SELEPAS sahaja Harraz memaklumkan keadaan Datin Aderin yang pengsan padanya. Hana bergegas berlari ke wad yang menempatkan Mamanya. Tidak berhenti bibirnya beristighfar sepanjang perjalanan.
Nasib baik Hospital yang dia duduk sekarang sama tempat dengan Datin Aderin duduk. Masuk sahaja dirinya di dalam wad milik Datin Aderin. Pandangan mula dipenuhi dengan susuk tubuh dua orang kesayangannya yang sedang berborak sakan.
Dato Adhwa pulak tiada kerana kata Harraz tadi Papanya ada kerja yang kena buat di syarikat. Jadi bolehlah dia melawat Datin Aderin walaupun hanya sekejap.
"Mama"
Tersenyum Datin Aderin melihat susuk tubuh anak perempuannya. Tangannya naik menggamit Hana mendekati ke arahnya.
"Kenapa datang tak bagitahu Mama?" soal Datin Aderin bernada lemah. Tubuh badannya masih disandar pada kepala katil.
"Saja buat suprise untuk Mama. By the way macam mana Mama boleh jatuh pengsan. Harraz tak jaga Mama elok-elok ke?" ujar Hana. Tubuh badan Datin Aderin diperiksa satu-persatu. Risau!
Harraz yang mendengar menjeling tajam susuk tubuh Hana. Sesuka hati mak nenek je tuduh dia. Tangannya mula disilang dan mukanya terus bertukar cemburut.
"Harraz jaga Mama elok-elok je. Cuma Mama demam sikit itu yang pengsan. Hana pulak macam mana sekarang ni Is jaga Hana elok-elok tak?" kata Datin Aderin memaksudkan pada Hayzack. Sekarang ni yang dia boleh harapkan pada lelaki itu sahaja untuk menjaga anak perempuannya.
"Hana baik je macam Mama tengok sekarang ni. Hayzack jaga Hana okay je. Dia layan Hana dah macam Hana ni isteri dia pulak" gelak Hana kecil.
Teringat pulak dia jejaka itu memarahi dia kerana dia tidak mahu makan. Dan akhirnya lelaki itu memaksanya banyak kali barulah dia akur. Waktu tu jangan katalah muka dia terus cemberut ialah lelaki tu suap siap pakej membebel lagi mana tak bertukar asam keping muka dia?
"Tersenyum-senyum ni ada apa-apa ke?" usik Datin Aderin. Dapat dia lihat di mata anak perempuannya memancarkan sinar kebahagiaan. Memang tidak salah dia mendambakan jejaka muda itu untuk menjadi pendamping buat anaknya dalam diam.
Kepala Hana mengangguk kecil. Bibir bawah Hana gigit. Sekarang ni dia jadi macam orang angau pulak. Asyik tersengih je.
"Kak please jangan senyum macam tu. Aku tak ada adik-beradik gila tau" ujar Harraz mencelah. Takut pulak dia tengok cara Hana sengih. Dah macam orang gila. Tengoklah dengan pakaian hospital masih tersarung dan tudung yang senget-benget tidak lupa jugak dengan selipar jepun. Sesuai sangat!
"Apa gila? Nak tengok gila aku macam mana. Ke sini kau sekarang aku tunjuk kegilaan aku" Hana mara mendekati ke susuk tubuh Harraz yang masih duduk di sofa penjuru bilik.
Kecut perut Harraz dibuatnya melihat muka menyinga Hana. Mukanya bertukar pasrah. Nak lari memang tak sempat. Sebab dia memang dah betul-betul terkandas dekat penjuru bilik.
Rambutnya yang ditarik Hana sekadar dibiarkan. Nak tercabut akar rambutnya dia sekarang tetapi dia tahannya dari membalas. Bergerak ke kiri dan ke kanan kepala Harraz dibuatnya. Nak melawan balik dengan Hana takut makin melarat sampai ke besok pun tak habis nanti.
Tergeleng kepala Datin melihat aksi tak senonoh anak-anaknya. Umur dah meningkat pun masih tak sedar diri lagi dua orang tu!
"Hana man—"
"Assalamualaikum Puan"
Sapaan seseorang membuatkan Datin Aderin terhenti dari bercakap.
"Waalaikumussalam"
"Boleh saya nak ambik rekod periksa kesihatan Puan?" ujar Nurse perempuan itu bernada lembut. Bibirnya sempat melempar senyum pada Hana dan Harraz di penjuru bilik yang terkejut memandang ke arahnya.
YOU ARE READING
His Babygirl [𝑪]
Romance[ 1st book by leesottt ] HIS SERIES 1 Pertembungan tak disengajakan di shopping complex membibitkan cinta Hana Adenin dengan seorang jejaka. Sampailah satu hari dia dapat mengetahui bahawa jejaka yang dikejarnya merupakan budak lelaki yang pernah di...