PINTU balkoni dibiarkan terbuka. Perut yang memboyot besar diusap Hana sambil melabuhkan punggung di salah satu kerusi yang terdapat di situ.
Bibir Hana mengoyak senyuman hambar apabila teringatkan kejadian petang tadi. Dia faham perasaan Qira kerana dia sendiri pun pernah lalui fasa itu. Sakit di hati tak usah di sebut hanya orang tertentu saja yang faham.
"Saya harap awak jumpa kebahagiaan awak sendiri Qira" terkejut tentang pengunduran diri gadis itu sudah semestinya. Melihat tadi di sebalik mata gadis itu yang terlalu puja mencintai suaminya buat diri Hana salah mengerti.
Dia fikirkan gadis itu akan menjadi gadis psiko seperti Sally. Tetapi , sangkaannya meleset sama sekali. Gadis itu sanggup mengundur diri kerana dirinya. Bersyukur? Terlampau bersyukur kerana Allah masih lagi menjaga hubungan mereka suami isteri.
"Mummy" seluar yang terasa ditarik buat lamunan Hana hilang. Kepala Hana menunduk sebelum tidak lama itu bibirnya menarik senyuman manis. Anak lelaki dia rupanya.
"Ya babyboy Mummy nak apa ni hmm" kening Hana terangkat sebelah apabila Hairiez tiba-tiba memeluk tubuhnya. Dapat Hana rasakan perut memboyotnya dicium.
"Riez nak tidur dengan Mummy boleh malam ni" pinta Hairiez tanpa segan silu. Mata hazel itu membalas tatapan mata Mummynya yang memandang dirinya bersama kerutan di dahi.
"Kenapa Riez nak tidur dengan Mummy? What wrong babyboy Mummy" kepala Hairiez yang terlentok elok di pehanya diusap lembut. Serupa macam perangai suaminya. Manja dengan dia!
"Riez rindu Mummy dengan Adik. Please Mummy Riez nak tidur dengan Mummy" rayu Hairiez apabila melihat seakan Hana tidak membenarkan.
"Tak boleh?!"
Suara garau yang mencantas dari belakang itu makin membuatkan bibir Hairiez mengendur. Kepalanya menunduk kecewa mendengar jawapan dari Daddynya.
Baru sahaja Hairiez mahu melangkah pergi. Lengan kecilnya tiba-tiba ditarik. Kepalanya didongak untuk memandang gerangan yang sesuka hati menariknya itu.
"Nak pergi mana Riez? Daddy tak habis cakap lagi. Tak boleh kalau tak ada Daddy dekat sebelah" sambung Hayzack tergendala.
Mata Hairiez terus bersinar-sinar.
"Jadi Riez boleh tidur sini ke Daddy?" lengan milik Hayzack digoyang-goyangkan.
Hana yang melihat di tepi menahan senyum. Suka dia memandang gelagat dua lelaki kesayangannya itu.
"Boleh tapi ada satu syarat"
Mendengarkan itu terus senyuman di bibir Hairiez pudar. Alah Daddy ni macam-macam lah!
"Apa syarat Daddy?" lambat-lambat suara kecilnya menyoal pada Hayzack. Terpaksalah jugak cakap sebab takut tak dapat tidur sebilik pulak dengan Mummynya.
"Tidur tak boleh lasak-lasak. Riez kena ingat Mummy sekarang tengah bawak adik. Nanti kesian Mummy nak tidur tak selesa" nasihat Hayzack sebaik mungkin.
Bukan sengaja mahu menyinggungkan perasaan anaknya. Namun sebagai langkah berjaga-jaga. Takut jugak anak lelakinya menendang perut Hana. Naya je nanti.
"Husband apa kata macam tu dekat Riez. Dia mana pernah tidur lasak selama ni haih risau sangatlah dia ni" kepala Hana geleng kecil. Selama Hairiez tidur bawah jagaannya tak pernah sekali pun anaknya tidur buas. Sopan je sama macam suaminya.
Jadi mana datang lasak tu? Mengarut-ngarutlah suaminya ni. Over protective sangat!
"Tahu tapi sebagai langkah berjaga-jaga je manalah tahu tiba-tiba Riez tendang waktu tidur" ujar Hayzack tanpa berlapik.
YOU ARE READING
His Babygirl [𝑪]
Romance[ 1st book by leesottt ] HIS SERIES 1 Pertembungan tak disengajakan di shopping complex membibitkan cinta Hana Adenin dengan seorang jejaka. Sampailah satu hari dia dapat mengetahui bahawa jejaka yang dikejarnya merupakan budak lelaki yang pernah di...