02 | BABYGIRL

7.1K 281 4
                                    

NAMPAK sahaja susuk tubuh Harraz. Kakinya laju dibawa berjalan mengambil tempat di sofa berangkai tiga yang di duduk adiknya.

"Harraz'' Hana memanggil.

"Erm'' mata Harraz masih leka memandang televisyen.

"Teman aku pergi shopping boleh?'' bodek Hana sambil mencucuk jari telunjuknya pada lengan adiknya.

"Kau nak buat apa pergi sana?'' soal Harraz. Hana ni jarang shopping kalau ikutkan. Kalau orang ajak pun dia pasti menolak. Ni dah macam terbalik dah ni dia yang ajak orang pulak.

"Nak beli baju kerja sebab baju aku semua baju jalan. Boleh tak teman?'' Hana mengedip mata bundarnya membuat simpati pada Harraz.

Harraz menoleh memandang muka Hana yang masih menunggu jawapan dia.

"Boleh , tapi kau kena belanja aku baju. Macam mana?'' kening diangkat pada Hana .

Bibir Hana cebik menyampah betul. Padahal setiap bulan Dato Adhwa masukkan duit ke akaun mereka. Nampak sangat kedekut nak keluarkan duit. Kesian siapa yang jadi isteri Harraz nanti!

"Bukan papa dah masukkan duit ke. Kan dah hujung bulan?" soal Hana sambil mengerutkan dahinya.

"Tak nak sudah" kepala Harraz kembali dipaling memandang siaran televisyen yang terpasang. Tidak mengendahkan kakaknya di sebelah.

Gigi Hana ketap. Kecik besar sahaja Harraz dipandangannya sekarang. Sabar jelah kalau dapat adik macam ni. Dahi Hana urut sebelum menghembuskan nafas lemah.

Terpaksalah duit dia melayang banyak hari ni gara-gara Harraz. Sebab kebiasaan dia akan pergi berteman tapi entah kenapa tiba-tiba kawannya seorang tu busy terpaksalah dia tarik Harraz.

"Yelah yel..." belum habis percakapan Hana.

Laju Harraz berlari ke tingkat atas menukar baju untuk dipakai. Hana yang melihat sudah ternganga. Kalau bab belanja laju je Harraz ni. Dasar kedekut taik hidung masin!

Hana menghentak kakinya sambil melangkah ke arah tangga untuk ke biliknya. Sakit hati dengan perangai adiknya.

Baru sahaja dia mahu pergi ke bilik closetnya. Telinganya tiba-tiba terdengar hon yang kuat dari kereta. Tapi macam kenal je hon ni!

PIN PINN PINNNNNN PINNNNNNNNNNNN

Kaki Hana laju berjalan ke balkoni bilik. Terkejut bukan kepalang dirinya melihat Harraz yang tersengih tidak bersalah di sebelah kereta.

"Adik tak reti sabar ke?" soal Hana bernada geram. Ni lah salah satu sebab dia tak suka bawak Harraz pergi shopping. Tengoklah sekarang pergi pun kena on time.

Harraz di bawah hanya tersengih sambil membuat jari peace ke arah Hana di atas. Tak nak buat Hana naik anginlah katakan.

Hana menjulingkan matanya ke atas. Dia kembali masuk ke biliknya dan terus menukar pakaiannya dengan jean straight cut white dipadankan dengan blouse kuning mustard. Baju blouse hadapan dibawa masuk ke dalam seluar manakala belakang dibiarkan lepas.

Rambutnya yang serabai di betulkan sedikit. Nasib baik dia sudah make-up nipis awal-awal kalau tak pasti Harraz sudah membebel padanya kerana lambat.

Sebelum Hana keluar sempat dia mencapai beg tangannya di atas katil. Bilik yang berada di hujung dituju.

"Mama Hana keluar dengan Harraz eh" kata Hana di hadapan pintu bilik Datin Aderin.

"Okay , sayang" jawab Datin Aderin.

Dapat sahaja kebenaran mamanya. Hana tanpa berlengah terus menuju ke arah tangga. Almari diselongkar mencari kasut nike air force berwarna putih kuning.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now