terima Felix.

BEHIND THE MASKWhere stories live. Discover now