04 | BABYGIRL

5.7K 252 4
                                    

AWAL pagi lagi Hana sudah bangun bersiap. Tuala kecil di dalam almari di tarik keluar pantas dan diletakkan di atas bahunya.

Botol yang sudah berisi air di atas meja solek dicapai sebelum melangkah keluar dari biliknya. Terkocoh-kocoh Hana menuruni tangga ke tingkat bawah.

"Ya Allah Hana kenapa nampak kelam-kabut ni" berkerut dahi Datin Aderin melihat anaknya.

"Hana nak cepat mama. Mwah bye nanti kirim salam dengan papa" Hana membuat flying kiss sebelum berlalu pergi.

Tergeleng-geleng kepala Datin Aderin melihat perangai anak daranya. Ni kalau lelaki nampak tak jadi terus nak jadi suami anaknya. Perangai nauzubillah minzalik.

"Yayang kenapa anak perempuan awak tu?" soal Dato Adhwa. Tangga dituruni satu persatu sambil membetulkan tali lehernya.

"Pergi joging rasanya sebab tadi saya nampak dia bawak botol air dengan tuala" tangan Datin Aderin masih sibuk mencedok mee goreng ke pinggan suaminya.

"Ouh ni mana si Harraz tu membuta lagi ke" punggungnya dilabuhkan di atas kerusi.

"Yelah tu biasalah anak teruna awak tu kalau ada masa free tidur jelah kerja dia" kata Datin Aderin sebal. Kalau dia kejut pun bukannya nak bangun anak teruna dia itu. Buang masanya dan buat habis air liurnya sahaja!

Dato Adhwa yang mendengar hanya menganggukkan kepalanya. Bukan dia tak biasa dengar Hana dengan Harraz tu selalu bangun lambat. Sebab setiap kali dia nak pergi kerja mesti isterinya akan menjerit suruh bangun. Dan sebab itulah dia suruh anak terunanya dan anak daranya masuk office minggu depan.

Ya, dia bukannya saja-saja suruh anaknya masuk office sebab ni lah salah satunya sebabnya. Dia nak suruh anak-anaknya pandai berdikari sendiri dan tak mengharapkan duit darinya lagi.

"Ni abang bukan ada meeting ke" tanya Datin Aderin.

"Ada tu memanglah ada yayang biasalah kerja office tapi hari ni lambat sikit mula sebab tu saya saja lengah-lengah"

"Suka hati abanglah"

Dato Adhwa hanya tersenyum sebelum meneruskan suapan makanannya. Sekali-sekala dia memandang muka cantik isterinya yang berceloteh dengannya.


"PANASNYA hari ini" peluh di dahi diseka dengan tuala yang sedari tadi berada di tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




"PANASNYA hari ini" peluh di dahi diseka dengan tuala yang sedari tadi berada di tangan. Botol yang berisi air diminum. Terpejam matanya menghayati air kosong di rongga mulutnya.

Ceh hari ini baru nak menghayati puih sebelum ni kemain puji melambung air manis ni semua. Bak kata orang baru ingat pangkal jalan pfft.

Dalam leka Hana meminum air botolnya tanpa dia sedar seorang lelaki sudah mengambil tempat duduk bersebelahannya.

Hana yang berasa dirinya dipandang terus menoleh.

"PFFTTTTT" tersembur air minumannya di wajah lelaki tersebut.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now