19 | BABYGIRL

6.2K 237 13
                                    

MUKA sembabnya cuba dimaniskan di hadapan cermin. Hari ini merupakan hari terakhirnya untuk berhadapan dengan Hayzack.

"Kak dah siap ke belum. Jom aku hantar kau dekat syarikat HA Empire. Lepas ni aku kena pergi Hospital ganti tempat Mama pulak" kata Harraz di tingkat bawah.

"Dah kejap" jerit Hana kecil. Beg tangan yang berada di atas katil dicapai.

Minyak wangi cherry blossom diletak di pergelangan tangannya dan digosok sebelum diletak di lehernya. Hana menghidu okay perfect baru wangi.

"Jom Harraz" ajak Hana. Berlari kecil Hana menurun tangga. Sunyi sahaja rumah banglo mewah itu tanpa kehadiran Datin Aderin dan Dato Adhwa.

Tergeleng kepala Harraz dengan kelakuan Hana yang serupa budak kecil. Turun tangga pun nak berlari. Padahal kat rumah je pun. Kelam-kabut kalah macam bangun lewat.

Selesai sahaja mereka masuk ke dalam kereta. Harraz terus memandu keluar dari perkarangan rumah banglo itu.

"Adik akak nak tanya ni?"

"Hmm apa?" ujar Harraz. Sesekali mata melirik ke arah Hana yang sedang menundukkan kepalanya di sebelah.

"Aku tak lawa ke Harraz?" soal Hana. Bibir bawah digigit resah. Takut dengan jawapan Harraz yang boleh menghampakan hatinya.

"Siapa kata yang kau tak lawa ni? Sampai kau sendiri tak yakin dengan diri sendiri. Cuba cakap dengan aku" suara Harraz bertukar keras. Gigi diketap kuat menahan marah dengan orang yang mengata buruk tentang kakaknya.

"Tak ada siapa-siapa pun kata aku macam tu. Cuma aku sendiri yang tak yakin. Mungkin sebab aku bukan perempuan yang para lelaki mahukan. Yelah setiap lelaki mesti nak perempuan yang baik dan pandai jaga aurat dari dilihat pandangan ajnabi untuk dijadikan isteri. Sebab tu aku mintak pendapat kau" ujar Hana menyorokkan perkara sebenar.

Bibir tersenyum hambar. Pandangan di luar kereta dilihat. Nafas dihembus lemah cuba menahan air mata dari menitis apabila teringat kejadian semalam.

"Kak janganlah kata macam tu. Tak semestinya yang bertudung itu baik dan tak semestinya yang tak bertudung itu jahat. Kadang yang bertudung lagi teruk daripada perempuan yang tak bertudung. Kalau kau nak kata diri kau jahat pulak semua orang boleh berubah kak. Cuma dia sendiri yang kena tentukan untuk diri dia" nasihat Harraz. Tangan masih ligat mengawal stereng kereta.

"Aku cuma rasa yang diri aku ni jahat. Kadang aku rasa nak je hilangkan diri dari muka bumi ni. Kedatangan aku kat dunia ni macam menyusahkan semua orang" gelak Hana kecil. Hati yang kian sebak ditahan.

"Kau tak pernah menyusahkan siapa-siapa pun. Aku tak sukalah dengan ayat kau ni?!" ujar Harraz. Mimik mukanya sudah berubah tegang mendengar luahan Hana.

"Apa? Aku kata benda betul Harraz" mata melirik memandang Harraz di sebelah. Dua ulas bibir itu tergelak kecil melihat muka dingin Harraz.

"Aku tak buat lawak kak! Aku serius aku tak suka dengar kau cakap macam tu" ujar Harraz senada. Kereta diberhentikan di hadapan syarikat HA Empire.

"Okay okay aku tak ca—"

"Keluar" halau Harraz senada.

"Tapi—"

"Aku kata keluarkan?" ujar Harraz lagi. Muka tidak berpaling memandang muka Hana yang sudah bertukar riak sedih di sebelah.

"Okay" pintu dibuka. Beg tangan disangkut ke bahu. Tutup sahaja pintu kereta itu laju pacuan empat roda itu membelah jalan raya kembali.

Hana menghela nafas. Salah dia jugak sebab tiba-tiba bukak topik tu.

"Miss Hana"

Panggilan yang datang dari belakang menolehkan kepala Hana. Bibir melorek senyum manis pada Aidil yang sedang mendekati dirinya.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now