"Yoon jinwoo! Apa nak jadi dengan kamu ni! Dah berapa kali saya pesan supaya tidak bertindak sesuka hati di dalam kawasan sekolah!!! Kamu faham tak! Kamu dah memalukan nama sekolah!!!" kata tuan pengetua dengan nada tinggi.
Jinwoo mengerling ke arah Kang Ha Il bersama puan kang di sofa. manakala di pula berada di hadapan meja pengetua.
Kerana seorang Kang Ha Il, dia sini lagi. Berhadapan dengan pengetua seperti selalu. Tetapi bukan salahnya, lelaki itu dulu yang cuba untuk berbuat jahat kepadanya.
"Yoon Jinwoo!" pandangannya beralih pula ke arah wajah tua milik tuan pengetua.
"Saya tak bersalah."
Terjenggil mata si tuan pengetuan mendengar pengakuan darinya itu.
"Hey budak! kamu dah buat anak saya patah tangan kaki tau!!! saya boleh saman kamu sekarang juga!" puan Kang mula bersuara. Wajah bengisnya langsung tidak mengugat seorang Yoon Jinwoo.
Hanya seorang yang boleh mengungat dirinya.
daddy.
Lelaki mempunyai aura yang agak menakutkan walaupun tak pernah marah kepadanya.
"Tchh..."
Dia bangkit dari labuhan. langkahnya di bawa ke arah Kang Ha il dan ibunya di sofa.
"Apa yang kau dah bagitahu omma kau budak?" wajah yang sedang menunduk itu di pandang tajam.
"Yoon Jinwoo!" suara lantang tuan pengetua dihiraukan.
"Kau rasa kau dah cukup kuat bila omma kau ada kat sini?" soalnya lagi.
"Tchh... Dasar budak biadap! Omma appa kamu tak pandai ajar kamu cara beradap ya?"
Matanya beralih ke arah puan kang.
Nafas ditarik perlahan.
Jika diikutkan hati, dah lama dia menjawab. Namun dia masih ada rasa hormat kepada wanita tua itu. Dan dia juga faham perasaan seorang ibu yang hanya mahu melindugi anaknya.
"Omma appa saya tak ada kena mengena dalam hal ni."
"Apa? Tak betul ke saya cakap? Sebab omma appa kamu tak didik dengan betullah, kamu jadi macam ni. BIADAP!"
Biadap?
Tangan dikepal kemas.
Aturan nafas cuba dikawal sebaiknya.
tanpa menanti sesaat langkahnya terus menuju ke arah pintu bilik tuan pengetua.
"yoon jinwoo!"
langkahnya terhenti.
"saya arahkan kamu minta maaf kepada mereka sekarang!"
jinwoo tersenyum sinis.
"perlu ke?"
"atau kamu akan dibuang sekolah." ugut puan kang pula.
"buang sekolah?"
badannya berpusing ke arah mereka di sofa sana.
"kisah apa aku! hey orang tua, kau nak buang aku pun buatlah! satu je aku nak pesan!"
anak matanya beralih ke arah kang Hail di sofa.
"jangan pernah nak hina omma appa aku. mereka tak bersalah dalam hal ni. kau patut sedar yang anak kau tu selalu sangat buat benda terkutuk belakang kau."
"cuba tanya dia, siapa kau pada dia? entah cuma perempuan tua yang bakal di buang one day." sambung jinwoo lagi.
langkahnya kembali dibawa ke arah pintu bilik pengetua.
YOU ARE READING
YOON JINWOO.
Random"Kita tak sempurna kerana setiap manusia mempunyai kekurangan tersendiri. Usah takut dengan badai yang datang, ia hanyalah sekadar halangan untuk kau terus kuat." - Yoon Jeonghan. "ketahuilah bahawa setiap manusia akan melalui pelbagai fasa hidup...