PERCAKAPAN semalam antaranya dengan Dato Adhwa di ulang tayang di mindanya kembali.
"Hana"
"Ye , kenapa Papa?" soal Hana sebelum mengambil tempat di sisi katil Dato Adhwa. Tangan tua Dato Adhwa dielus lembut.
"Kamu ada masa dalam 2 hari je Hana untuk selesaikan semua benda dengan Tuan Zack sebelum jawatan kamu akan jatuh pada tangan Harraz sepenuhnya" ujar Dato Adhwa.
Terkaku Hana mendengar. Apa tadi 2 hari?
"Dan lepas tu Hana Papa akan hantar kamu ke Rusia untuk tengok syarikat Papa kat sana. Dah lama Papa tinggal syarikat tu. Tak tahulah apa yang jadi. Kamu okay je kan kalau Papa hantar kamu ke sana?" tanya Dato Adhwa meminta kepastian dengan Hana.
Bibir bawah Hana gigit. Pergi ke Rusia. Maksudnya dia ada 2 hari je untuk goda Hayzack lagi kan? Demi tidak mahu menghampakan hati tua Dato Adhwa. Hana menganggukkan kepala sahaja bersetuju.
"Hana tak kisah pun Pa. Hana ikut je kata Papa" kata Hana sambil bibir melorek senyum manis.
"Kalau Hana dah kata macam tu alhamdulilah. Tak payah susah-susah papa nak pujuk kamu untuk ke sana. Selesaikan cepat ya kerja kamu dengan Tuan Zack" kepala Hana digosok lembut dengan tangan tuanya.
"Baik Papa" ujar Hana patuh.
Lamunannya hilang apabila seseorang menegurnya. Kepala terus menoleh ke belakang. Tersenyum kecil dia melihat susuk tubuh Aidil.
"Kenapa tak masuk lagi Miss Hana?" soal Aidil sambil menjongket kening sebelah. Tidak membuang masa Aidil mengetuk pintu pejabat Hayzack untuk Hana.
"Come in" dengar sahaja suara tegas itu jantung Hana mengepam darah laju ke seluruh tubuhnya.
"Miss Hana dah boleh masuk. Saya pergi dulu ya" ujar Aidil sebelum kaki melangkah pergi meninggalkan Hana bersendirian.
Hana mengeluh perlahan. Dia dah lah tengah tak bersedia nak berhadapan dengan Hayzack alih-alih Aidil pergi ketuk pintu pulak untuknya. Nasib baik PA Hayzack kalau PA nya dah lama makan kasut tumit tingginya.
Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan. Cuba untuk membuang rasa gugup dalam diri untuk berhadapan dengan empunya suara. Perlahan-lahan pintu pejabat Hayzack ditolak lembut.
Kepala Hayzack angkat. Bibir tersenyum sinis melihat susuk tubuh perempuan yang sudah beberapa hari dia tidak bertemu sejak kejadian di Hospital.
"Oh kau ingat ke siapa tadi?" kata Hayzack sinis.
Bibir Hana tersenyum hambar. Macam mana dia nak lembutkan hati lelaki ni dalam masa 2 hari. Tengok sekarang pun dia masih tahu lelaki itu masih membencinya.
"Boleh tak kalau kita cepat proses tentang projek yang sekarang tengah buat. Kalau boleh hari ni tak pun esok jugak saya nak settle kan tentang semua benda" ujar Hana mengendahkan kata sinis Hayzack padanya.
Kepala Hayzack menunduk ke bawah.
"Tukar topik" gumam Hayzack perlahan.
Namun , masih dapat didengari Hana. Apa yang Hayzack kata itu benar belaka. Bukan sengaja tapi itulah kenyataannya dia kena cepat sebelum dalam masa 2 hari dia akan bertolak ke Rusia.
Perbincangan mereka hanya ditemani dengan penerangan dari Hayzack. Kadang-kadang Hana menganggukkan kepalanya menyokong dengan kos anggaran yang Hayzack anggarkan padanya.
"Aku rasa itu jelah. Yang pasal bahan kos semua untuk bina aku dah settle. Kau okay je kan kalau bahan tu mahal sikit sebab aku pilih yang jenis berkualiti tinggi" ujar Hayzack sambil menekan-nekan telefonnya.
YOU ARE READING
His Babygirl [𝑪]
Romance[ 1st book by leesottt ] HIS SERIES 1 Pertembungan tak disengajakan di shopping complex membibitkan cinta Hana Adenin dengan seorang jejaka. Sampailah satu hari dia dapat mengetahui bahawa jejaka yang dikejarnya merupakan budak lelaki yang pernah di...