44 | BABYGIRL

6.3K 162 4
                                    

KELAB malam mewah itu dipandang seakan mahu tembus. Nafas Izz tarik dalam sebelum dihembus perlahan. Langkah kakinya dibawa memasuki premis mewah itu.

Matanya meliar mencari susuk tubuh seseorang. Jumpa sahaja langkahnya terus dibawa mendekati. Rahangnya diketap kuat melihat kemesraan antara Sally dan seorang lelaki yang saling bercumbuan.

Jadi betullah apa yang Hayzack bagitahu padanya? Dia fikir ke tipu. Tapi bila dilihat secara berhadapan baru dia faham apa yang dimaksudkan lelaki itu padanya.

"Wow , look who here?" kata suara garau seseorang dari belakang. Kedengaran sinis sahaja suara itu pada gegendang telinganya.

Namun , Izz tidak mengendahkannya. Matanya masih terpaku pada suatu sudut dengan adegan yang tidak senonoh satu pasangan sejoli itu.

Sally yang merasakan dirinya dipandang menolehkan kepalanya ke belakang. Terbangun dirinya dibuatnya melihat susuk tubuh lelaki yang dicintai. Dress nya yang tersingkap naik dibetulkan.

"You buat apa kat sini?" soal Sally gemuruh. Langkah kakinya dibuka mendekati susuk tubuh Izz.

"Let's talk" senada sahaja suara Izz berkata. Tawar hatinya rasa sekarang ni. Entah mahu memberi reaksi apa pun dia sendiri tak tahu. Rasa sia-sia pun ada jugak. Punyalah dia berkorban banyak tapi ini yang dia dapat dari teman wanitanya?

Tanpa menunggu jawapan Sally. Izz terus berlalu pergi di suatu sudut yang tersorok dari orang ramai. Punggungnya dilabuhkan pada kerusi panjang mewah itu.

"Jadi you nak kata apa dengan I?" soal Sally. Jelas nadanya bergetar sewaktu berkata. Tangan yang berada di atas riba diramas lembut.

Dia tahu lelaki di hadapannya nampak aksi tidak senonohnya tadi. Tapi dia sudah terbiasa hidup dikelilingi dengan lelaki. Hendak buat macam mana. Lagi pun sewaktu teman lelakinya busy di hospital dia kesunyian. Sebab itu dia selalu menghabiskan masanya dengan berjoli sakan di kelab malam.

Mata Izz naik memandang seinci muka Sally tidak lepas. Redup matanya menembus pada gadis di hadapannya. Mungkin jalan ini yang terbaik buat mereka berdua.

"Kita putus dan pasal rancangan kau maybe aku tak dapat teruskan. Aku menyesal sumpah menyesal gila dan untuk itu aku harap kita takkan jumpa lagi. Sampai sini je rasanya hubungan kita" terang Izz.

Jiwanya seakan mati pada gadis di hadapannya. Ibarat tin kosong yang tidak diusik apabila melihat aksi gadis itu yang selamba di hadapan matanya sendiri.

"Why? Takkan sebab you nampak aksi I tadi" ujar Sally bernada sayu. Tidak tahu kenapa hatinya sakit melihat lelaki itu sanggup melepaskannya pada orang lain.

"Aku mintak maaf pada kau selama ni. Tapi aku tak dapat teruskan hubungan kita. Rancangan kau yang nak kena dekat orang lain terpalit dekat aku balik. Cuba kau tengok mata aku. Aku kena tumbuk tanpa henti tapi kau? Mana kau pergi waktu aku perlukan kau. Kau biarkan aku terkapai-kapai seorang diri. Kau tahu sakit badan sewaktu diorang sepak terajang aku tak sesakit aku nampak adegan kau dengan lelaki lain" bergetar nada Izz sewaktu berkata. Air matanya yang jatuh diseka dengan jarinya.

Ingat lelaki pun tak ada perasaan ke. Dia bukannya tunggul untuk orang mempergunakannya. Mungkin dulu dia bodoh sampai ikut sahaja telunjuk gadis di hadapannya. Tapi untuk kali ini mungkin tidak. Hatinya sudah mati.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now