( 27 )

14 1 0
                                    

Jinwoo memandu tenang memasuki sebuah taman perumahan yang agak sunyi, sesekali matanya mengerling ke arah Ryunghan dan Taerin di sebelah.

"Kenapa?" soal lelaki itu tanpa menoleh.

Jinwoo mengetap bibir.

"Ryung kau rasa mummy aku marah tak aku balik tiba-tiba?" Ryunghan menoleh ke arah Jinwoo.

"Dia mummy kau Jin, kemon dude! Dah 10 tahun kut. Tak ada apalah! Andaian kau je tu."

Jinwoo diam. Ya diakuinya bahawa semua itu benar, selama 10 tahun di sana tak pernah sekali pun dia pulang untuk melihat wanita itu.

Malah dengan segala dia menukar nombor tanpa pengetahuan sesiapa.

Perasaan bersalah bersarang mula menimbulkan rasa bukan-bukan di hatinya. Haish!

"Aku bukan sengaja Ryung..." nafas di hela.

Sreeekkk!

Tayar kereta bergeser dengan jalan tidak bertukar kedengaran kuat. Break tangan di tarik oleh Jinwoo pantas.

Di hadapan sebuah rumah sederhana besar kereta putih milik mereka berhenti. Jinwoo menoleh ke arah Ryunghan.

"Aku bukan sesiapa pada dia Ryung. Malah aku rasa Hyunjae hyung lagi layak daripada aku."

"Jin. Kau dan Hyunjae sama, dia hanya ada kau berdua je"

Jinwoo terdiam. Matanya melilau ke arah pagar sederhana besar itu.

"Anjjushi kita kat mana?" suara kecil Taerin memecah suasana.

Ryunghan tersenyum. Kepalanya tunduk ke arah wajah comel Kim Taerin.

Mata bulat.
Bibir mungil.
Kening tersusun rapi.

Comel!

"Nanti awak tahu. Jom kita masuk!" ceria Ryunghan mengajak Taerin masuk ke dalam.

Pintu kereta pantas dibuka lalu perlahan Ryunghan melangkah ke arah pagar.

"Tekan loceng tu Jin!"

Tanpa membantah beberapa loceng di tekan pintu pagar besar di buka. Mereka melangkah masuk ke dalam.

"Anjjushi ni sapa?" soal seorang budak terkedek-kedek keluar dari pintu utama.

Jinwoo tersenyum.

"Boleh anjjushi berjumpa dengan Choi Aireen?"

"Boleh. Tapi omma cakap anjjuma pergi melawat kawan dia beberapa hari. Boleh Jae tahu siapa anjjushi? Omma marah bawa masuk orang asing." petah budak lelaki itu membalas.

Jinwoo menoleh ke arah Ryunghan. Bertanyakan akan gerangan yang menyoal mereka kini.

"Anak Chan anjjushi."

"Ouhhh..." Jinwoo tunduk sama tinggi dengan budak itu.

"Anjjushi. Yoon Jinwoo, ini Kim Ryunghan dan si kecil sana Kim Taerin." terang Jinwoo sambil menunjukkan ke arah Taerin.

"Comel!"

"Ryung, mummy tak adalah. Macam mana ni?" Jinwoo mencebik. Tak tercapai hajatnya untuk bertemu wanita itu.

"Apa nak di kata dah takdir. Nanti ada masa kau datanglah lagi ke sini." balas Ryunghan selamba.

"Ryung__"belum sempat Jinwoo mahu berkata tiba-tiba sahaja suara seorang perempuan kedengaran dari dalam.

"Lee Jaehyun!!! Omma cakap jangan keluar sesuka hati kenapa degil sangat hurmmm?!!!"

Mereka terdiam. Apatah lagi apabila melihat wanita itu meluru ke arah Jaehyun, terus telinga di tarik.

YOON JINWOO.Where stories live. Discover now