•••*daripada Han Hyunjae*
Buat yoon Jinwoo, satu-satunya adik yang aku ada.
Sungguh tiada apa yang aku mampu katakan aku saat ini, cuma sedikit pesanan buat kau di sana sebelum aku meninggalkan segalanya.
melihat kau sakit membuat aku lebih sakit. Malah lukanya masih terasa sehingga kini. Jinwoo, Hyung tak mampu untuk ada dengan kau lagi. Cukuplah hyung datang sebagai tetamu buat masa yang panjang.
Kini, Sudah tiba masanya hyung pergi. Mencari siapa diri hyung yang sebenar-benarnya.
Jagakan mummy untuk hyung, aku serahkan tanggungjawab ini kepada kau buat selamanya.
Aku kembalikan apa yang telah aku ambil dari kau dulu.
Terima kasih sebab sudi jadi adik aku Jinwoo.
Selamat tinggal.
•••
Surat Hyunjae itu di lipatnya semula. Dalam Diam Jinwoo menghembus nafas kasar.
Tanggungjawab? Apa yang budak 17 tahun tahu tentang tanggungjawab. Semuanya terasa sangat berat ini.
Sungguh ini semua di luar jangkaannya. Hyunjae pergi membawa diri meninggalkan mereka tanpa berkata apa-apa.
"Jin..." bunyi pintu di buka tidak di hiraukan. Jihyun mengambil tempat di sebelah Jinwoo.
"Dah tiga minggu mereka tak ada Jin. Kau tak boleh terus macam ni... Semua orang risau pasal kau Jin."
Jinwoo menghela nafas berat.
Dia tak minta untuk terus jadi macam ni. Tapi pemergian mereka sangat meninggalkan kesan pada dirinya.
"Aku bukan apa Hyun...aku..." kepalanya menunduk ke bawah.
"Tak sempat minta maaf dengan appa..."
Sambung Jinwoo perlahan. Setitik mutiara jernih mula jatuh perlahan membasahi wajahnya.
Jihyun tersenyum nipis. Bahu sahabatnya itu ditepuk, menyalurkan sedikit kekuatan. Sesuatu di dalam poketnya dikeluarkan.
"Aku ada sesuatu untuk kau. Nah!"
Dua keping sampul putih di serahkan kepada Yoon Jinwoo.
Jinwoo mengangkat kepalanya. Matanya melihat ke arah sampul putih di tangan Jihyun.
"Untuk apa?" teragak-agak dia mahu mengambilnya.
Wajahnya dikesat kasar.
"bukalah." kata Jihyun tenang.
surat pertama dibuka olehnya.
*************
3/3/2020
di saat diri ini merasa tidak berdaya, tuhan datangkan mahkluk kecil bersama senyuman manis. Memandang wajahnya membuat segala penat dan lelah itu berbaloi.
Yoon Jinwoo nama di beri.
Jinwoo walaupun appa tak tahu sempat atau tidak appa serahkan surat ini kepada kamu. Tapi appa cuma mahu berkata satu.
YOU ARE READING
YOON JINWOO.
Random"Kita tak sempurna kerana setiap manusia mempunyai kekurangan tersendiri. Usah takut dengan badai yang datang, ia hanyalah sekadar halangan untuk kau terus kuat." - Yoon Jeonghan. "ketahuilah bahawa setiap manusia akan melalui pelbagai fasa hidup...