66 | BABYGIRL

6.3K 146 1
                                    

TELEFON yang berada di tangan sesekali Hayzack pandang sambil mata menjeling pada susuk tubuh kecil Hairiez yang enak tidur di tepi.

Mentang-mentanglah bilik tidurnya dengan Hana sejuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mentang-mentanglah bilik tidurnya dengan Hana sejuk. Seronok anak lelakinya membuat tahi mata. Nasib baik comel!

Kuakan pintu tandas yang dibuka dari dalam menolehkan kepala Hayzack. Terlorek senyuman nakal di bibirnya apabila melihat pemakaian Hana yang hanya memakai kain batik berserta baju biasa berlengan panjang.

Walaupun begitu isterinya tetap nampak seksi lagi di matanya. Mata menjeling sekejap-sekejap keberadaan isterinya yang sedang meletakkan losyen di tangan.

Apabila kepala Hana mahu menoleh memandang ke arahnya lekas-lekas Hayzack menyibukkan dirinya. Serius saja wajahnya memandang ke arah telefon.

"Tahulah pakai telefon mahal. Tapi janganlah sampai palau isteri sendiri" sindir Hana bernada tidak puas hati. Tubuh Hairiez yang seakan terganggu dengan suara kuatnya cepat-cepat Hana tepuk lembut.

Namun Hayzack hanya membuat tidak tahu. Dirinya masih lagi sibuk melihat permukaan skrin telefonnya.

Bibir Hana tercebik. Sampai hati biarkan dia cakap sensorang.

"Takpelah Hairiez Daddy awak tak nak kawan dengan Mummy. Biar Hairiez seorang jelah kawan dengan Mummy. Mummy dah tak tahu nak pujuk macam mana lagi dekat Daddy awak. Walaupun dah berkali Mummy kata Mummy tak cakap dengan doktor lelaki tu. Tapi Daddy awak tetap tak percaya" sengaja Hana membuat suara sedih.

Betullah tu bukannya salah dia. Salah doktor lelaki tu yang tiba-tiba mahu menegurnya sewaktu dia discharged hospital pagi tadi. Tegur bukan sebarang tegur ya siap nak mengorat lagi.

Dan apabila Hayzack datang dengan anak lelakinya dalam dukungan terus muka doktor itu bertukar pucat lesi. Mungkin baru tersedar yang Hana merupakan isteri jutawan muda itu.

"Tak kata apa-apa pun" mendatar nada Hayzack berkata. Dia masih lagi tidak memandang ke arah Hana sebaliknya sibuk bermain dengan telefon di tangan.

Eii ada jugak kena baling telefon tu kang!

Hana mendengus geram. Tanpa isyarat telefon milik Hayzack dirampas oleh Hana dan disorok pada belakang badan.

"Sayang ni kenapa? Husband tengah sibuk nak tengok gambar perempuan cantik waktu tu lah dia nak tarik. Jealous ke apa?" usik Hayzack bernada sinis. Jejaka itu memandang riak muka Hana yang sudah berubah. Bibir bawah dikemam Hayzack.

"Ouh ye ke sorry. Nah awak ambiklah balik telefon awak. Sorry sebab main tarik macam tu je" telefon milik Hayzack diletak di permukaan cadar katil.

Hana tidak memandang gambar yang diujar suaminya di telefon itu. Takut pulak dirinya akan mengalirkan air mata. Riak muka sudah bertukar mendung tanpa apa-apa tubuh kecil milik Hairiez diangkat Hana.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now