ENDING

7.1K 159 8
                                    

DERUAN bayu pantai membuatkan diri Hana terasa tenang. Hilang segala beban penat di bahunya selama ini. Sepasang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang membina istana pasir tidak jauh dari keberadaannya dipandang lama.

Mesti anaknya , Hairiez akan jadi begitu jugak bila umurnya sudah menginjak 2 atau 4 tahun lagi. Tak sabar rasanya untuk menunggu pada waktu itu datang.

"Babygirl?" suara garau yang memanggil dirinya buat kepala Hana mahu berpaling. Namun tidak sempat dirinya untuk menoleh suaminya terlebih dahulu memeluk dirinya dari belakang.

Naik memerah pipi Hana dibuatnya apabila beberapa pengunjung di pantai itu melihat aksi kemesraan mereka. Siap ada yang tersenyum mengusik padanya lagi.

"Husband janganlah peluk. Saya malulah" bahu kecil Hairiez dijadikan tekupan muka Hana. Bayi kecil itu yang tidak faham dengan keletah Mummynya hanya membiarkan dirinya dijadikan tempat menyorok.

"Apa yang nak malu? Kita dah jadi suami isteri lagi pun" sisi pinggang Hana dielus Hayzack dengan lengan kekarnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Apa yang nak malu? Kita dah jadi suami isteri lagi pun" sisi pinggang Hana dielus Hayzack dengan lengan kekarnya. Sudah 2 bulan berlalu perangai malu Hana makin menonjol dari hari ke hari.

Bila Hayzack mengusik sikit pun pasti pipi Hana akan cepat naik merah. Itu tak termasuk lagi waktu dia cium dan memeluk. Pasti Hana akan menyorok di dadanya tak pun anaknya akan menjadi benteng untuk muka cantik itu ditutup. Haihlah sayang!

"Tapi saya malu" masih lagi Hana bersuara benda yang sama.

Kepala Hayzack tergeleng. Pipi putih Hana dicium laju. Bibir menarik sengih apabila makin lama Hana menekup muka semakin dalam ke bahu Hairiez.

"Dah babygirl. Kesian Hairiez tu tak selesa dia kena himpit" ujar Hayzack apabila terperasankan badan Hairiez yang terliuk-lentok dalam dukungan isterinya.

"Kesian hero Mummy kena himpit ya" pipi si kecil Hana cium. Hairiez menunjuk sengih pada Hana tanda dirinya suka akan ciuman itu.

Hayzack di belakang sudah tercebik. Eleh dapat ciuman sikit baru nak sengih Hairiez ni. Puk kang!

"Sayang aku ada lagi dekat belakang ni" rengek Hayzack meminta perhatian dari Hana.

PAK!

Tangan Hana mendarat pada lengan Hayzack. Geram dengan suaminya. Sudah beberapa banyak kali dia tegur jangan guna aku kau depan Hairiez. Degil betullah!

"Babygirl kenapa kau tampar tangan aku?" cemberut muka Hayzack. Lengan yang ditampar Hana digosok lembut. Walaupun tamparan itu tidak terasa sangat namun dirinya sengaja buat begitu untuk meraih simpati dari Hana.

"Sakit sangat ke sorrylah awak. Saya geram sangat dengan husband ni. Sebelum ni kan saya dah tegur jangan guna aku kau. Takkan awak lupa pesanan saya tu?" tanya Hana lembut sambil memandang muka Hayzack.

Hayzack mengeluh perlahan. Dia sebenarnya ingat je. Tapi entah kenapa dirinya jadi susah untuk terbiasa bercakap begitu. Mungkin selalu guna aku kau dekat orang sekeliling. Jadi bila nak panggil diri sendiri husband tu jadi awkward sedikit.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now