SEBULAN berlalu dengan pantas. Semua persediaan hantaran perkahwinan sudah disiapkan. Jelas tersusun di bahagian ruang tamu di rumah agam Dato Adhwa.
Dan tidak lupa jugak tetamu-tetamu yang tidak berhenti masuk ke dalam rumah agam itu. Bagi melihat pasangan sejoli yang akan diijab kabulkan sebentar lagi.
Hana menarik nafas dalam. Tudung selendang putih yang tersarung di kepala Hana pandang tidak lepas. Siapa sangka orang yang pernah menghinanya dahulu akan menjadi suaminya sebentar lagi.
Mula-mula Hana fikirkan mimpi. Namun , bila dia mula berulang-ulang mencelik mata. Ternyata ianya realiti sebenar. Kepala Hana menunduk kecil.Tiba-tiba terbayang perbuatan Hayzack dahulu padanya. Hana beristighfar perlahan seraya dada diusap lembut. Hasutan syaitan memang tiada bandingnya yang suka melihat manusia emosi dengan amarah di dada.
"Hana" tepukan lembut dibahu menyedarkan dirinya. Bibir tersenyum kecil melihat susuk tubuh Nisa yang berdiri di sebelah dari pantulan cermin.
"Kenapa?" soal Hana bernada lembut.
Nisa mengeluh perlahan. Badannya dibawa menunduk kecil untuk melihat muka Hana sepenuhnya. Terlorek senyuman manis di sebalik niqab yang dipakai. Cantik betul kawan dia pakai tudung. Nampak macam perempuan melayu terakhir sahaja lagaknya!
"Aku harap Hana kau dapat jadi isteri yang baik pada Hayzack. Jangan pernah naik atau tinggikan suara pada dia. Seburuk mana pun perangai dia dulu yang pernah layan kau teruk jangan pernah kau ungkit. Ingat Hana lepas ni syurga kau dah beralih arah. Dan jangan pernah jadi seperti—" ayat Nisa gantung sebelum matanya melihat muka Hana yang menunggu dirinya menyambung kata
"Seperti?" terangkat kening sebelah Hana.
"Nevermind , itu je pesanan aku. Aku doakan rumah tangga kau dengan Hayzack akan berkekalan dan sentiasa dalam perlindunganNya. Kalau ada perempuan nak sondol lelaki kau. Kau cili je dia" di hujung kata sengaja Nisa membuat lawak kecil. Bagi membuat Hana melupakan apa yang dia mahu kata dihujung ayat tadi.
"Yang tu memang aku akan buatlah. Berani betul tempah maut dengan Hana Adenin. Dah lama mengidam cili dengan aku agaknya" bebel Hana geram.
Belum ada apa-apa ikatan lagi dia sudah melepaskan kemarahannya dahulu. Cara kata macam berani je. Tergeleng kepala Nisa. Dulu waktu sekolah dia buat bet dengan Hana pun kawannya sudah tarik diri. Katanya takut masuk bilik disiplin.
Tapi dia tahu kawannya bukan takut sebab itu. Tetapi takut dengan Dato Adhwa yang tegas dan tidak suka Hana mencari masalah di sekolah yang boleh memburukkan nama ayahnya sendiri. Ialah dulu ayah Hana boleh dikatakan terkenal kerana menjadi penyumbang utama di sekolah mereka berdua.
Dia pulak?
Walaupun keluarganya sendiri boleh dikatakan kaya. Tetapi disebalik semua itu. Ada satu benda yang sehingga kini tidak pernah diceritakan pada Hana termasuklah keluarganya sendiri. Rahsia yang hanya dirinya seorang saja yang tahu.
YOU ARE READING
His Babygirl [𝑪]
Romance[ 1st book by leesottt ] HIS SERIES 1 Pertembungan tak disengajakan di shopping complex membibitkan cinta Hana Adenin dengan seorang jejaka. Sampailah satu hari dia dapat mengetahui bahawa jejaka yang dikejarnya merupakan budak lelaki yang pernah di...