"Tarik nafas dalam-dalam, masuk dengan hati yang tenang tau!" sempat Joshua berpesan kepada Jinwoo.
"Uncle entah apa-apa! Annyeong!"
"Anyeong! Ingat apa uncle pesan?!"
Jinwoo tersengih.
"Orang ingatlah uncle! Dah penuh tau dada ni!" dadanya di tepuk kuat.
"Yeye je kamu penuh dada tu! Entah satu apa pun tak masuk." Joshua mencebik.
"Tak. Penuh dah uncle!"
Katanya sebelum kereta Joshua meluncur laju di pandang lama. Sesekali Jinwoo tersengih-sengih sendirian.
"Macam-macam betul uncle josh ni!" omelnya sendirian.
Joshua kadang-kadang boleh jadi gila-gila sama dengan dirinya. Lelaki itu tak pernah serius dengan apa yang di buat tapi setiap yang di buat pasti bersebab.
Dan oleh sebab itu dia paling rapat dengan joshua berbanding yang lain.
Langkah kaki dia bawa ke arah dalam kawasan rumah.
"Macam ramai je orang."
Kepalanya menjenguk ke hadapan pintu.
Kelihatan banyak kasut di hadapan pintu. Macam lebih dari lima orang.
"Siapa datang..." matanya melilau ke arah sebuah Van hitam besar dan kereta putih kepunyaan appanya.
Kakinya melangkah lagi sehingga terhenti di hadapan pintu yang sedia ada terbuka.
Suara orang berbual kedengaran di corong telinganya.
"Han hyung, aku rasa benda ni dia patut tahulah."
Suara itu seperti seungkwan.
"Betul cakap kwannie, hyung. Dia berhak tahu, susah kalau dia dapat tahu dari orang lain nanti." kata suara itu.
Jinwoo terdiam.
Dia masih terkaku di tempat yang sama.
"Tak payah. Aku taknak Jinwoo serabut tak focus nanti."
"Hyung! Kau kena fikir juga Seungcheol hyung. Dia nak sangat jumpa Jinwoo."
Apa yang dah jadi sebenar? Kenapa namanya meniti di bibir mereka semua? Ada sesuatu yang tidak dia tahu ke?
"Aku tahu hyung risau. Tapi hyung kena fikir juga... Macam mana kalau Jinwoo dapat tahu benda ni orang lain?! Mesti dia mengamuk besar nanti."
"Cheol hyung berhak jumpa Jinwoo sebelum dibedah..."
Jinwoo mengetap bibir. Dia melangkah laju ke arah ruang tamu di mana semua berkumpul.
"Jinwoo..." mereka seakan terkaku.
"Kenapa daddy kena bedah? Soalnya perlahan.
"Jinwoo... Come here. Sit..." dia berlalu ke arah Vernon di sofa sebelah kanan.
"Biar aku bagitahu dia hyung..." cadang seorang lelaki berkacing mata.
Jeonghan di sofa single mengangguk perlahan.
"Jinwoo.Aku Jeon Wonwoo. Kawan kepada appa kau." ungkap Wonwoo perlahan.
Berhati-hati dia bertutur kata apabila melihat wajah serius Jinwoo.
"Teruskan..."
"Daddy kau ada kanser hati tahap empat. Sepatutnya..."
"Cop!" Jinwoo memotong kata-kata itu.
YOU ARE READING
YOON JINWOO.
De Todo"Kita tak sempurna kerana setiap manusia mempunyai kekurangan tersendiri. Usah takut dengan badai yang datang, ia hanyalah sekadar halangan untuk kau terus kuat." - Yoon Jeonghan. "ketahuilah bahawa setiap manusia akan melalui pelbagai fasa hidup...