37 | BABYGIRL

6.3K 187 2
                                    

REMPUHAN dari bilik pejabatnya membuatkan Hayzack berdengus marah. Baru sahaja dia mahu menghamburkan amarahnya. Aidil terlebih dahulu berkata.

"Tuan—wartawan" tercungap-cungap nafasnya berkata. Aidil menarik nafas sebelum dihembus perlahan. Menstabilkan kembali nafasnya yang kian sesak.

"Apa kau kata wartawan?" dahi Hayzack berkerut.

Apa kena mengena dengan wartawan?

"Dekat lobi utama Tuan penuh dengan wartawan. Apa yang saya dapat tahu gambar Tuan dengan Miss Hana jadi topik hangat. Kalau Tuan tak percaya cuba Tuan tengok dekat tingkap kaca tu" terang Aidil. Ipadnya yang terpampang dengan gambar Hayzack dengan Hana diletak di atas meja. Menunjukkan apa yang dikata bukan bernada main-main.

Kerusi Hayzack terus tolak ke belakang sebelum tubuhnya dibangunkan. Rahangnya diketap kuat apabila pandangannya mula dipenuhi dengan orang ramai di bawah.

Shit!

"Apa kau kata tadi. Gambar aku dengan Hana?" soal Hayzack bernada terkejut.

Anggukan kepala dari Aidil menjelaskan semua benda yang berlegar dalam mindanya. Ipad yang berada di atas meja dicapai. Matanya bergerak-gerak melihat gambar yang dimaksudkan.

Gambar ni bukan semalam punya ke? Siapa pulak yang setan sangat pergi tangkap gambar dia dengan gadis kecilnya?

"Habis tu macam mana dengan keadaan Hana?" tanya Hayzack risau.

Kepala Aidil menunduk. Tak sanggup mahu memberitahu tapi disebabkan lelaki di hadapannya mahu mengetahui jugak terpaksa dia bukak mulut.

"Rumah Dato Adhwa sesak dengan wartawan termasuk sekali dekat syarikatnya" terang Aidil pada Hayzack.

Dapat dia lihat muka lelaki itu berubah dingin. Dalam diam Aidil berdongkol marah. Memang sengaja orang yang buat onar ni cabar kesabaran lelaki di hadapannya.

"Kalau macam tu batalkan semua meeting aku dengan klien. Aku nak pergi tengok keadaan Hana. Lagi satu pasal meeting petang ni attend pada hari lain macam biasa kau buat" ujar Hayzack. Dompet dan kunci kereta terus diambil dan kaki panjangnya mula melangkah ke arah lift persendiriannya.

Sebelum Hayzack melangkah keluar sempat matanya melihat ke arah kiri. Jelas di iris matanya keadaan orang ramai yang kian sesak di lobi syarikatnya. Sayu pandangannya melihat ke arah pengawal keselamatan yang menghalang para wartawan dari menjejak masuk ke dalam syarikatnya.

Tanpa membuang masa dia terus melangkah mengikut ke pintu belakang syarikat. Nasib baik dia ada buat pintu kecemasan. Kalau tak rasanya sekarang ni mesti dia kena hadap keadaan sesak di hadapan tadi.

Telefon di tangan ditekan-tekan. Dari jauh dia nampak kereta miliknya mula mendekati ke arahnya.

"Thank , Pak Hamid" ucap Hayzack sebelum menerobos masuk ke dalam kereta miliknya. Laju pacuan empat roda itu menyelusuri jalan.

Tangan Hayzack masih tidak berhenti mendail nombor Hana. Kenapa gadis kecilnya tidak angkat? Gusar hatinya apabila masih tidak dapat mengetahui keadaan gadis kecilnya. Tapi cepat-cepat dia hapuskan perasaan negatifnya.

Tiba-tiba telefonnya berdering kuat. Jelas terpampang nama gadis kecilnya. Tidak berlengah tangannya terus menggesek ke tepi ikon hijau itu. Sempat dia memasang wireless bluetooth headset di telinga sebelah kirinya.

"Babygirl" panggil Hayzack lembut.

"Awak tolong saya" teresak Hana menangis di hujung talian.

Pendengaran Hayzack terhias dengan makian suara garau seseorang pada gadis kecilnya. Makin kuat firasat hatinya yang tidak baik akan terjadi nanti. Hayzack beristighfar perlahan.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now