BLAZER berwarna maroon disarungkan ke tubuh. Bibir Hana menarik senyuman manis. Hari pertama masuk kerja kan mestilah kena manis.
Beg silang berwarna putih disangkut ke bahu. Nafas ditarik sedalamnya dan dilepaskan lembut. Tiba-tiba dia rasa tak nak masuk pejabat.
Takut , gelisah , sedih dan gembira semua bercampur-baur dalam dirinya. Mengeluh perlahan rambut yang terjuntai di dahi dibetulkan. Nafas ditarik dalam sebelum dilepaskan perlahan-lahan.
'Calm down Hana masuk office je apa yang kau takut sangat ni' mata dipejamkan sebentar menenangkan diri sendiri.
Mengangguk kepala perlahan. Kakinya dibawa melangkah turun ke tingkat bawah. Dari jauh Hana sudah mendengar suara Dato Adhwa.
"Hah Hana kemain lama kamu siap dekat atas"
"Papa macam tak biasa je. Perempuan kan selalu siap lambat nak berhias lah katakan heh" kata Harraz sinis. Saja mencari penyakit dengan Hana. Masalahnya dia tak tahu ke yang sekarang ni bulan Hana sedang mengambang?
Hana yang mendengar menahan sabar. Hilang terus rasa takutnya untuk masuk office. Sebaliknya menjadi panas mendengar bicara adiknya.
"Kau ni kan kalau sekali tak menyakitkan hati aku tak boleh—"
"Dah-dah makan nanti lambat pulak pergi kerja" Datin Aderin terus mencelah dari dua beradik itu terus bertelagah.
Harraz tanpa berlengah terus mengambil tempat duduk. Roti yang ada di atas piring dicapai dan terus disuap ke dalam mulut. Sempat lidahnya menjelir ke arah Hana.
Hana yang melihat mengetap bibir geram. Ada kejap lagi kena ganyang dengan dia ni kang!
Tergeleng kepala Datin Aderin dan Dato Adhwa yang melihat. Ada je benda nak berbalah dua orang ni. Kalau sehari tak kacau memang tak boleh hidup agaknya.
"Harraz dengan Hana nanti PA Papa akan tunjuk tempat duduk kamu berdua. Untuk hari pertama ni maybe tak akan ada kerja sangat jadi bolehlah kamu berdua berkenalan dengan pekerja-pekerja Papa dekat syarikat tu" kata Dato Adhwa sambil menghirup air kopi.
Harraz yang mendengar Dato Adhwa berkata macam itu. Mahu sahaja menari zapin. Dapat jugaklah dia berehat hari ni nasib baik hehe.
Hana yang masih berdiri hanya mendengar percakapan Dato Adhwa. Ya , dia masih berdiri malas nak duduk nanti asyik bergaduh je dengan si Harraz.
"Okay , Papa. Hana pergi dulu lah nak makan kat luar tak ada selera tiba-tiba tengok muka Harraz" ujar Hana sinis.
Dan Harraz yang mendengar terus tersedak. Gelas air teh O dihadapannya diteguk rakus. Sakit hidungnya menahan pedih. Kurang ajar punya kakak. Jelingan tajam diberikan pada Hana. Sakit betul hati dia.
"Hati-hati bawak kereta. Jangan rushing sangat. Kalau dah siap makan semua terus datang syarikat Papa jangan nak melencong tempat lain pulak" pesan Dato Adhwa.
Bukan dia tak kenal anak perempuannya bagaimana. Kalau masuk satu kedai hampir beberapa lama dia mengambil masa.
"Dengar tu kak" sengaja Harraz berkata begitu.
Hana menjeling tajam ke arah Harraz apabila terpandang muka Dato Adhwa dan Datin Aderin terus mukanya berubah reaksi menjadi manis.
"Hehe okay Papa. Hana pergi dulu assalamualaikum" tangan Datin Aderin disalam sebelum dia berlalu ke kereta yang terparkir elok di bawah garaj.
Harraz yang melihat Hana keluar mengejar. Laju betul Hana jalan. Ni manusia ke alien ni mengah dia dibuatnya.
"Kak" kuat jeritan dia memanggil Hana.
YOU ARE READING
His Babygirl [𝑪]
Romance[ 1st book by leesottt ] HIS SERIES 1 Pertembungan tak disengajakan di shopping complex membibitkan cinta Hana Adenin dengan seorang jejaka. Sampailah satu hari dia dapat mengetahui bahawa jejaka yang dikejarnya merupakan budak lelaki yang pernah di...