22 | BABYGIRL

6.8K 214 5
                                    

Moscow , Rusia

SEDARI tadi kakinya tidak berhenti melangkah melihat sekeliling. Sungguh cantik ciptaan Tuhan yang maha Esa. Tidak boleh digambarkan macam mana perasaanya sekarang terlampau teruja.

Kerusi yang berada tidak jauh darinya dilabuhkan punggung. Perlahan-lahan Hana mengatup kedua belah matanya. Udara segar diawal pagi dihirup. Menenangkan.

Seketika matanya dibuka. Dapat dilihat tidak jauh darinya budak lelaki dan budak perempuan bermain kejar-mengejar mungkin adik-beradik. Tidak lama itu sang ayah meleraikan anak-anaknya yang tidak berhenti mengejek sesama mereka.

Hendak tergelak Hana dibuatnya melihat muncung budak lelaki itu. Tak puas hati mungkin dengan budak perempuan itu kerana ayahnya menolong adik perempuannya. Ibu kepada budak perempuan itu pulak tersenyum lebar. Dapat dia tengok tersungging lesung pipit di pipi ibu kepada dua budak itu mungkin bahagia di sisi keluarga tercinta.

Hana menghembus nafas lemah. Bahagia? Siapa sahaja yang tidak mahu bahagia bukan? Tapi jalan ceritanya berbeza dengan orang lain. Sampai satu saat dia seolah pasrah dengan segala benda yang terjadi. Biarlah segala benda ini berlalu kerana dia tahu Allah itu maha Adil dan sudah mengatur jalan ceritanya yang sungguh indah.

Telefon yang berbunyi diambil di dalam beg silangnya. Tersenyum manis Hana dibuatnya. Terus punat angkat ditekan.

"Assalamulaikkum Papa" tergelak kecil Hana dibuatnya apabila terdengar bebelan dari Dato Adhwa. Adalah tu yang Mamanya buat!

Berkata tentang Dato Adhwa. Papanya sudah 4 hari sedar dari koma. Orang pertama yang menangis gembira semestinya Mamanya.

Kerana Datin Aderin yang menjaga Dato Adhwa sepanjang hari. Dia yang mendengar khabar itu jugak cukup bersyukur ke hadrat Ilahi. Cukup sekadar Dato Adhwa sedar pun sudah membuat dia gembira.

"Kakak apa khabar?" sapa Dato Adhwa pada Hana di hujung talian. Badan dibangunkan untuk bersandar pada palang katil.

Datin Aderin mula menolong suaminya apabila dia melihat kesungguhan suaminya untuk menaikkan katil. Bantal diambil sebelum diletak di belakang tubuh suaminya untuk keselesaan.

"Hana baik je Pa. Papa tu okay tak? Masih sakit lagi ke dengan jahitan tu?" soal Hana bertalu-talu. Mukanya gusar memikirkan keadaan Dato Adhwa.

"Papa okay je Hana. Nak kata sakit itu adalah jugak cuma dah membaik dari sebelum ni. So kerja kat sana dah settle ke belum?" ujar Dato Adhwa. Tangan Datin Aderin yang bermain dengan jari-jemarinya dibiarkan. Tak cukup lagi nak melepaskan rindu alahai!

"Dah settle Papa cuma Hana sengaja duduk sini lama-lama. Boleh Hana release tension Hana sekejap tengok tempat kat sini-sini" jawab Hana.

Bibirnya masih mengukir senyuman lebar. Kalau orang lain lihat mesti fikir dia menelefon boyfriend padahal realiti sebenar dia menelefon Papanya. Boleh salah faham orang dengan diri dia yang dok dari tadi tersengeh kerang busuk.

Bukan kerana apa dia masih tidak percaya yang Papanya sudah sedar dari pengsan. Dan sebab itu tidak berhenti pelbagai syukur yang terbit dari bibirnya. Cukup ada keluarga tersayang itu pun sudah buat dia gembira.

"Hana dengar tak apa Papa kata ni. Kenapa diam je?" tanya Dato Adhwa. Mukanya bertukar cemberut. Anaknya tak dengar ke apa yang dia kata?

"Hah apa Pa tadi Papa kata apa" kepala Hana garu kecil. Malu pulak dia rasa. Dato Adhwa tengah seronok bercerita boleh pulak dia mengelamun.

"Papa kata nanti balik Malaysia. Ada sesuatu Mama dengan Papa nak bincang dengan Hana" ujar Dato Adhwa lagi. Kalau tak dengar lagi tak tahulah.

"Oh okay Pa nanti Hana bagitahu Papa bila Hana balik. Perbincangan ni tentang kerja ke Pa?" soal Hana bingung dengan nada suara Dato Adhwa yang bertukar serius tadi.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now