"Ni bilik kau. Hyung kau cakap, tak ada sesiapa boleh masuk sini selain kau." kata Ryunghan sebelum menghilang ke biliknya sendiri.
Jinwoo melangkah perlahan-lahan masuk ke biliknya itu. Walaupun tidak sebesar biliknya rumah appanya tapi cukup selesa untuk didiami.
Dia melangkah ke arah meja tulis di tepi dinding bahagian kanan.
Terdapat sekeping nota di atas meja tersebut. Dia mula mengambil tempat di kerusi.
***************
Aku belikan rumah ni sebab Daddy yang suruh. Daddy cakap kau boleh ke sini bila-bila masa sahaja. Yang penting jangan bagitahu sesiapa.Sebab kenapa daddy cakap macam tu, aku tak tahu. Yang penting jaga diri. Aku ada selitkan duit belanja😉carilah kalau jumpa.
*****************************
Yoon Jinwoo tersenyum nipis. Kertas nota itu disimpan ke dalam lacinya sebelum mengeluarkan talifon daripada dalam poket.
Ommadeul!
-JINWOO KAU KE MANA?!
-JANGAN SAMPAI AKU CARI KAU TAU!bibirnya melakar senyuman sinis. Cari? Nak ke kau bazirkan tenaga cari aku? Nak ke kau bazirkan masa cari anak tak diundang macam aku?soalnya sendirian.
Dia cukup kenal dengan wanita itu. Kalau tidak kerana appanya, wanita itu mungkin tak akan pernah dia kenali.
Wanita yang mengaku sebagai ommanya itu hanya mahukan perhatian dari appanya sahaja. Dirinya? Bagaikan halimunan, langsung tidak wujud di mata wanita itu.
Daddy🐾
-Jinwoo jaga diri kamu okay.
-omma kamu datang mengamuk di sini. Dia cakap daddy bawa lari kamu. Tapi jangan risau okay, daddy boleh uruskan.Dia terkaku. Sampai macam tu sekali wanita itu mahukan perhatian appanya. Sesungguh pekara yang terjadi langsung tidak terjangkau di fikirannya.
YOU ARE READING
YOON JINWOO.
Acak"Kita tak sempurna kerana setiap manusia mempunyai kekurangan tersendiri. Usah takut dengan badai yang datang, ia hanyalah sekadar halangan untuk kau terus kuat." - Yoon Jeonghan. "ketahuilah bahawa setiap manusia akan melalui pelbagai fasa hidup...