BULAN yang berada di atas langit dipandang tunak. Seketika matanya terpejam apabila mengingati muka gadis itu yang menangis di dalam mindanya.
Bagaikan video rakaman yang diulang-ulang. Hayzack menggelengkan kepalanya. Buat apa ingat perempuan tu lagi. Baguslah dia dah berambus dari hidupnya. Lagipun itu yang dia mahukan.
"Angah"
Panggilan dirinya membuatkan kepala Hayzack menoleh memandang ke arah pintu bilik yang sedia terkuak. Senyuman kecil terlorek di bibirnya.
"Kenapa bonda?" soal Hayzack sambil mengangkat kening sebelah.
Kaki melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Katil yang menjadi labuhan punggung Puan Sri Arlina diduduk. Tangan bondanya diambil sebelum dielus perlahan. Cinta hatinya yang tiada bandingan.
Sudah seminggu Puan Sri Arlina duduk di hospital dan hari ini baru boleh keluar. Rupanya sebab demam panas. Kata doktor demam bondanya tidak terlampau teruk cuma demam rindu. Siapa lagi kalau bukan dirinya kerana dia seorang sahaja yang berada di Malaysia. Manakala adik-beradiknya semuanya ada di bumi Italy ini.
"Bila nak bagi Bonda menantu?"
Soalan yang sama Puan Sri Arlina bertanya. Dia tahu bondanya mahukan menantu darinya. Kerana Alongnya Hayzeri Ikmal sudah berkahwin dan sudah memiliki satu cahaya mata. Adik beradiknya yang lain?
Semuanya masih belajar lagi takkan mahu berkahwin. Lagipun mereka pun masih dalam tempoh pengajian. Bondanya dan Ayahandanya pun tak galakkan adik-beradiknya berkahwin waktu belajar takut terganggu pulak.
"Bonda" panggil Hayzack lembut.
Hanya gumam kecil Puan Sri Arlina membalas. Mata Hayzack memandang Puan Sri Arlina yang menundukkan kepalanya. Tergeleng kepala Hayzack melihat dah macam serupa budak kecik. Monyok je muka.
"Sorry , bonda. Angah bukan apa angah tak bersedia lagi nak galas tanggungjawab besar tu" pujuk Hayzack cuba mengambil hati Puan Sri Arlina. Padahal realiti sebenar dia masih menunggu kehadiran seseorang siapa lagi kalau bukan gadis kecilnya.
"Tapi bonda nak sangat menantu daripada angah" ujar Puan Sri Arlina lagi. Tangan tuanya bermain dengan jari jemari Hayzack.
Memang betul dia mahukan. Anak sulungnya pun dah ada anak. Cuma tinggal anak keduanya sahaja. Bukan sebab apa dia cuma risau dengan anak keduanya. Sudahlah tinggal seorang diri di Malaysia. Kalau ada isteri tak ada lah hatinya rasa gundah kerana mesti pemakanan dan pemakaian anak keduanya terjaga.
"Angah tak boleh janji dengan bonda. Tapi In shaa Allah kalau ada jodoh adalah bonda okay" jawab Hayzack. Bahu Puan Sri Arlina digosok lembut memujuk.
"Yelah" pasrah sahaja nada Puan Sri Arlina.
Sunyi sahaja selepas itu sebelum Puan Sri Arlina memecah kembali kesunyian.
"Angah , bonda rindu sangat dengan anak kedua bonda ni. Macam mana hidup dekat Malaysia sana okay ada masalah apa-apa tak? Ada orang ganggu anak bonda tak? Siapa..."
"Bonda banyaknya soalan bonda ni"
Tercebik bibir Puan Sri Arlina mendengar. Sempat matanya menjeling tubuh anak keduanya. Orang risau diri dia boleh pulak dia merungut.
"Bonda risau angah tahu tak. Kalau tidak tak adanya bonda sanggup demam panas sebab angah" ujar Puan Sri Arlina pada anak keduanya.
Hayzack yang mendengar mengemam bibirnya. Kenapa comel sangat bonda dia ni? Macam budak kecik je dia tengok dengan bibir tercebik dan tangan yang bersilang.
"Kenapa bonda ni comel sangat. Mesti sebab ni kan ayahanda jatuh cinta dengan bonda" kata Hayzack selamba. Tubuh badan Puan Sri Arlina dipeluk dari tepi.
YOU ARE READING
His Babygirl [𝑪]
Romance[ 1st book by leesottt ] HIS SERIES 1 Pertembungan tak disengajakan di shopping complex membibitkan cinta Hana Adenin dengan seorang jejaka. Sampailah satu hari dia dapat mengetahui bahawa jejaka yang dikejarnya merupakan budak lelaki yang pernah di...