(25)

10 1 0
                                    

"Yoon Jinwoo!" langkah kaki seorang Yoon Jinwoo terhenti. Tubuhnya terus terpaku di saat melihat seraut wajah yang sudah dibasahi hujan.

Hari ni hari terakhir dia di sini. Tempat di mana dia mula melangkah ke alam yang mendewasakan, tempat di mana banyak pekara yang dipelajari tentang manusia sekeliling.

"Kenapa awak selalu mengelak dari saya? Apa salah saya?" soal suara itu.

Jinwoo mendongak ke langit. Nampaknya hujan akan semakin lebat, awam hitam semakin lama semakin banyak berkumpul di atas sana.

"Kk__kalau sebab mereka..."wajah manis itu menunduk.

Nafas di hela.

Zappp!

   Zappp!

Kilatan di langit mula terpancar. Tanpa berlengah jinwoo melangkah pantas ke arah gadis itu. Hampir sahaja tubuh genit itu terkena panahan kilat.

Tangannya menarik kasar Hyojun ke arah bawah deretan bangunan. jinwoo mendengus kuat.

Menyusahkan!

"Kau dah kenapa?! Nak mati awal ke?!" Hyojun terpaku.

Wajah basah Yoon Jinwoo tidak berani di tatapnya.

"Pakai ni! Baju kau basah sampai boleh nampak satu-satu..."kata Jinwoo  tenang.

Hoodie hitam milik Jinwoo di tarik kemas ke tubuhnya. Pipinya mula memerah. Dengan beraninya Hyojun melihat ke arah Jinwoo.

Jinwoo dengan lagak tenang. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Kalau aku cakap bukan sebab mereka...macam mana?"

Hyojun pantas menunduk kembali.

"Kk... Kalau bukan sebab mereka... Kenapa?"

"Kenapa kau nak tahu sangat?"

Soal Jinwoo pantas.

"Kau sepatutnya dengan Min Jae sekarang. Nanti appa kau marah." suara itu kembali tegas.

Jinwoo menyentuh lembut tulang pipi milik Hyojun.

"Saya tak nak balik dengan dia. Saya nak balik dengan awak." kata Hyojun berani.

"Tak takut ke?"

Hyojun mengetap bibir.

"Dengan baju kau yang basah..."
Belum sempat Jinwoo menghabiskan kata-katanya. Hyojun terus menutup tubuh badannya dengan hoodie milik lelaki itu.

"Nampak sek... Si..." sambung Jinwoo. Matanya galak memerhati Hyojun. Bibirnya sengaja melakar senyuman nakal.

"Apa awak ni!" bahu sasa Jinwoo di tolak kasar.

"Sudah! Jangan nak mengarut! Pergi balik dengan Minjae! Jadi apa-apa kat kau, aku tak nak bertanggungjawab jawab tau..."

"Saya nak balik dengan awak..."

Jinwoo berhenti melangkah. Wajahnya berpaling ke arah Hyojun.

"Sini..."

Tanpa bersoal banyak. Gadis itu terus melangkah ke arah Jinwoo.

"Hey girl..." Hyojun menunduk.

Mata Hazel milik Jinwoo sungguh memukai dirinya kini.

"Aku bukan tak mahu hantar kau balik... Tapi aku kena pergi jauh lepas ni."

"Mwo?! Jauh?"

Jinwoo tersenyum manis. Menampakkan dimple nya yang jarang-jarang ditunjuk.

YOON JINWOO.Where stories live. Discover now