46 | BABYGIRL

6.3K 176 1
                                    

PINTU gerbang setinggi 20 kaki itu Hana pandang tidak percaya. Hujung matanya menangkap senyuman sinis yang tersungging di bibir lelaki di sebelahnya.

Dalam diam Hana mencebikkan bibirnya. Nak ejek dia lah tu sebab jakun!

"Babygirl"

Hanya dehemen kecil Hana beri. Matanya masih memandang pemandangan di luar tingkap kereta Hayzack. Luas betul Villa milik keluarga lelaki di sebelahnya. Dah serupa macam istana pun ada jugak!

"Nanti masuk jangan panggil Bonda dengan Ayahanda Tan Sri atau Puan Sri panggil macam biasa je ibarat kau dengan Mama Papa kau" terang Hayzack setelah keretanya sudah diparking di bawah garaj kereta.

"Kenapa?" soal Hana tertanya-tanya. Matanya redup memandang muka hensem Hayzack di tepinya yang kemas bertuksedo berwarna hitam.

"Bonda dengan Ayahanda tak suka" ringkas jawapan yang Hayzack beri. Sebelum dia datang sini Puan Sri Arlina menyuruh dia untuk memaklumkan pada Hana jangan memanggil dengan panggilan formal. Dan sebab itu dia memberitahu awal-awal.

Kepala Hana terangguk-angguk. Hujung baju dress yang dipakai ditarik-tarik. Tiba-tiba pulak rasa gemuruh dalam dirinya. Tadi tak ada lah pulak. Lepas Hayzack berhentikan kereta baru dia nak rasa semua benda ni.

 Lepas Hayzack berhentikan kereta baru dia nak rasa semua benda ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Mengelamun pulak babygirl aku ni"

Ujaran suara itu yang Hana rasa begitu dekat membuat kepalanya berpaling. Tertelan air liur Hana melihat jarak mukanya yang terlalu dekat dengan Hayzack. Bila masa pulak lelaki itu membuka pintu kereta belahnya?

"A—awak kalau saya nak balik boleh?" tergagap-gagap Hana meminta pemintaan yang tak masuk dek akal itu. Dirinya memang gila!

Bibir bawah Hayzack ketap kuat. Besar kecil sahaja iris matanya sekarang memandang gadis di hadapannya yang sedang menunduk itu. Ni kalau dah halal sudah lama dia angkut badan kecil itu masuk ke dalam Villa ibubapanya. Payah sangatkan.

Tapi disebabkan tak halal lagi. Disabarkan hatinya yang mendidih. Nak marah takut gadis kecilnya merajuk dengan dia pulak. Bertambah parah satu hal nak pujuk.

"Dah sampai dah pun babygirl. Lagi pun kau tak kesian ke dengan Bonda aku yang susah payah masak semata-mata untuk kau" umpan Hayzack. Kedua belah keningnya terangkat-angkat menunggu reaksi dari Hana.

"Yelah yelah tapi awak kena janji dengan saya"

Hayzack mengeluh perlahan. Aduhai ingat ke umpan tadi dah termakan dengan kata-kata dia. Ada pulak nak buat janji-janji pulak dah.

"Apa dia?" soal Hayzack senada.

Terbit senyuman manis di bibir Hana. Matanya seolah bersinar-sinar seakan menang loteri sahaja lagaknya.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now